Telur Dadar Gulung Berkeju ni memang antara menu yang sesuai dimasak bila anda nak cepat. Tak sampai 10 minit dah boleh siap. Yang penting, kena makan panas-panas kerana  limpahan keju dalam Telur Dadar Gulung ni pastinya buat anda makan bertambah. Gunakan Keju Perfect Italiano Mozzarella untuk regangan yang sempurna serta meningkatkan rasa dalam masakan. Bila tarik tu, fuhhh memang puas hati dan buat anda rasa teruja dalam setiap gigitan. Jom cuba.Resipi Telur Dadar Gulung Berkeju Yang Ringkas & Enak

TELUR DADAR GULUNG BERKEJU

Resipi Telur Dadar Gulung Berkeju Yang Ringkas & Enak

Bahan-Bahan:

  • 6-8 biji telur
  • 150gram Perfect Italiano Mozzarella
  • 1 biji cili merah – cincang halus
  • ½ labu bawang besar – cincang halus
  • Garam dan lada sulah secukupnya
  • Cincangan daun bawang secukupnya

Cara Memasak:

  1. Di dalam mangkuk, pukul telur hingga agak kembang dan ringan.
  2. Masukkan Perfect Italiano Mozzarella, cincangan cili, cincangan bawang besar, garam dan lada sulah secukupnya. Gaul sebati.
  3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali leper.
  4. Tuang sesenduk bancuhan telur lalu ratakan. Masak hingga bahagian bawah telur agak perang (api kecil sahaja).
  5. Gulung telur dadar dan potong mengikut cita rasa. Tabur cincangan daun bawang. Hidangkan panas.

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Ads

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

Kari Ayam Berkrim, Menu Mudah Kegemaran Ramai

Pasta Goreng Cili Padi Berkeju, Gabungan Rasa Pedas & Keju Yang Enak

Bunga Kobis Masala Berkeju, Rasa Lemak Berkrim & Enak

Ads

Quesadilla Daging Kunyit Berkeju, Menu Istimewa Yang Lazat

 

Ads

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official:

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI