Suka makan Taufu Fa? Seronoknya kalau dapat buat sendiri manisan ni kan? Sekali buat, memang puas makan. Ni ada resipi perkongsian saudari Siti Zarina Jaidon yang mudah dan boleh dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan dan cara membuatnya. Hasilnya sama seperti Taufu Fa yang dibeli di Bazar Ramadan. Cubalah.

CARA BUAT TAUFU FA HOMEMADE

Resipi Taufu Fa Homemade, Sangat Sedap Dimakan Sejuk

BAHAN A:

• 440 gm kacang soya – basuh dan rendam 5 jam. ( nak guna 500 gm kacang soya pun boleh, lagi terasa soyanya )
• 3200 ml air

CARA MEMASAK:

1. Kedua bahan diatas dikisar dan ditapis. Sebaiknya tapis guna kain cotton.
2. Sukat 3 liter air soya dan masukkan ke dalam periuk. Masukkan 3 helai daun pandan dan didihkan.
3. Sentiasa kacau air soya supaya tidak hangit dan melimpah.
4. Setelah air soya dirasakan cukup masak, tapis dalam satu bekas yang senang untuk dipegang. Contohnya; jug air.
Resipi Taufu Fa Homemade, Sangat Sedap Dimakan SejukBAHAN B ( CAMPURAN GDL):

• 1 1/2 sudu teh GDL (beli online disini)
• 1 sudu besar + 1 sudu teh tepung jagung (beli online disini)
• 3 sudu besar air soya yang belum dimasak
Resipi Taufu Fa Homemade, Sangat Sedap Dimakan SejukCARA MEMBUAT:

1.Sementara tunggu air soya mendidih, campurkan bahan B. Kacau rata hingga sebati.
2.Sudu yang digunakan untuk menyukat bahan adalah sudu untuk sukatan kek. Boleh diperolehi di bakeri.

CARA MEMBUAT TAUFU FA:

1. Sediakan satu bekas . Tangan kiri pegang campuran GDL, tangan kanan pegang air soya panas dalam jug.( seeloknya air soya ditapis terlebih dahulu supaya hasil Taufu Fa halus)

Ads

2. Tuang kedua-dua bahan secara serentak ke dalam bekas.

3. Biarkan. Jangan kacau atau goyang bekas yang dah siap campur tu.

Resipi Taufu Fa Homemade, Sangat Sedap Dimakan Sejuk4. Biarkan selama 2 jam atau hingga suam barulah Taufu Fa boleh diceduk.

Resipi Taufu Fa Homemade, Sangat Sedap Dimakan Sejuk
5. Sebelum dinikmati, bila dah agak sejuk, buang bahagian atas Taufu Fa. Ini kerana bahagian atas berbuih dan agak kering.

6. Hidangkan bersama air gula atau air gula melaka.
Resipi Taufu Fa Homemade, Sangat Sedap Dimakan Sejuk
BAHAN AIR GULA – kuantiti agak-agak

• Air
• Gula/gula melaka
• Daun pandan

CARA MEMASAK:

1. Satukan semua bahan dan didihkan. Pastikan air gula agak manis.
2.Tapis dan sejukkan.
Resipi Taufu Fa Homemade, Sangat Sedap Dimakan Sejuk

INFO:
• Pastikan air soya cukup masak. Jika tidak, taufu fa akan jadi kurang sedap.
• Bahan utama untuk membuat Tau Fu Fa ni adalah GDL ( glucono-delta-lactone). Fungsinya untuk membekukan air soya.
• Boleh dibeli di sesetengah kedai bakery. Tanya pada pekerja mereka GDL atau serbuk nak buat Tau Fu Fa.

Resipi Taufu Fa Homemade, Sangat Sedap Dimakan SejukGDL ( glucono-delta-lactone)

Kredit resipi & foto: Siti Zarina Jaidon

Ads

NAK BUBUR LAMBUK PERCUMA?

Resipi Taufu Fa Homemade, Sangat Sedap Dimakan Sejuk

Tak sah berbuka puasa di bulan Ramadan tanpa BUBUR LAMBUK! Sekurang-kurangnya sekali mesti dinikmati.

Dapatkan 8000 bubur lambuk PERCUMA disediakan khas oleh Angkatan Tentera Malaysia dan selebriti popular serta lebih 1000 pek juadah berbuka turut disediakan.

Nikmati bubur lambuk legenda; penuh rasa, penuh berkat! Jom datang untuk menikmati bubur lambuk dan berbuka puasa beramai-ramai sambil menyaksikan keindahan pelita-pelita hiasan gergasi.

Tarikh : 22 Mac 2025 (Sabtu)
Masa : 12 tengahari (aktiviti)
Edaran bubur : 5 petang sehingga habis
Tempat : Dataran Merdeka Kuala Lumpur

Jumpa anda disana!

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Resipi Telur Bungkus Inti Ayam Yang Sedap & Mudah Buat Untuk Berbuka

Koleksi Resipi Lauk Berbuka Berasaskan Ayam. Mudah & Sedap

Ads

Resipi Kek Keju Homemade Yang Sangat Sedap & Gebu

Resipi Biskut Mazola Sedap & Mudah Yang Hanya Guna 4 Bahan

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI