Sesekali sedap juga kalau buat roti, kan? Roti sarang lebah ni pernah viral seketika dulu. Tapi pada hari ini, masih tetap ramai peminatnya. Iedaa Jahaya berkongsi resipi membuat roti sarang lebah ini di facebook group Rasa Share Resipi. Jom cuba!
ROTI SARANG LEBAH
BAHAN-BAHAN
1 sudu besar gula castor
1/2 peket yis mauripan
3 cawan tepung high protein
1 sudu kecil bread softener
1 sudu besar susu tepung
3 sudu besar minyak zaiton
1 bji kuning telur ayam
Bijan hitam
Kuaci
Mentega
.
Ads
CARA MEMBUAT
1. Bancuh gula dan yis dalam 1/2 cawan air suam.
2. Kacau bancuhan yis seketika dan tunggu berbuih.
3. Masukkan tepung, bread softener dan susu tepung dalam bekas besar. Tuang adunan yis dan uli sehingga adunan tak lekat di tangan.
4. Alaskan minyak zaitun pada loyang. Panaskan oven.
5. Apabila doh sudah mengembang, bulat-bulatkan doh. Sapu minyak zaitun pada tangan dan bulatkan doh sebenar bola pingpong. Susun dalam loyang.
6. Pecahkan telur dan ambil kuningnya sahaja. Sapu atas doh.
7. Tabur bijan hitam dan kuaci sebagai hiasan.
8. Bakar pada suhu 180 selama 30 minit.
9. Selepas roti masak, sapu mentega atas roti supaya berkilat keemasan.
SOS BUTTERSCOTCH
BAHAN-BAHAN
3 sudu besar mentega
1 cawan gula perang
Whipping cream
Esen vanilla
Sedikit garam
CARA MEMBUAT
1. Panaskan periuk. Cairkan mentega. Masukkan gula perang. Kacau sehingga gula larut.
2. Masukkan whipping cream. Perlahankan api. Kacau. Apabila mendidih, tutup api.
3. Masukkan esen vanila dan garam. Kacau sekejap. Siap.
.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Acar rempah timun telur puyuh ni memang sedap dimakan dengan nasi tumis sperti Nasi Minyak, Nasit Tomato dan juga nasi biasa. Lagi lama disimpan lagi sedap rasanya.
Keenakkan hidangan ini bila sayur dikunyah rangup dan telur puyuh rebus lembut. Rasa rempah diseimbangkan dengan rasa masam cuka.
ACAR REMPAH TIMUN TELUR PUYUH
BAHAN-BAHAN
BAHAN A:
Telur puyuh (rebus dan kopek kulit)
1 biji timun – di potong jejari
1 biji lobak merah – di potong jejari
Bawang merah ros – dibelah dua
Cili merah dan hijau
3 sudu besar rempah kurma
3 sudu besar kerisik
Cuka
Garam
Gula
Biji Sawi
BAHAN-BAHAN B (DIHIRIS):
2 biji bawang merah ros
2 ulas bawang putih
1 inci halia
BAHAN-BAHAN C (DIKISAR):
3 biji bawang merah ros
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit
Segenggam udang kering
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil ketumbar
CARA MEMASAK:
1. Tumis bahan-bahan hirisan hingga naik bau.
2. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar (Bahan C) kemudian masukkan rempah kurma. Tumis hingga garing.
3. Masukkan sedikit air dan kerisik
4. Masukkan semua bahan-bahan utama (Bahan A)
5. Perasakan dan biar hingga kuah agak pekat.
6. Akhir sekali, taburkan biji sawi
7. Siap dan boleh dihidangkan.
Nak cepat buat wantan goreng ni, beli kulit wantan yang dah siap kat pasaraya tu.Tengok dan semak tanda halalnya. Nak lipat wantan ni memanglah standardnya bentuk bunjut, tapi kalau rasa tak pandai bentukkan cara ini boleh aje lipat ikut cara lain ikut kreativiti masing-masing.
Janji intinya kena sedap, yang min nak kongsikan ini resipi wantan intinya isi ketam yang super senang memasaknya. Kalau nak letak inti ayam atau lain-lain pun sedap jugak. Jom tengok resipi yang dikongsikan oleh Yan Diana ni.
WANTAN GORENG ISI KETAM
.
BAHAN- BAHAN :
Bahan inti :
.
1 pek isi ketam / crabstick – potong kecil-kecil
kulit wantan segera secukupnya
1 batang lobak merah – potong dadu atau parut
5-6 helai daun bawang – hiris halus
Nak letak sayur apa pun boleh ikut suka. Empunya resipi letak lobak merah dan daung bawang aje.
Serbuk lada sulah secukup rasa – beli online DI SINI
CARA MEMASAK : 1.Tumis semua bahan inti ni sampai lembut. Perasakan dengan garam & serbuk lada sulah. 2. Akhir sekali baru masukkan telur. Tak payah sampai masak sangat telurnya. Sejukkan.
3. Letak inti atas wantan tu lepas tu lipatlah ikut suka. Agak-agak tak terkeluar isi time goreng kang kira oklah tu.
.
4.. Kalau pandai buatlah bunjut tu
.
.
5. Dah siap lipat semua goreng cara deep-fry.
Kredit : Yan Diana
INGIN MEMBELI KUALI ANTI MELEKAT, JOM BELI ONLINE DI SINI
Lauk kari di negeri belah Utara, dikenali juga sebagai gulai. Tak kisahlah kari ikan , ayam daging, kari memang berpisah tiada. Esok dah mula cuti sekolah mesti ada banyak kenduri kendara atau majlis perkahwinan yang berlangsung, ya tak.
Che Nuri Azmi, pemilik Restoran Sajian Utara, Petaling Jaya
Menu ‘hangat’ seperti gulai kawah daging dengan batang pisang pastinya menjadi sajian hebat di majlis penuh makna ini. Che Nuri Azmi dari Restoran Sajian Utara, Petaling Jaya mempamerkan kehebatannya dalam resipi kenduri dari negeri-negeri belah utara .
1.KARI IKAN UTARA
BAHAN-BAHAN:
6 kilo ikan Senangin
3 liter santan
18 sudu makan rempah kari ikan
3 sudu makan serbuk cili
3 sudu makan halba campur
5 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai
15 batang kacang bendi
4 biji tomato | belah empat
1 cawan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air jika perlu
1 cawan minyak masak
BAHAN KISAR:
20 ulas bawang merah | hiris halus
2 biji bawang putih | hiris halus
10 cm halia mudah | hiris halus memanjang
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dalam periuk,tumiskan halba campur bersama daun kari hingga wangi. 2. Masukkan rempah kari yang dicampur dengan serbuk cili dengan air. Tumis hingga pecah minyak. 3. Masukkan aira asam jawa, diikuti santan, kemudian biarkan hingga kuah mereneh. 4. Masukkan ikan, setelah ikan masak, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. 5. Sebelum angkat, masukkan kacang bendi dan tomato. 6. Tutup api, kari sedia dihidankan.
INFO CHEF: Selain kacang bendi boleh juga masukkan terung bulat dan hirisan cili hijau. Saiz hidangan: 45 orang. Masa memasak:45minit. Cara memasak : Tumis dan reneh. Jenis masakan : Sayur. Keistimewaan: Kari yang enak dan tidak begitu pedas.
2. KARI AYAM
BAHAN-BAHAN:
5 kg ayam | potong sederhana
10 biji kentang | kupas dan belah empat
2 liter santan
15 sudu makan rempah kari daging
4 sudu makan serbuk cili
5 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
1 cawan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
1 cawan minyak untuk menumis
REMPAH PENUMIS:
3 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga lawang
10 kuntum bunga cengkih
10 biji buah pelaga
BAHAN KISAR:
3 biji bawang besar
10 ulas bawang merah
20 ulas bawang putih
8cm halia
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dalam periuk, kemudian tumiskan rempah penumis bersama daun kari hingga wangi. 2, Masukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan sedikit air bersama serbuk cili. 3. Kacau rata hingga pecah minyak, masukkan air asam, kemudian diikuti ayam. Kacau lagi, kemudian biarkan seketika hingga isi ayam kecut. 4. Tambahkan santan, Setelah mereneh masukkan kentang. 5. Biarkan mereneh atas api sederhana sehingga kentang dan ayam empuk. 6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. 7. Tutup api dan kari ayam sedia dihidangkan.
INFO CHEF:Jika kuah kari agak pekat boleh tambahkan sedikit air panas sebelum diperasakan dengan garam dan gula. Saiz hidangan: 40 orang. Masa memasak:45 minit . Cara memasak : Tumis dan reneh. Jenis masakan : Lauk pauk. Keistimewaan: Kari yang sedap dan tidak terlalu pedas.
3. GULAI TULANG IKAN MASIN TUMIS DARAT
BAHAN-BAHAN:
5 kg tulang ikan masin | potong sederhana
4 batang lobak merah | potong serong
5 biji terung bulat | belah enam
1 biji nanas | buang kulit dan potong sederhana
10 batang kacang panjang | potong 3-4cm panjang
5 biji kentang | belah empat
3 liter santan
1.5 liter air
15 sudu makan rempah kari ikan
BAHAN TUMIS DARAT:
5 sudu makan halba campr
5 biji bawang besar | hiris halus
20 ulas bawang putih | hiris halus
9cm halia muda | hiris halus
5 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
1 cawan minyak masak
CARA MEMASAK: 1. Bancuh rempah kari dengan air kemudian masukan tulang ikan masin dan renehkan. 2. Setelah mendidih masukkan kentang, lobak merah dan terung, biarkan hingga kentang empuk. 3. Seterusnya masukkan kacang panjang, hirisan nanas dan santan. 4. Setelah mendidih, perasakan dengan garam dan gula jika perlu (ini kerana ikan masin sudah masin). 5. Setelah cukup rasa. Tutup api. 6. Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali, tumiskan halba campur dengan api kecil kemudin masukkan hirisan bawang besar, bawang putih dan halia. 7. Apabila bawang sudah kekuningan, masukkan daun kari dan tutup api. 8. Akhir sehali tuang bahan tumisan ini dalam periuk kari tulang ikan masin tadi. Kemudian segera tutup periuk bagi mengekalkan keharuman bahan tumisan,
INFO CHEF: Antara tulang ikan masin yang sesuai digunakan adalah tulang ikan merah, tulang ikan talang dan boleh juga guna ikan duri. Terserah pada cita rasa.
Saiz hidangan: 50 orang. Masa memasak:40 minit . Cara memasak : Reneh dan tumis. Jenis masakan : Lauk pauk. Keistimewaan: Kari yang sedap dan tidak terlalu pedas.lembut.
4. GULAI KAWAH DAGING DENGAN BATANG PISANG
BAHAN-BAHAN:
5 kg daging | hiris nipis dan lebar
5 batang umbut kelapa Potong memanjang
1 paket rempah kari daging saiz sederhana
5 sudu makan serbuk cili
1 cawan kerisik
10 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
1 cawan air asam jawa
2.5 liter santan
Garam dan gula secukup rasa
1 1/2 cawan minyak masak
REMPAH PENUMIS:
4 batang kulit kayu manis
8 kuntum bunga lawang
15 biji buah pelaga
15 biji bunga cengkih
BAHAN KISAR:
3 biji bawang besar
20 ulas bawang merah
20 ulas bawang putih
8cm halia muda
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan rempah penumis bersama dengan bahan kisar serta daun kari. 2. Kacau rata hingga wangi baru masukkan campuran rempah kari dengan serbuk cili yang dibancuh dengan sedikit sehingga menjadi pes. 3. Terus kacau hingga rempah masak dan timbul minyak. 4. Masukkan daging yang telah dicuci bersih, gaul rata dan biarkan sehingga daging kecut. 5. Masukkan air dan biarkan mereneh hingga daging empuk. 6. Apabila daging empuk, masukkan umbut pisang, santan dan air asam jawa. 7. Biarkan mereneh hingga umbut pisang empuk. 8. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. 9. Selepas beberapa minit, tutup api. Gulai sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Selain umbut pisang boleh juga guna umbut kelapa. Daging juga boleh tukar dengan ayam. Terpulang pada cita rasa. …………. Saiz hidangan: 50 orang. Masa memasak:1 jam. Cara memasak : Tumis dan reneh. Jenis masakan : Lauk pauk. Keistimewaan: Enak rasa lemak dan tidak pedas.
Terima kasih :RESTORAN SAJIAN UTARA ,18, Jalan SS 5b/4, Ss 5, 47301 Petaling Jaya, Selangor