Ini dia resipi tauhu berlauk viral yang sedap dan paling mudah disediakan!
Sesuai dengan cuti sekolah ketika ini, menu ini antara yang cepat disiapkan dan tak renyah. Kalau buat lebih, boleh disejukbekukan. Bila nak makan, terus goreng je kan.
Resipi yang dikongsi Aisyah Humaira ini, menggunakan bahan yang senang didapati dan juga murah. Jom kita buat!
TAUHU BERLAUK VIRAL
BAHAN KISAR:
3 keping tauhu petak biasa 3 batang tauhu telur 1 peket tauhu lembut 3 biji telur 1 ketul kiub pati ayam – beli online di sini *Kisar semua bahan di atas hingga lumat
BAHAN SAYUR/ISI:
1 mangkuk isi ayam 3 tangkai daun bawang | dihiris 1 biji bawang holland | potong dadu – beli online di sini 1 biji lobak merah | disagat & hiris halus – beli online di sini 1 paket cendawan butang | dihiris nipis – beli online di sini 2 sudu kecil serbuk lada putih 1 sudu kecil serbuk lada hitam Gula & garam Saji secukup rasa
Dapatkan Muzy 3 layer Anti Dust Dish Storage Boxdengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkanDISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMASAK:
1. Dalam bekas besar, tuang bahan kisar dan satukan semua sekali bahan-bahan berbaki.
Kuih Tepung Bunga dan Tepung Kapur, ni dua kuih lama yang cukup sinonim dengan masyarakat Terengganu. Mak-mak kalau ada resipi ni meh wariskan pada anak-anak ya.
Bahan ramuannya ringkas aje, maklumlah resipi orang dulu-dulu. Murah aje kosnya
1. TEPUNG BUNGA
BAHAN-BAHAN :
2 cawan tepung pulut Air secukupnya untuk menguli 1 sudu teh garam 3 sudu makan santan 1 biji telur Minyak untuk menggoreng Gula halus (kastor)
CARA MEMASAK : 1. Masukkan air ke dalam tepung pulut bersama garam dan santan. 2. Uli sampai doh tidak melekat di tangan 3. Bulatkan dan leperkan. 4. Celupkan ke dalam telur yang dipukul sedikit. 5. Goreng dalam kuali panas, angkat dan toskan minyak. 6. Salutkan bersama gula, dan siap.
INFO CHEF : Tepung bunga termasuk dalam senarai kuih tradisi zaman berzaman, kuih lama Terengganu
Saiz hidangan : 5 orang Masa memasak : 20 Cara memasak : Goreng Jenis masakan : Kuih-muih Keistimewaan : Gabungan rasa manis dan tepung pulut menghasilkan rasa yang lazat
2. TEPUNG KAPUR
BAHAN-BAHAN :
3 cawan tepung gandum 2 cawan air 1 cawan gula melaka ( atau gula merah) 1 sudu teh kapur makan Garam secukup rasa Gula secukup rasa Kelapa parut secukupnya
CARA MEMASAK : 1. Masakkan gula melaka dengan air sampai cair, sejukkan sekejap. 2. Masukkan air gula melaka ke dalam tepung gandum, masukkan sedikit demi sedikit. 3. Pastikan adunan tidak terlalu cair atau terlalu likat. 4. Masukkan sekali kapur makan yang dibancuh dengan sedikit air. Juga masukkan garam. 5. Tapiskan dalam loyang yang dah diris dengan minyak atau mentega. 6. Kukus dalam masa 30-45 minit. 7. Bila dah masak, sejukkan sekejap dan kemudian potonglah kuih ini. Potong nipis supaya mudah dimakan. 8. Gaulkan kelapa parut dengan garam dan sedikit gula. 9 .Kemudian gaulkan kuih yang dipotong tadi dengan kelapa parut. Siap untuk dinikmati.
INFO CHEF : Jangan masukkan air manisan/gula melaka ke dalam tepung gandum sekali gus. Sebaliknya sedikit demi sedikit lalu digaul sebati. Ia penting supaya kita dapat mengagak adunan agak tidak terlalu lembik.
Saiz hidangan : 5 orang Masa memasak : 45 minit hingga satu jam Cara memasak : Reneh Jenis masakan : Kuih-muih Keistimewaan : Kapur menjadi pelikat dan menambah rasa rangup pada kuih.
Muffin gebu dan lembut kaya dengan rasa buah beri memang menambat selera. Dalam resipi ni menggunakan bluberi dan strawberi. Sebenarnya boleh aje kalau nak letak buah beri yang lain seperti raspberi.
Rasa buah beri yang lazat, menjadikan muffin ini tidak muak dimakan. Jom semak resipi yang dikongsikan Keroroyz Royz ini.
CARA MEMASAK :
1. Panaskan oven suhu 200c. Griskan dulang pembakar pan dengan mentegar atau lapiskan dengan cawarn kertas.
2. Di dalam mangkuk yang sesuai, kacau sebati tepung, baking powder & gula perang, masukkan choklat chips
3. Di dalam bekas lain satukan telur, susu dan minyak, lalu masukkan ke dalam adunan tepung tadi.
4. Gunakan spatula kayu dan kacau sekadar sebati sahaja. Kemudian masukkn buah-buahan berries & kacau sedikit sahaja. Jgn over mix bancuhan utk mengelakkn muffin menjadi keras.
5. Guna scoop ice cream atau sudu dan masukkan 3/4 bancuhan ke dalam cawan kertas.
6. Hiaskan ikut selera.
7. Bakar selama 20min atau ikut kesesuaian oven masing-masing. (Oven empunya resipi 30min). Biarkan muffin 5min sebelum dipindahkan ke rak dawai untukdi sejukkan
5. Taburkn dengan gula icing sebelum dihidangkan.
Tip dari pemilik resipi :Keroroyz Royz
1. Saya guna tepung naik sendiri dan tambah 1 sudu kecil baking powder
2. Guna coklat putih yang dicincang pun boleh Boleh juga gunakan buah blackberi dan raspberi.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.