Kalau anda mahu makan tengah hari dengan hidangan yang sedap dan mengenyangkan, bolehlah cuba makan di Restoran Nasi Kukus Sotong Besar. Cawangan di Kota Kemuning ni memang senang nak dituju. Tak terlalu sibuk lokasinya.
Walaupun namanya sotong besar, tapi ada juga dihidangkan kambing dan juga nasi kerabu lauk ayam. Boleh pilih menu mana yang menepati cita rasa anda.
Ads
Sedap betul sotong goreng ni. Ada yang kata sotong besar ni liat. Tapi nyata dagingnya lembut dan cukup perapan salutan tepung tu. Dicicah pula dengan sos manis. Alahai… sedap sungguh.
Ini pula kambing bakar. Sos blackpepper yang digunakan untuk memasak kambing ni sangat sedap. Cukup rasa pedas, manis dan lemaknya.
Ads
Ini pula nasi kerabu ayam bakar. Ayam besar dan cukup rasa perapan yang digunakan. Memang terbaiklah!
Ads
Kalau korang nak datang time lunch hour, kenalah datang awal. Kalau tak, kena gigih beratur tau!
Jom tengok video Makan Di Mana yang menampilkan Restoran Grease Seksyen 13 Shah Alam. Klik SINI
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Melalui facebook seorang chef yang dikenali dengan coklat, Chef Amer, beliau telah membongkar satu lokasi warung yang menghidangkan soto paling sedap di Parit Raja, Batu Pahat, Johor.
Menariknya, warung ini menyediakan soto dengan cara asli iaitu ayamnya disiat-siat. Bukannya dipotong-potong. Inilah istimewanya soto di Warong Satar.
Ayam disiat-siat.
“Sotonya agak ‘clear’ tidak berempah dan terasa manis ayamnya. Ayamnya digoreng setelah direbus dan disiat-siat isinya. Inilah cara hidangan soto yang asli. Bukannya ayam yang dipotong-potong. Nasi himpit juga lembut. Selesa je masuk ke perut,” katanya.
Menurut Chef Amer, selain menu soto, ada juga menu lain seperti mi rebus, lontong, rojak dan nasi lemak.
Sambal kicap pelengkap rasa.Bergedel wajib ada.Mana cukup satu bergedel!
“Hanya ‘Makan Mania’ dan jiwa yang kental sahaja berani sampai sejauh ini semata-mata untuk semangkuk soto. Apabila dah berhajat, jauh pun sanggup diredah. Siri Alas Perut di Johor meneruskan pencarian soto yang paling sedap. Terletak dalam kampung yang agak ke dalam sedikit. Warong Satar terletak di Kampung Parit Daun, daerah Parit Raja, Batu Pahat. Warungnya kecil sahaja tetapi sotonya power giler. Diusahakan oleh satu keluarga Jawa di hadapan rumah,” kata Chef Amer lagi.
Inilah warungnya.Suasana depan warung.Jalan depan warung.Warong Satar.
Info Warung:
Nama warung: Warong Satar
Lokasi: Kampung Parit Daun, Parit Raja, Batu Pahat, Johor
Waktu operasi: Pukul 7.00 pagi hingga 12.00 tengah hari (Tutup Jumaat dan Sabtu)
Kuah laksanya memang kaw! Manakan tidak, rupa-rupanya belacan yang digunakan untuk ramuan kuah laksa ini diambil khas hari Tanjung Dawai, Kedah Darul Aman. Inilah keistimewaan dan kelainan laksa di Gerai Laksa Tanjung Dawai yang terletak di Kota Damansara, Selangor.
Bagi peminat laksa utara, anda kena cuba makan Laksa Tanjung Dawai. Pasti anda puas hati. Dengan kuahnya yang sedap, cita rasa laksa yang sebenar dapat anda nikmati. Apatah lagi di sini turut menyediakan satu menu yang mesti anda cuba iaitu laksa telur sarang.
“Kami menggunakan belacan istimewa yang dihasilkan dan diperoleh dari Tanjung Dawai.
Penghasilan kuah laksa pula dari proses menyiang ikan, mesin, tumis dan memasak semua saya buat sendiri. Seorang pekerja yang saya percaya membantu saya. Semua ini untuk memastikan rasanya sedap setiap hari dan konsisten demi kepuasan pelanggan,” cerita pemilik gerai, Siti Katina Azmi.
.
BOBA BUATAN SENDIRI
Selain laksa, di gerai ini turut ada cendol yang diletakkan boba. Menariknya, boba dibuat sendiri.
“Cendol dibuat menggunakan santan sawit. Boba kita buat sendiri kerana lebih puas hati kalau kita masak macam untuk dimakan sendiri,” katanya yang sanggup meninggalkan kerjaya untuk fokus pada perniagaan Laksa Tanjung Dawai.
Gerai ini telah dibuka sejak 2015. Harga menu yang ditawarkan adalah berpatutan. Laksa biasa RM5.00, laksa telur sarang RM6.00, cendol biasa RM3.00, cendol pulut RM3.50, cendol tapai RM4.50, cendol boba RM 4.00 dan cendol durian RM10.00.
TELUR SARANG ISTIMEWA
.
Laksa dan cendol adalah menu yang jadi pilihan apabila duduk lepak di gerai pada waktu petang. Sebab itulah gerai ini sentiasa dikunjungi sama ada untuk makan di situ ataupun dibungkus untuk dibawa pulang. Menurut Siti Katina, setiap maklum balas pelanggan diterima dengan hati terbuka untuk penambahbaikan pada masa akan datang dan demi kepuasan pelanggan.
.
Antara yang mendapat maklum balas terbaik adalah telur sarang. Menurut Siti Katina, “Telur sarang menggunakan ramuan campuran tepung dan mempunyai teknik memasak tersendiri. Kita mahu kekalkan kerangupan telur walaupun telah digoreng lama. Minyak masak yang digunakan adalah baru setiap hari untuk memberikan kualiti yang terbaik untuk pelanggan.”
.
INFO GERAI
Nama gerai: Laksa Tanjung Dawai
Pemilik: Siti Katina Azmi & Amiruddin Kamaruddin
Lokasi: Seksyen 6, Kota Damansara, Sebelah Rumah TNB
Waktu operasi: Selasa hingga Ahad (11.30 pagi – 7.00 petang)
Mesti cuba: Laksa telur sarang dan cendol boba
Kali ini RASA ingin kongsikan dua lokasi tempat makan berkonsepkan menu hidangan Pantai Timur. Dua lokasi ini memang sedap dan korang wajib cuba.
WARONG AMBO
Dengan tagline Warong Ambo Selera Demo, memang sudah pasti ini adalah tempat makan yang menyediakan hidangan Pantai Timur. Memang sangat menawan cita rasa kalau tengok gambar-gambar menu di facebook page Warong Ambo.
Warong Ambo dan Cafe Ambo terletak bersebelahan antara satu sama lain. Cita rasa Pantai Timur yang dijual di sini adalah hidangan Kelantan. Senang kata, kalau teringin nasi ulam budu ikan singgang, memang ada dijual di sini.
Selain itu ada nasi daging singgang, sup daging, ikan bawal, nasi ayam, kerabu, ikan rebus goreng, mi celup Bangkok dan pelbagai lagi hidangan yang sedap-sedap.
Dibuka untuk sarapan dan makan tengah hari. Dari jam 8.30 pagi hingga jam 4 petang di Warong Ambo. Manakala Cafe Ambo pula dari jam 10.30 pagi hingga 6.30 petang. Cuti setiap Isnin minggu kedua dan Isnin minggu keeempat setiap bulan.
Lokasi: AMBO CAFE, NO 24 JALAN NOVELIS U1/86A, LAMAN GLENMARIE, 40150 SHAH ALAM SELANGOR
Tidak sah rasanya kalau pergi ke Terengganu tapi tak makan nasi kerabu. Di Kuala Terengganu, ada satu kedai nasi kerabu yang terkenal iaitu Fauzi Nasi Kerabu. Memang ramai yang akan makan di kedai itu untuk menikmati antara nasi kerabu tersedap di sana.
Lokasi: Jalan Sultan Sulaiman. Sederet dengan Kedai Buku Banggol.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!