Enaknya menikmati Mushroom Chicken Pie @ Pai Ayam Cendawan. Penuh rasa krim dan kombinasi rasa ayam serta cendawan yang penuh perisa. Bagi anda yang mengegmari sajian pastri, resipi perkongsian saudari Widiati Sulaiman ni boleh dicuba. Sangat mudah disediakan malah tidak perlu uli tepung untuk membuat doh pastri. Guna puff pastri segera sahaja. Mudah kan? Jom cuba. Anda pasti sukakan rasanya.
CARA MEMBUAT PAI AYAM CENDAWAN HOMEMADE
BAHAN-BAHAN: 1 bungkus puff pastry segera – beli online disini 1 keping isi dada ayam – potong dadu 1 biji bawang holland – potong dadu – beli online disini 2 ulas bawang putih – cincang – beli online disini ½ batang lobak merah – potong dadu 1 biji telur ½ biji lada benggala – potong dadu 5-6 biji cendawan butang – hiris 1 kotak krim masakan Garam dan gula secukup rasa
Anda yang pernah mengunjungi Aunty Aini’s Garden Café yang terletak di Nilai Negeri Sembilan mungkin tidak asing dengan menu Masak Lemak Cili Padi Cendawan Sisir dan Rendang Itik Salai antara menu masakan kampung pilihan ramai pelanggannya yang datag dari dalam dan luar negara. Anda kena datang ke kafe paling cool dengan suasana persekitaran kampung ini, selain masakan kampung, masakan barat pun ada ye…
Untuk anda semua, Aunty Aini tak kedekut kongsi dua resipinya ini.
MASAK LEMAK CILI CENDAWAN SISIR
BAHAN-BAHAN:
200gm cendawan sisir | cuci bersih & tos
Sedikit pucuk ubi kayu
250ml santan pekat
50 ml air
50gm ikan bilis
Garam secukup rasa
2 batang serai | titik
Garam secukup rasa
BAHAN KISAR:
20 biji cili padi
3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Campurkan bahan kisar dengan santan dan air dalam periuk.
Renehkan atas api sederhana, masukkan serai titik dan ikan bilis yang telah dikupas dan dicuci bersih.
Setelah mereneh masukkan cendawan sisir, pucuk ubi, kacau rata.
Perasakan dengan garam secukup rasa.
Tutup api, dan sedia dihidangkan
RENDANG ITIK SALAI
BAHAN-BAHAN:
1 ekor itik salai | potong kecil
2 biji kelapa | ambil santan pekat sahaja
3 sudu makan kerisik
3 keping asam gelugor
5 sudu makan minyak masak | untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
3cm lengkuas
4 batang serai
3cm kunyit
3cm halia
20 biji cili padi
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
BAHAN REMAH RATUS:
3 biji buah keras
1 sudu makan biji ketumbar
1 sudu teh Jintan putih
1 sudu teh lada hitam
CARA MEMASAK:
Bahan rempah ratus digoreng sangai, kemudian kisar kering.
Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga wangi.
Kemudian tambahkan dengan rempah ratus yang dikisar, kacau rata hingga pecah minyak.
Masukkan itu, gaul rata dan hingga itik kecut.
Masukkan santan, asam gelugor dan campur sedikit air. Tutup kuali.Biarkan mereneh atas api sederhana hingga itik empuk.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Apabila kuah pekat masukkan kerisik, terus kacau hingga kuah pekat dan timbul minyak.
Tauhu sumber protein yang sangat bermanfaat untuk kesehatan. Kandungan protein yang tinggi pada produk yang dihasilkan dari pati kacang soya ini kaya dengan pelbagai khasiat. Sumber nutrisi dalam tauhu diakui ramai, kaya dengan sumber zat besi, protein, kalsium dan mineral yang sangat diperlukan tubuh dan membantu anda mencegah pelbagai penyakit. Ia termasuklah sakit jantung dan diabetes, mengelakkan osteoporosis, menurunkan berat badan dan banyak lagi.
Maka ada baiknya, mulai hari ini kita jadikan tauhu sebagai salah satu bahan masakan dalam menu harian anda di rumah. Ia bukan hanya mudah disediakan tetapi harganya juga murah. Berikut dua resipi tauhu yang dikongsikan dan boleh anda cuba di rumah.
TOFU AYAM CINCANG SOS TIRAM
BAHAN-BAHAN:
1 paket tauhu lembut | kukus
Sedikit isi dada ayam | cincang
4 ulas bawang putih | cincang
Sedikit hirisan daun bawang
Sedikit daun ketumbar | hiris
100gm sos tiram
5gm minyak bijan
Sedikit kicap cair
Sedikit minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak dan goreng ayam yang dicincang sehingga garing. Ketepikan.
Gunakan minyak yang sama, goreng bawang putih hingga wangi.
Masukkan sos tiram, kicap dan minyak bijan. Biarkan mendidih.
Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Setelah masak, siram di atas tauhu lembut tadi dan taburkan isi ayam cincang yang telah digoreng tadi.
Kemudian hiaskan dengan daun bawang dan ketumbar.
TAUHU GORENG NYONYA
BAHAN-BAHAN:
2 keping tauhu biasa | hancurkan
2 biji telur | pecahkan dan kacau rata
1/2 biji bawang Holland | hiris
1 biji cili merah | hiris
Sedikit timun
1 sudu makan kacang tanah kisar
2 sudu makan Sos Thai
1 sudu makan kicap pekat
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Tauhu dicampurkan dengan telur yang telah dikacau.
Panaskan minyak dalam kuali, kemudian masukkan tauhu tadi ke dalam kuali.
Kemudian kacau hingga sebati.
Setelah tauhu bertukar warna kekuningan angkat dan ketepikan.
Hiaskan dengan timun, hirisan bawang dan cili.
Taburkan kacang tanah kisar di atasnya, kemudian tuangkan sos Thai dan kicap pekat di atasnya.
Resepi Masak Lemak Kuning Ikan Parang ni korang patut cuba sebab ianya cepat, mudah & supersedap!.Betul, cuma 15 minit je. Tapi ikan tu mestilah siap sedia dalam suhu bilik. InsyaAllah dalam masa 15 minit dah boleh siap tau.
Maka dalam masa 15 minit dah siap 1 lauk, dalam 30 minit dah boleh makan malam. Jom tengok resipi dari Norbawati Buang ini.
MASAK LEMAK KUNING IKAN PARANG
BAHAN-BAHAN :
Ikan parang 3 keping Santan kotak 1/2 kotak Bawang besar 1/2 biji Bawang putih 3 ulas Cili padi 15 biji Asam keping 3 keping Garam secukupnya Serbuk Kunyit 2 sudu teh Serai 2 batang dititik Perasa (pilihan) Daun selasih (pilihan) Tomato (pilihan)
CARA MEMASAK :
1. Kisar halus cili, bawang besar, bawang putih dgn 1 cawan air.
2. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk. Masukkan serbuk kunyit, asam keping & serai. Masak dengan api sederhana hingga mendidih.
3. Masukkan ikan & tutup periuk dgn penutup. Kecikkan api. Ni nak pastikan ikan tu masak sempurna. Tunggu hingga mendidih.
Cuba resipi ayam perap mayo sedap dan mudah ini! Diperap dengan madu, mayones dan sos tiram, dijamin lembut, berlemak dan menjilat jari. Klik untuk langkah penuh.