
Sesekali makan lauk simple begini, bukannya sekali tambah, Boleh jadi tak cukup nasi dibuatnya. Manakan tidak dapat nasi panas-panas digabung dengan ikan goreng bersalut tepung yang rangup. Cicah pula dengan sos thai, pergh memang lengkap rasa. Tak payah lauk lain pun tak apa.
Ikan Goreng Tepung
Bahan-bahan :
*1 cawan tepung beras
*1 sudu besar tepung gandum
*1 sudu besar tepung jagung-BELI ONLINE DI SINI
*1 biji telur
*2 sudu kecil air kapur
*3/4 cawan air
*sedikit serbuk kunyit
*sedikit garam
Cara buat:
- Gaulkan semua bahan bertanda *. Bancuhan ini sesuai juga untuk goreng udang sotong dan pisang goreng.
Sos pencicah Thai
Bahan-bahan :
5 ulas bawang putih cincang/tumbuk
7 tangkai cili padi cincang/tumbuk
5 sudu besar sos ikan-BELI ONLINE DI SINI
3 sudu besar sos tiram-BELI ONLINE DI SINI
3-4 sudu besar gula perang/nise/gula melaka
Perahan air limau nipis dari 3 biji
sedikit garam
daun dan akar ketumbar- dicincang
Cara buat:
1.Gaul sebati semua bahan.
Kredit: Norfalisa Norman
INGIN MEMBELI PERIUK NASI BARU, LIHAT DI SINI.
Resipi Ikan Patin Tempoyak Versi Perak Yang Sedap & Menyelerakan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sambal Telur, Sambal Tempe. Dua Sambal Yang Buat Selera Bertambah

Isi Kandungan
ToggleJangan risau kalau di rumah cuma ada telur dan tempe. Buatlah sambal. Pastinya sedap. Ini dua resipi sambal daripada telur dan tempe yang pasti menambat selera anda.
SAMBAL TELUR HANCUR
Bahan-bahan
Minyak masak untuk menumis
5 biji bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
5 sudu besar cili kisar
Sedikit asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
4 biji telur
Cara memasak
1) Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan yang dikisar sehingga pecah minyak.
2) Setelah pecah minyak, masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Kacau perlahan.
3) Setelah kuah mendidih dan sedikit kering airnya, masukkan telur satu persatu.
4) Jangan kacau dahulu, biarkan telur sedikit keras barulah digaulkan keseluruhan.
5) Angkat dan sedia dihidangkan.
TEMPE GORENG DENGAN DAUN BAWANG
Bahan-bahan
1 keping tempe (potong dadu)
1 keping tauhu (potong dadu)
2 pokok daun bawang (potong 3 cm)
1 biji bawang besar (dihiris)
1 sudu makan udang kering
2 ulas bawang putih (dititik)
1 sudu makan pes cili kering
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak (untuk menggoreng dan menumis)
Cara memasak
1) Panaskan minyak, goreng tampe dan tauhu secara berasingan.
2) Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
3) Tumiskan bawang merah, putih dan udang kering sehingga wangi.
4) Kemudian masukkan pes cili kering, kacau lagi.
5) Masukkan tempe dan tauhu diikuti daun bawang.
6) Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
7) Kacau seketika dan tutup api.
8) Sedia dihidangkan.
Selamat mencuba!
Variasi Nasi , Ayam Dan Ikan Bertumis. No 5 Tu Beras Perang

Sajian Nasi ada banyak variasinya. Bukan sekadar daging dan ayam , ada juga daripada jagung, halia, serai dan yang uniknya daripada Ikan.
Cuba perhatikan resipi no 5 , daripada beras perang yang menyihatkan. Dan no 3 pun sangat unik daripada isi Ikan Merah. Pastinya ia menjanjikan kelainan dalam keenakan hidangan Nasi yang biasa dihidangkan. Bolehlah dicuba nanti….
1. NASI BERINGIN AYAM BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
- 3 cawan beras basmathi | rendam 10 minit dan toskan
- 2 cawan air
- 2 cawan susu cair
- 3 sudu makan minyak sapi
- 1 biji bawang besar |mayang halus
- 3 ulas bawang putih |kisar
- 2cm halia |kisar
- 2cm kunyit hidup | kisar
- 1 batang serai | ketuk
- 2 helai daun pandan | siat & simpul
- Garam secukup rasa
- Air ros secukupnya
BAHAN-BAHAN B (TUMIS):
- 1 batang kulit kayu manis
- 3 kuntum bunga lawang
- 4 kuntum bunga cengkih
- 4 biji buah pelaga
BAHAN-BAHAN C (AYAM BEREMPAH);
- 1 ekor ayam |belah empat
- 2 sudu makan rempah kari
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan tomato puri
- 1 biji bawang besar | kisar
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak sapi di dalam periuk lalu tumis serai, bahan-bahan kisar berserta bahan-bahan B hingga wangi.
2. Masukkan beras, air, susu, daun pandan dan garam secukup rasa.
3. Didihkan hingga nasi tanak. Renjiskan air ros secukupnya. Gemburkan dengan garpu. Ketepikan.
4. Sementara itu, untuk memasak ayam rempah; perap kesemua bahan-bahan C selama sejam atau semalaman. Goreng di dalam minyak yang panas hingga ayam masak. Hidangkan bersama nasi tadi.
Saiz hidangan: 4-6 orang
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Rasa lemak dan wangi serai
Jenis masakan : Nasi
Cara memasak : Rebus, didih dan goreng
Info chef: Daging ayam boleh dihiris dan diletakkan di bahagian atas nasi ketika menghidang.
2. NASI HALIA SERAI
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan beras basmathi | rendam sejam dan toskan
- 3 cawan air
- 2 sudu makan minyak jagung
- 6 batang serai |ambil bahagian dalam yang lembut dan hiris nipis
- 4cm halia muda | mayang halus
- 1 labu bawang besar |kisar halus
- 4 ulas bawang putih |kisar halus
- 3 kuntum bunga lawang
- 4 biji buah pelaga
- 4 kuntum bunga cengkih
- 1 batang kulit kayu manis
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak sapi di dalam periuk lalu tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau.
2. Masukkan serai dan halia lalu tumis lagi hingga wangi.
3. Masukkan buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih dan kulit kayu manis.
4. Masukkan beras dan air.
5. Tambah garam dan didihkan hingga nasi masak.
6. Angkat dan sedia dinikmati bersama lauk lain.
Saiz hidangan: 2-3 orang
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Aroma serai dan halia beri rasa unik
Jenis masakan : Nasi
Cara memasak : Rebus dan didih
Info chef: Enak dimakan bersama lauk bersambal dan sebagainya.
3. NASI IKAN MINYAK SAPI
BAHAN-BAHAN:
- 3 cawan beras basmathi |rendam dan toskan
- 2 keping isi ikan merah |potong dadu
- 3 cawan susu cair
- ½ cawan air
- 2 helai daun pandan | siat dan simpul
- 2 sudu makan minyak sapi
- 1 sudu makan marjerin
- Tepung jagung secukupnya
- Garam dan lada sulah secukupnya
BAHAN-BAHAN TUMIS:
- 5 biji bawang merah | mayang halus
- 3 ulas bawang putih |mayang halus
- 3cm halia muda |mayang halus
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 3 biji buah pelaga
- 3 kuntum bunga cengkih
CARA MEMASAK:
1. Tabur sedikit garam dan lada sulah pada isi ikan dan gaul rata. Salut ikan dengan tepung jagung secukupnya lalu goreng dalam minyak yang panas hingga kekuningan. Angkat, tos dan ketepikan.
2. Panaskan minyak sapi dan mentega di dalam periuk.
3. Masukkan bahan-bahan tumis dan tumis hingga naik bau. Masukkan daun pandan dan biarkan beberapa minit.
4. Masukkan beras, susu cair, air dan garam secukup rasa. Masak nasi hingga masak.
5. Setelah nasi masak, masukkan isi ikan goreng ke dalam nasi dan gaul rata.
6. Jika suka, tambah kismis dan bawang goreng semasa menghidang.
Saiz hidangan: 4-5 orang
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Rasa minyak sapi yang lemak dan wangi
Jenis masakan : Nasi
Cara memasak : Rebus dan didih
Info chef: Boleh juga gunakan isi ikan tenggiri, kerapu atau kurau.
4. NASI KAPITAN TANJUNG
BAHAN-BAHAN:
- 4 cawan beras | basuh dan toskan
- 2 cawan air
- 1 ½ cawan susu cair
- 2 sudu makan tomato puri
- 2-3 sudu makan minyak sapi
- 1 helai daun pandan | siat & simpul
- Garam secukup rasa
BAHAN-BAHAN B (KISAR):
- 1 biji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- 3cm halia
BAHAN-BAHAN C (TUMIS):
- 4 ulas bawang merah | mayang halus
- 2 ulas bawang putih | mayang halus
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 3 biji buah pelaga
- 3 kuntum bunga cengkih
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak sapi di dalam periuk. Masukkan bahan-bahan C dan tumis hingga wangi.
2. Masukkan bahan-bahan B dan tumis lagi beberapa minit.
3. Masukkan beras, air, susu cair, tomato puri, daun pandan dan garam secukup rasa.
4. Didihkan hingga nasi masak. Jika suka boleh tabur kismis dan bawang goreng ketika menghidang.
5. Sedia dinikmati bersama lauk pauk lain.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Jenis hidangan : Kapitan
Keistimewaan : Rasa lemak minyak sapi
Jenis masakan : Nasi
Cara memasak : Rebus dan didih
Info chef: Boleh dimakan bersama lauk pauk lain seperti ayam masak merah.
5. NASI PERANG JAGUNG MENTEGA
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan beras perang | basuh dan toskan
- 2 cawan susu cair
- 1 cawan air
- ½ cawan jagung (dalam tin)
- 3 sudu makan mentega
- 1 labu bawang besar | mayang halus
- 3sm halia | mayang halus
- 3 biji buah pelaga
- 2 kuntum bunga lawang
- Sehelai daun pandan | siat & simpul
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Panaskan mentega di dalam periuk. Tumis bawang besar, halia, buah pelaga dan bunga lawang hingga wangi.
2. Masukkan daun pandan dan beras.
3. Tuang susu cair, air dan jagung ke dalam periuk.
4. Tambah garam dan didihkan hingga nasi masak.
5. Boleh dihidangkan bersama aneka lauk pilihan.
Saiz hidangan: 3-4 orang
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Rasa unik kerana terdapat jagung di dalamnya
Jenis masakan : Nasi
Cara memasak : Rebus dan didih
Info chef: Beras perang bagus untuk kesihatan.
Resipi Isi Ikan Masam Manis. Menu Sedap & Mudah Untuk Berbuka Puasa.

Bagi ibu-ibu pastinya ingin menyediakan hidangan berbuka yang sedap dan enak untuk keluarga. Memang rasa puas bila lihat anak-anak dan suami begitu berselera menjamah sajian yang disediakan. Salah satu menu berbuka paling mudah dan sedap yang boleh dicuba untuk berbuka hari ni ialah Isi Ikan Masam Manis ni. Nak makan waktu sahur pun sesuai. Pasti anda kagum dengan rasanya.
ISI IKAN MASAM MANIS AROMA
BAHAN-BAHAN:
- 4 keping isi ikan (fish fillet)
- 5 sudu makan Tepung Goreng Rangup Serbaguna Kentucky ( Pedas) Aroma
- 1 biji telur
- 4 sudu makan air sejuk (air yang dicampur ketulan ais)
- Garam dan lada sulah secukup rasa
BAHAN SOS:
- 1 sudu makan sos cili
- 1 sudu makan sos tomato
- 1 sudu makan sos plum
- 2 sudu makan air
- 1 sudu teh tepung jagung + 1 sudu teh air | bancuh
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Tabur garam dan lada sulah ke atas isi ikan dan gaul sebati. Ketepikan.
- Di dalam mangkuk, bancuh Tepung Goreng Rangup Serbaguna Kentucky ( Pedas) Aroma bersama air sejuk dan telur hingga menjadi bancuhan yang sempurna (tak terlalu pekat dan tak terlalu cair).
- Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali, goreng ikan hingga keperang-perangan atau hingga masak. Toskan.
- Untuk membuat kuah; satukan semua bahan B di dalam kuali dan didihkan. Sesuaikan rasanya.
- Tuang kuah ke atas ikan goreng tadi dan hidangkan panas.
Video cara-cara memasak Isi Ikan Masam Manis Aroma: