Minum petang, buat roti pun best kan? Kali ini RASA ingin kongsikan roti bawang berinti. Resipi ini dikongsikan oleh Aishah Noordin di facebook group Rasa Share Resepi. Jom cuba.

ROTI BAWANG BERINTI

BAHAN INTI
Minyak masak untuk menumis
5 ulas bawang putih (cencang)
1 labu bawang besar (potong dadu)
2 tangkai cili hijau (potong dadu)
Sedikit rempah sup
4 batang sosej (potong dadu)
1 biji kentang (potong dadu dan rebus)
Sedikit susu cair
Sedikit garam
Serbuk lada sulah
Serbuk lada hitam
Mayones
Daun sup

CARA MEMBUAT INTI
1. Panaskan minyak masak. Tumis bawang putih, bawang besar dan cili hijau. Tumis sehingga wangi.
2. Masukkan sedikit rempah sop. Kacau sekejap.
3. Masukkan sosej. Kacau sehingga sosej masak.
4. Masukkan ubi kentang. Kacau.
5. Taruh sedikit susu cair, garam, serbuk lada sulah dan serbuk lada hitam. Kacau sebati. Angkat.
6. Dalam bekas, masukkan sedikit mayonese dalam gaulkan dengan bahan tadi. Letakkan hirisan daun sup jika suka.
7. Letakkan inti pada doh yang telah dicanai.

BAHAN ROTI
• 2 labu bawang besar (hiris dan goreng hingga keperangan)
• Minyak masak untuk menggoreng
• 1/2 cawan air panas
• 2 sudu besar mentega
• 2 sudu besar minyak jagung dan minyak zaitun
• 2 sudu besar gula perang
• 1 sudu kecil garam
• 1 biji telur ayam
• 1/2 cawan susu cair
• 1 sudu besar yis mauripan
• Sedikit serbuk oregano
• 3 cawan tepung gandum
• Keju
• Kuning telur ayam
• Bijan

IKLAN

CARA MEMBUAT ROTI
1. Hiris bawang besar. Panaskan minyak dan goreng sampai keperangan. Angkat dan ketepikan.
2. Dalam sebuah bekas, masukkan air panas.
3. Masukkan mentega, minyak jagung dan minyak zaitun. Kacau.
4. Masukkan gula perang, garam, telur ayam dan susu cair. Kacau sebati.
5. Masukkan yis mauripan. Kacau lagi.
6. Masukkan bawang goreng. Boleh juga letakkan sedikit serbuk oregano kalau suka.
7. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut. Uli sambil hempas doh 50 kali dalam bekas.
8. Perap doh sehingga naik dua kali ganda. Taruh doh dalam beg plastik yang telah disapu minyak.
9. Setelah doh naik, Ambil sedikit demi sedikit dan dicanai. Bubuh inti sedikit. Tabur keju dan gulung. Letakkan rapat-rapat dalam bekas yang telah disapu minyak.
10. Setelah naik, sapu dengan kuning telur dan tabur bijan.
11. Bakar lebih kurang 40-50 minit atau sehingga atas roti cantik perang di atasnya.

Selamat mencuba!
.

.

.

.

.

Kredit: Facebook Aishah Noordin

Korang nak beli BLENDER baru tak? Jom klik sini untuk tengok BLENDER BARU.

Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)

NAK RESIPI LAIN? Klik sini:
https://rasa.my/resipi-oreo-cheesecake-yang-mantap/
https://rasa.my/lelaki-ini-olah-roti-jadi-biskut-kering-bergula-kreatif-sungguh/
https://rasa.my/perghhh-mantap-sungguh-gulai-ikan-tenggiri-paling-power-ni/

Jom tengok video ni
https://www.youtube.com/watch?v=8z9E4CUDm5Q&list=PLeFxvDQwYge2Z4S3GiUhGD-X4hTKVMcL_&index=7