Sebentar tadi menerusi Perutusan Khas Perdana Menteri sempena Hari Pekerja yang disiarkan secara langsung Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan beberapa kelonggaran yang boleh dinikmati oleh rakyat sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan oleh kerajaan bermula 18 Mac yang lalu.
Kerajaan akan membuka semula hampir semua sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan dengan kawalan serta menguatkuasakan standard operasi (SOP) yang ketat.
Salah satu kelonggaran yang pastinya melegakan ramai adalah Perdana Menteri mengumumkan pengusaha restoran, kedai-kedai dan gerai dan trak makanan boleh kembali beroperasi mulai 4 Mei ini namun dengan bersyarat.
Ads
Pengusaha- pengusaha restoran dikehendaki mengamalkan langkah pencegahan dan mematuhi peraturan beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Ads
“Saya ingin memberikan beberapa contoh mudah bagaimana SOP ini hendak dilaksanakan.
“Jadi dalam sehari dua ini Pak Salleh boleh pergi ke restoran untuk bersihkan restoran, bersihkan pinggan, sudu, periuk dan lain-lain alat memasak, susun meja dan kerusi dan membeli stok barang-barang mentah,” katanya sempena Perutusan Khas Perdana Menteri Sempena Hari Pekerja yang disiarkan secara langsung di semua stesen televisyen di sini hari ini.
Dalam memastikan keselamatan pelanggan, Muhyiddin mengingatkan agar meja disusun dengan jarak sekurang-kurangnya dua meter antara satu meja dengan meja yang lain.
“Ini penting supaya di tengah-tengahnya ada ruang yang agak luas untuk pelanggan dan pekerja lalu, dan ada jarak yang selamat antara pelanggan yang makan di situ.
“Untuk pastikan penjarakan sosial ketika pelanggan makan, Pak Salleh boleh letak notis di setiap meja hanya satu orang, dua orang atau tiga orang dibenarkan makan bergantung kepada saiz meja.
“Kalau meja kecil mungkin satu orang atau dua orang sahaja dibenarkan. Kalau meja besar, mungkin tiga orang atau empat orang. Ini Pak Salleh kena tentukan,” katanya.
Walaubagaimanapun, majlis-majlis seperti kenduri, rumah terbuka, majlis berbuka puasa beramai-ramai dan sebarang bentuk perhimpunan yang melibatkan ramai orang adalah tidak dibenarkan.
Ads
gambar hiasan
Perjalanan rentas sempadan juga tidak dibenarkan kecuali untuk tujuan hadir bekerja dan pulang ke rumah sendiri setelah terkandas di kampung atau di tempat-tempat lain. Perjalanan rentas negeri untuk balik kampung masa cuti perayaan Aidilfitri tidak dibenarkan.
Bagi para peminat rancangan masakan, pastinya pernah menonton dan mengenali atok ini yang popular menerusi channel Youtube ‘ Grandpa Kitchen ‘kan? Dalam video-videonya, beliau banyak memasak hidangan dalam jumlah yang besar untuk sajian anak-anak yatim yang memerlukan.
Sifat pemurah serta aksinya yang bersahaja ketika memasak menggunakan dapur kayu menarik minat seluruh dunia sehinggakan channel Grandpa Kitchen berjaya mengumpul lebih dari 6 juta pengikut.
Namun, para peminat tidak dapat lagi menonton aksi Grandpa atau nama sebenarnya Narayana Reddy dari Telangana, India kerana beliau dilaporkan telah meninggal dunia. Menerusi video yang dimuatnaik pada 30 Oktober 2019, Grandpa dinyatakan telah meninggal dunia pada 27 Oktober 2019 di usia 73 tahun.
Grandpa from Grandpa's kitchen is dead. He was the most wholesome man on all of youtube, making large meals which he shared with orphans in his community. Been following him for a long time, and I cant really put into words how painful this is for me.
Jenama aiskrim terkenal, Magnum baru-baru ini memperkenalkan perisa terbaharunya Magnum Matcha Crumble. Aiskrim yang diinovasikan daripada gabungan harmoni berkonsepkan Timur dan Barat iaitu budaya Jepun yang sinonim dengan teh hijau dipadankan dengan Belgium coklat.
Magnum Matcha Crumble aiskrim teh hijau yang disaluti coklat Belgium dengan kepingan biskut shortbread yang rangup. Gabungan luar biasa ini menawarkan simfoni tekstur dan perisa yang benar-benar meningkatkan pengalaman menikmati aiskrim.
“Di Magnum, kami sentiasa keluar dari sempadan. Kami telah mengembara ke seluruh dunia untuk mendapatkan bahan-bahan terbaik, dan kali ini kami mendapat inspirasi daripada budaya Timur yang bertenaga dan menawan,” kata Peneraju Perniagaan Unilever Ice Cream Malaysia, Jean Nichapat Valaiphatchra
“Kami bukan sekadar mencipta aiskrim, kami mencipta pengalaman. Magnum Matcha Crumble adalah bukti komitmen kami terhadap kualiti, inovasi dan mengejar keseronokan sebenar,” tambah Jean.
True Pleasure Moment
Magnum meraikan perisa baharu ini dalam satu acara tertutup di Sentul Depot, Kuala Lumpur yang turut dihadiri selebriti seperti Daiyan Trisha, Ben Amir dan Qiu Wen pada 11 September yang lalu.
Para tetamu turut diberi peluang merasai sendiri diri pelbagai aktiviti budaya Jepun sebagai pengisian pada acara tersebut, antaranya merasai dan mempelajari teknik sebenar mengaduk teh hijau premium, memcipta kipas Jepun mereka sendiri disaimping menikmati hidangan Omakase yang menghidangkan juadah ekslusif ciptaan chef Magnum X Chateau Dionne.
Peminat aiskrim kini boleh menikmati Magnum Matcha Crumble yang tersedia di seluruh negara di seluruh pasar mini utama, pasar raya, kedai serbaneka, stesen minyak, laman e-dagang dan platform penghantaran makanan seperti Grab dan Foodpanda.
Melihat gambar sahaja sudah meruntun jiwa dan menimbulkan rasa bangga. Itulah yang boleh digambarkan mengenai keprihatinan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan keluarga baginda setiap kali rakyat ditimpa musibah.
Menerusi perkongsian di laman Facebook Istana Negara semalam, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan membantu Raja Permaisuri Agong memasak untuk mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Orang Ramai Seri Damai, Kuantan, Pahang semalam.
Seri Paduka Baginda berangkat tiba ke PPS ini setelah berkenan melawat dan meluangkan masa menyantuni mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Wisma Belia dan PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Sg. Isap, Kuantan.
Sedari dulu lagi, sudah menjadi kelaziman bagi KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong menyingsing lengan, bersama-sama para petugas untuk menyediakan makanan kepada mangsa banjir di negeri Pahang.
Sentuhan Yang di-Pertuan Agong dan air tangan Raja Permaisuri Agong mencerminkan keperibadian dan keprihatinan tinggi Seri Paduka Baginda terhadap mangsa banjir dan golongan yang memerlukan bantuan.
Menurut perkongsian tersebut lagi, difahamkan seramai 128 orang daripada 49 keluarga telah dipindahkan di pusat pemindahan sementara tersebut setelah kediaman mereka dilanda banjir akibat hujan yang berterusan sejak hari Sabtu lalu.
Seri Paduka Baginda berdua mengajak seluruh rakyat bersama Baginda mendoakan agar bencana banjir yang melanda beberapa negeri pada ketika ini tidak berpanjangan sehingga mengorbankan nyawa dan harta benda.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!