Suka udang? Resipi mudah yang boleh anda cuba dan gerenti jadi kerana ia sangat mudah dan tidak banyak menggunakan bahan rempah ratus. Hanya perlu goreng dan tumis sahaja, masakan anda boleh dihidangkan sekelip mata. Jom cuba!
UDANG GORENG DAUN KETUMBAR ALA THAI
BAHAN-BAHAN:
250gm udang saiz XL | buang kulit
1/2 cawan tepung goreng ayam
1 sudu teh pati ayam
6 ulas bawang putih | cincang
2 biji cili merah | cincang
1 sudu makan chili flakes
1/2 cawan daun ketumbar | hiris halus
Sedikit daun bawang | hiris halus
Ads
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK LANGKAH DEMI LANGKAH:
LANGKAH 1: Panaskan minyak goreng udang hingga bertukar warna kemerahan. Angkat dan toskan.
Ads
LANGKAH 2: Keluarkan minyak, tinggal sedikit dan tumis bawang putih hingga kekuningan.
LANGKAH 3: Masukkan cili merah dan Chilis Flakes, kacau rata hingga pecah minyak.
LANGKAH 4 : Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
LANGKAH 5: Lengkapkan rasa dengan serbuk pati ayam.
Ads
LANGKAH 6: Kecilkan api, masukkan udang yang telah digoreng bersama daun ketumbar dan daun bawang. Tutup api dan kacau rata.
INFO CHEF: Gaulkan udang dengan tepung goreng ayam dan perapkan seketika sebelum digoreng.
…..
Saiz hidangan : 2-3 orang.
Waktu masak : 15 minit.
Cara memasak : Goreng dan tumis.
Jenis masakan : Lauk pauk.
Keistimewaan : Enak, garing dan sedikit pedas.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Teringin pula nak menikmati biskut, jom kita buat projek biskut. Biskut ni pasti ramai yang suka walaupun ada yang menggelarnya ‘’Cookies kayangan’. Bolehlah follow resipi yang dikongsi oleh Jan Ena jika ada yang berminat nak cuba.
BISCOFF LOTUS SWISS TART Bahan-bahan: 250gm butter (twin cow/farm cow) 85gm gula icing *Kacau sebati Masuk kan.. 155gm tepung gandum-BELI ONLINE DI SINI 155gm tepung jagung-BELI ONLINE DI SINI 3 sudu besar Crumble Biskut Biscoff (Ni guna biskut lotus hancur kan je atau kisar halus)
1.Kacau rata semuanya.
2.Adunan agak lembut kerana kita nak piping guna nozel untaian. Nak guna nozel bunga 1M pun boleh juga. Atas pipekan dengan Lotus Spred. 3.Bakar ikut suhu oven masing-masing.
Alangkah sedapnya dapat menikmati aneka hidangan Melayu asli seperti asam pedas untuk hidangan sendiri, sekeluarga atau rakan-rakan. Kali ini dikongsikan resipi daripada Pak Kasim Asam Pedas Melaka, yang terletak di Pantai Dalam, Kuala Lumpur untuk anda cuba masak sendiri di rumah. Dijamin enak, sila cuba ye!
IKAN TERUBUK ASAM PEDAS MELAKA
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan Terubuk – bersihkan dan potong
15 tangkai cili kering
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 cm halia
1 batang serai – ketuk
2 helai daun limau
5 batang bendi – potong
1/2 sudu kecil halba
Garam secukupnya
Air asam jawa secukupnya
Cara membuat:
Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih dan halia hingga lumat. Ketepikan.
Panaskan minyak, masukkan bahan yang telah dikisar tadi ke dalam periuk. Tumis hingga terbit bau.
Masukkan daun limau purut,serai, halba dan sedikit air asam jawa. Kacau sekata.
Masukkan garam secukupnya dan ikan Terubuk. Kemudian masukkan bendi. Kacau seketika. Tutup api dan angkat.
Sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih panas.
ASAM PEDAS IKAN PATIN
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan Patin – bersihkan, potong
20 tangkai cili kering
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3cm halia
2 batang serai – ketuk
5-6 batang bendi
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Daun kesum secukupnya
Sedikit air asam jawa
Garam secukupnya
Minyak masak secukupnya
Cara membuat:
Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih dan halia. Ketepikan.
Panaskan minyak, tumis semua bahan yang dikisar tadi hingga terbit bau. Kemudian masukkan serai ke dalam periuk, masak hingga pecah minyak.
Masukkan air asam Jawa dan setelah mendidih, masukkan kepingan ikan patin.
Seterusnya masukkan daun kesum dan akhir sekali masukkan sayur bendi. Perasakan dengan garam secukup rasa. Biarkan seketika. Tutup api.
Sedia untuk dihidangkan.
DAGING TETEL ASAM PEDAS MELAKA
BAHAN-BAHAN:
1/2 kilo daging tetel -bersihkan
20 tangkai cili kering
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang serai – ketuk
1/2 sudu kecik serbuk kunyit
1/2 cm halia
2 helai daun limau
Air asam jawa secukupnya
Minyak masak secukupnya
Cara membuat:
Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih dan halia. Ketepikan.
Panaskan minyak,masukkan semua yang telah dikisar.
Masukkan daun limau,serai yang telah diketuk dan sedikit serbuk kunyit ke dalam periuk. Kacau sekata.
Masukkan daging tetel dan sedikit air asam jawa. Setelah itu perasakan dengan garam secukup rasa. Kacau seketika dan tutup api.
Siap untuk dihidangkan.
ASAM PEDAS IKAN SARDIN
BAHAN-BAHAN:
5 ekor ikan sardin|dibersih dan toskan
2 sudu besar pes cili kering
5 biji bawang merah
1 ikan daun kesum
3 keping asam gelugur
Sedikit belacan
Garam secukup rasa
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan pes cili kering, bawang merah, belacanm daun kesum, asam gelurgur ke dalam periuk dan masaukkan air secukupnya. Kacau rata dan masak sehingga air mendidih
Kemudian masukkan ikan sardine. Masak sehingga ikan masak dan perasakan dengan garam secukupnya.
Kacau perlahan, sesuaikan rasa, angkat dan bolehlah dihidangkan.
Info chef: Boleh juga gunakan ikan lain untuk menu ini.
Sajian asam rebus dan asam pedas sememangnya menjadi kegilaan ramai. Manakan tidak, mendengar namanya sahaja sudah mampu mengecurkan air liur. Titisan kuah beraroma, pedas dan masam ini menjadikan sajian dinikmati penuh berselera hingga ke akhir suapan. Nak cuba? Jom lihat menu-menu yang boleh anda sediakan tengah hari ni.
1. KELADI MASAK ASAM
BAHAN-BAHAN:
300gm batang keladi
10 tangkai cili kering
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 keping asam gelugur
Sedikit hirisan lengkuas dan halia | dimayang halus
Sedikit ibu kunyit
2 tangkai daun kesum
Sedikit belacan
800ml air
CARA MEMASAK:
Batang keladi dibersihkan lalu dipotong kecil. Basuh dan toskan airnya. Celur seketika.
Tumbuk belacan, cili kering, bawang merah, bawang putih dan ibu kunyit sehingga lumat.
Masukkan bahan tumbuk, daun kesum, asam gelugur dan air ke dalam periuk. Biarkan mendidih.
Kemudian masukkan batang keladi. Kacau rata.
Perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya.
Apabila batang keladi kelihatan lembut, angkat dan nikmati bersama nasi putih.
2. LALA MASAK ASAM REBUS PEDAS
BAHAN-BAHAN:
500gm lala | dibersihkan
2 biji bawang merah | dihiris nipis
2 biji cili merah | dihiris nipis
4 biji cili padi | dihiris nipis
1 batang serai | dihiris nipis
2cm lengkuas
2cm halia
1 tangkai daun kesum
1 kuntum bunga kantan | dibelah dua
1 cawan air asam jawa
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
2cm kunyit
4 biji cili padi
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit belacan
CARA MEMASAK:
Didihkan air dan masukkan bahan hiris dan juga bahan yang dikisar. Gaul rata.
Kemudian masukkan air asam jawa, daun kesum, bunga kantan dan lala. Biar sehingga lala masak.
Setelah mendidih, perasakan dengan garam dan gula dengan secukupnya.
Angkat dan hidangkan.
3. ASAM REBUS IKAN
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan kembung
4 keping asam gelugur
3 tangkai daun kesum
1/4 biji nanas | dipotong kecil
Sedikit kunyit hidup | ditumbuk
1 kuntum bunga kantan | dibelah dua
4 biji cili merah | ditumbuk halus
Sedikit belacan | ditumbuk halus
2 biji bawang merah | ditumbuk halus
1 ulas bawang putih | ditumbuk halus
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Bersihkan ikan. Jika guna ikan bersaiz besar, potong kecil.
Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Masak sehingga air mendidih.
Apabila ikan kelihatan masak, perasakan dengan garam serta gula dengan secukup rasa.
Siap untuk dihidangkan.
4. ASAM PEDAS DAGING
BAHAN-BAHAN:
500gm daging | dihiris nipis
4 keping asam gelugur
2 ulas bawang putih
5cm lengkuas
3cm kunyit
15 biji cili padi merah dan hijau
1 sudu makan biji ketumbar
1/2 sudu teh jintan manis
Garam secukup rasa
Air secukupnya | untuk merebus
CARA MEMASAK:
Tumbuk biji ketumbar dan jintan manis. Jangan terlalu halus.
Masukkan kesemua bahan (kecuali cili padi ) ke dalam periuk. Masukkan air dan masak sehingga daging empuk.
Kemudian masukkan garam dan cili padi. Imbangkan rasa masin mengikut cita rasa anda.
Angkat dan siap untuk dihidangkan.
Info chef: Sebaiknya guna daging batang pinang kerana ia mudah empuk.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!