Masakan berasaskan udang memang menjadi kesukaan ramai. Jika anak tak suka masakan bersambal boleh cuba resipi udang butter milk ini. Resipi ni atas masing-masing ,nak letak cili api ataupun tak.Nak pedas boleh letak. Malah nak tukar letak ayam pun boleh. Tapi ayam tu korang kena goreng tepung dulu la sebelum tu. Senang je nak buat! Dah la senang, sedap plak tu.
UDANG BUTTER MILK BAHAN-BAHAN: Udang galah/apa je la udang yang saiznya besar/ sederhana Buttercup (lagi banyak lagi sedap)-BELI ONLINE DI SINI ½ tin susu cair .Nak berkuah boleh letak lebih 7 ulas bawang putih(dikisar halus) Cili api kalau suka (tumbuk/kisar halus bersama bawang putih)
CARA MEMASAK:
Ads
1.Goreng dulu udang dengan mentega sehingga agak garing. Asingkan.
2.Guna bekas goreng udang tadi,tumis bawang putih.
3.Bila dah agak garing,masukkan susu dan garam.
4.Kacau sebati.Masukkan udang.
Ads
5.Masak sehingga pekat. Siap untuk dihidang. Kredit : Fairuz Abu Hassan
Pulang ke kampung , apa yang teringin selain menu kampung ialah kuih muih tradisi. Seronoknya dah boleh rentas negeri untuk menikmati makanan air tangan ibu. Bolehlah minta ibu membuatnya nanti.
Bahan-bahan: 1600ml santan sederhana pekat 2 helai daun pandan simpul 550gm gula kastor 1 sudu teh esen vanilla
Cara memasak: 1.Masukkan bahan tadi ke dalam periuk. Masak api sederhana hingga nampak didih sikit. 2.Sentiasa kacau jangan tinggal nanti santan tu naik kepala. 3.Tutup api, ketepikan. 4.Bahagi sama banyak untuk 3 bahagian.Tuang dalam jug lagi senang. Satu bahagian untuk putih, 2 bahagian untuk keladi. Saya guna pencelup perisa keladi dan satu titis je warna ungu. 5.Masukkan dalam jug.santan dahulu.
Ambil bekas.Masukkan 165g tepung ubi,85g tepung beras. Kalau ada pewarna putih masuk je sikit Masuk santan jug pertama dahulu .Gaul sebati,tapis. Ketepikan dulu.
Untuk santan jug ke2,keladi, sama juga dengan bahan di atas. Kacau sebati tapis ketepikan. Jug ke 3 sama juga bahannya tapi ikut step jug ke2.Masuk pencelup keladi dan pewarna ungu sikit je. Siap untuk dikukus.
Panaskan kukusan.Sapu minyak pada loyang.lapik plastik. kalau separuh guna loyang 6 -7 inci ok dah. Mula melapis keladi dahulu.150ml satu lapisan. Setiap lapisan kukus 5 minit Lapisan kedua pun guna perisa keladi. Hingga step ke 5 atau hingga habis Kalau nak tahu lapisan tu dah masak ke belum.guna sudu.Letak atas lapisan. Kalau dah tak melekat masak dah tu. Tuang lapisan seterusnya Tuang lapisan putih semua sekali. Kukus dalam 6 ke 7 minit.Test dengan sudu. Kemudian lapis balik adunan keladi. ulang hingga habis. Lapisan akhir kukus lama sikit. Lebih kurang 20 minit. Pastikan air kukusan tak menitik. Lima minit sekali angkat dan lap. Siap. Sejuk baru potong. Kena guna pisau plastik.bungkus pulak dengan plastik supaya senang nk potong.
Sedapnya kalau dapat makan Nasi Lemak dengan sambal padu dan Ayam Goreng Berempah panas-panas. Memang puas lebih-lebih lagi kalau dapat masak sendiri. Bagi anda yang tercari-cari resipi lengkap set Nasi Lemak ni, saudari Nurul Huda Sulaimanada kongsikan cara-cara penyediaan dari memasak Nasi Lemak hinggalah ke penyediaan ayam goreng. Sukatan yang diberi adalah untuk 1 kg beras. Tetapi jika anda nak masak dalam sukatan yang sedikit, hanya perlu bahagikan sahaja timbangannya. Mudah kan? Selamat mencuba!
Bila sebut sahaja tentang donut, pastinya kita sudah terbayang kelembutan dan kegebuannya yang pasti buat kita makan tidak henti. Mana cukup kalau makan sebiji sahaja. Hebat betul penangan donut, lagi-lagi sepanjang tempoh PKP dahulu. Sementara anak dan suami masih berada di rumah, ibu-ibu bolehlah buat donut untuk menu minum petang. Kalau risau donut yang diuli tidak selembut yang diingini, boleh cuba resipi yang dikongsi oleh Shima Chym ini. Pasti donut anda jadi lebih gebu.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!