Sesekali makan bubur ayam yang dimasak homemade memang sedap. Maklumlah bila buat sendiri, anda boleh letak aneka bahan sampingan yang disukai. Nak masak pun tidak renyah malah kosnya juga jauh lebih murah berbanding yang dibeli. Ringkas je tapi hasilnya nampak sedap. Nanti bolehlah cuba.
RESIPI BUBUR AYAM SEDAP & MUDAH
Ads
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan beras – masak dulu supaya bubur lagi cepat masak
- 1 batang lobak merah – potong dadu
- 2 keping dada ayam – rebus dan carik
- 1 kiub MAGGI®️ Pati Ayam
- Bawang putih – cincang halus
- Lada sulah dan lada hitam
- 1 inci halia – ketuk
CARA MEMASAK:
- Mula-mula rebus beras atau nasi dengan halia dan kiub MAGGI®️ Pati Ayam sampai jadi bubur. Kalau air kering tambah lagi hingga jadi bubur.
- Kemudian masukkan lobak merah dan isi ayam. Isi ayam ni boleh juga disimpan sikit untuk ditaburkan atas bubur masa nak makan nanti.
- Seterusnya masukkan lada sulah, lada hitam (nak guna lada hitam tumbuk pun boleh) secukupnya.
- Dalam kuali berasingan, panaskan minyak dan goreng bawang putih cincang untuk dijadikan minyak bawang putih. Goreng sampai garing dan keperangan.
- Tuang minyak bawang putih ke dalam periuk bubur. Kacau sebati dan siap untuk dinikmati.
- Semasa menghidang, boleh tabur bawang goreng, daun bawang, isi ayam, minyak bawang putih dan lada hitam bagi menyedapkan lagi rasa.
Ads
INFO: Taburan bawang goreng dan isi ayam menyedapkan lagi rasa bubur ini
Ads
Kredit foto: Unit Foto Nu Ideaktiv
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI