Menanam cili ada satu perkara yang agak sukar. Tapi kalau kena tekniknya, sebenarnya seronok dan cabaran itu menjadi sebagai guru kita. Sekali tanam tak jadi itu biasa, tanam lagi dan lagi sehingga jumpa cara tersendiri.
Menerusi perkongsian petua daripada saudara Mohd Amri, dia menggunakan teknik tanaman secara gantung dan hasilnya sangat mengagumkan. Cili tumbuh dengan segar, saiz besar dan panjang-panjang.
Pagi ini saya sempat memetik cili besar yang ditanam secara gantung. Hanya satu polibeg sahaja cili besar yang saya tanam.
Selebihnya ialah cili solok, dan cili padi akar. Sengaja buat pelbagai, supaya senang isteri “berbelanja” di kebun encik suami kan. Hihi.
Suka saya kongsikan teknik asas yang digunakan:
1. Buang tunas air. Saya tak kata wajib buang tunas air. Tapi jika nak pokok rimbun macam kanopi, cubalah. Boleh tengok video saya buang tunas air di sini. 2. Buat kawalan serangga secara berkala dan mesti disiplin. Seminggu sekali mesti sembur. Saya jimatkan masa dengan campur booster untuk gemukkan tanaman dengan bahan kawalan serangga terus. Senang.
3. Pembajaan boleh sama ada organik atau baja bebentuk cecair. Tapi dalam pengalaman yang lalu, penggunaan baja organik lebih melembutkan tanah berbanding dengan menggunakan baja cecair. Lama-kelamaan, tanah menjadi lebih keras. Baja tu, pilihan masing-masing. 4. Jika ada rumput-rumput liar tumbuh, cabut dan buang supaya pokok lebih selasa. Kalau tak, baja tu pergi kepada rumput sahaja.
5. Pastikan juga jarak antara dua pokok (dua polibeg) tidak terlalu dekat supaya ada ruang bagi mengelakkan serangga perosak berkumpul, dan ada ruang pengudaraan yang baik. 6. Pastikan medium tidak terlalu basah kerana akar pokok mudah masam dan reput. Boleh guna hujung jari untuk semak keadaan medium. Tanam sikit-sikit, tak berbaloi nak beli alat semak mahal-mahal kan. Agak-agak jela ya.
Ads
Inilah namanya cabang Y. Boleh rujuk video saya di link untuk jadikan pokok macam ni.
Itu sahaja teknik ringkasnyaa. Semoga tentuan semua gembira dengan tanaman masing-masing. Yang beri pokok tumbuh pun Allah, yang bagi lebat pun Allah, kita semua berhajat kepada Allah.
Peti sejuk ibarat penyelamat kepada makanan-makanan agar tetap segar ketika dimakan dan boleh disimpan untuk jangka waktu yang relatif. Namun, sayangnya ada beberapa bahan makanan tertentu yang ternyata tidak bertahan lama. Atau, bahan makanan tertentu akan menimbulkan bau yang menyengat sehingga merosakkan makanan lain.
Okay, supaya kita tidak terus membazir, ambil tahu dulu cara menyimpan yang sebenar agar lebih tahan lama dan rasa makanan tersebut tetap asli dan terpelihara.
Jangan mencuci buah sebelum disimpan kerana akan mempercepat pembusukan. Macam mana ya?
Buah-buahan tidak memerlukan kelembaban yang tinggi. Hindari mencuci buah sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk karena akan merosakkan kelembaban sehingga mudah busuk. Letakkan buah-buahan di rak tengah yang terbuka.
Beberapa buah tertentu seperti pisang, avocado, tembikai dan limau, tidak akan tahan lama jika dimasukkan ke dalam kulkas. Cukup simpan buah-buah ini di suhu bilik atau di udara terbuka.
Untuk buah yang sudah dipotong, perahkan jus lemon untuk menmbuangk oksidan buah yang mencegah warna menjadi kecokelatan serta kehilangan kerangupannya. Boleh juga dimasukkan ke dalam mangkuk dengan bungkus plastik (plastic wrap).
Untuk buah yang masih dalam keadaan segar boleh disimpan dalam selama 1 hingga 2 minggu. Sedangkan untuk buah yang sudah dipotong hanya 3-4 hari.
Buah Epal sebaiknya dipisahkan dengan buah lainnya kerana ia mengeluarkan gas tertentu yang menyebabkan buah atau sayuran cepat membusuk
Simpanlah secara terpisah dengan buah-buahan lain yang sudah masak..
Agar rasa dan tekstur epal tidak berubah, simpan dengan cara membungkusnya ke dalam plastik berlubang sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.
Berbeza dengan buah, sayuran memerlukan kelembaban yang lebih tinggi dan lebih cepat busuk berbanding buah.
Cuci bersih sayuran untuk mencegah bakteria yang menyebabkan daunya layu dan kekuningan. Tunggu kering sebelum memasukkannya ke dalam plastik berlubang atau dibungkus dengan kertas. Kalau cendawan wajib dibungkus kertas, kerana ia mudah berpeluh dan busuk jika dibungkus dalam plastik.
Jauhkan dari buah-buahan dan bawang merah serta bawang putih untuk menghindari gas yang menyebabkan kekuningan.
Letakkan di bahagian rak atau laci khusus sayuran. Sayuran dapat disimpan 2-3 hari atau lebih dalam peti sejuk.
Simpan telur dengan meletakkan hujung yang kecil berada di bawah agar tidak cepat busuk
Kalau nak simpan dalam peti sejuk cuci bersih telur untuk menghilangkan kotoran dan lap hingga kering.
Simpan dalam tempat telur yang disediakan dengan meletakkan hujung yang kecil berada dibawah. Cara ini akan memastikan bekas udara yang berada di atas tidak tertekan oleh berat telur agar tidak mudah pecah busuk.
Telur dapat disimpan dalam peti sejuk selama 3-5 minggu.
Pastikan daging, ikan dan ayam segar tetap pada plastik pembungkusnya, atau gunakan alas piring jika tanpa pembungkus
Biarkan daging, ikan, dan unggas tetap dalam pembungkus. Kalau buka bungkusan boleh meningkatkan risiko terdedah kepada bakteria Jika daging tidak dibungkus masa di beli,masukkan dalam bekas agar kandungan airnya tidak menitis dan terkena makanan yang berada di bawahnya.
Produk susu baiknya dimasukkan ke dalam peti sejuk kerana kemasannya menjadi hal yang sangat penting
Untuk menyimpan susu, ada baiknya menggunakan botol plastik kerana Bakteria lebih mudah tumbuh di bekas kotak dari pada botol plastik. Jika kotak susu sudah dibuka, susu harus diminum dalam waktu 7 – 10 hari.
Biarkan keju, yoghurt, krim masam, susu, dan krim tetap dalam kemasannya. Jika sudah dibuka, jangan masukkan dalam bekasnya semula. Letakkan di mangkuk atau piring dengan bungkus plastik.
Untuk Keju, gunakan bungkus aluminimum foil jika sudah dibuka. Untuk keju keras seperti cheddar boleh bertahan 3-4 minggu setelah dibuka. Sedangkan untuk keju seperti ricotta boleh bertahan satu minggu setelah dibuka.
Kentang berfungsi untuk menyerap bau busuk dari bahan makanan atau makanan yang telah dimasak yang dimasukkan ke dalam peti sejuk.
Sebenarnya, kentang tidak sesuai untuk disimpan dalam peti sejuk kerana zat tepungnya akan berubah menjadi zat gula. Letakkan di tempat yang lebih gelap, dingin dan jauh dari jenis bawang-bawangan. Jika terdapat pertumbuhan bercambah, sebaiknya segera dibuang.
Untuk menyerap bau busuk dari bahan makanan atau makanan yang sudah dimasak, masukkan belahan kentang di beberapa tempat dalam peti sejuk. Belahan kentang tersebut cukup diganti setiap tiga hari sekali dengan yang masih segar.
Pisahkan tomato dan timun, gas dalam tomato akan membuat timun cepat busuk
Sebaiknya, gunakan kertas atau surat khabar lama sebagai alas atau sebagai pembungkus agar tomato dan timun sentiasa kering sehingga lebih awet di dalam peti sejuk.
Bungkus rapat kacang-kacangan dalam plastik sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.
Ketahanan jenis kekacang yang disimpan dalam peti sejuk sangat tergantung pada jenisnya. Sebaiknya, bungkus dengan rapat dalam plastik sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk agar dapat bertahan hingga 3-5 hari ke depan.
Jauhkan bawang dari bahan makanan lain kerana mengandung gas dan bau yang menyengat
Cuci bersih bawang setelah dikupas atau diiris, simpan dalam bekas plastik kedap udara sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk agar gas dan baunya tidak mencemari bahan makanan lain. Bawang boleh bertahan hingga 4 hari atau lebih.
Sisa makanan yang dimasak, boleh disimpan dalam bekas kedap udara dan tahan bocor.
Simpan lebihan masakan dalam bekas horizontal agar boleh sejuk lebih cepat. Pastikan kedap udara dan tahan bocor.
Jika makanan habis dimasak, sejukkan lebihan makanan dalam waktu dua jam dari memasak.
Jangan meletakkan masakan berdekatan dengan bahan mentah lain untuk mencegah pemaparan bakteria. Aroma dari bahan mentah juga boleh terserap ke makanan.
Makanan lebihan yang mengandungi daging boleh disimpan dalam peti sejuk selama 3-4 hari.
So ada tak korang buat macam ni? Jangan kata tak payah. Cuba dulu. Selain petisejuk kemas, kita juga boleh mengelakkan pembaziran.
Kanak-kanak sukakan ubi kentang goreng. Namun jika beli yang ‘readymade’, biasanya kandungan garam serta lemaknya agak tinggi. Jika anak-anak nak makan hidangan ni setiap hari, pastinya ia boleh menjejaskan kesihatan. Untuk tidak menghampakan permintaan anak, anda boleh cuba hasilkan sendiri kentang goreng homemade ni di rumah. Namun bila buat sendiri, masalahnya ialah kentang yang anda masak akan menjadi lembik walaupun baru je lepas angkat dari dapur. Kecewa kan? Kalau anak-anak cerewet, pasti tak nak makan. Ada petua yang boleh dicuba untuk menghasilkan kentang goreng yang tidak lembik. Anda boleh cuba.
CARA MASAK KENTANG GORENG HOMEMADE YANG SEDAP & TIDAK LEMBIK
1. Pertama, ketika membeli kentang, pilihlah ubi kentang dengan permukaannya yang baik dan licin. Ia menunjukkan ubi kentang ini masih baru, tiak lembik dan segar.
2. Untuk menyediakan kentang goreng, kupas dan potong kentang mengikut saiz yang dikehendaki.
3. Rendam hirisan ubi kentang di dalam air sejuk sekitar 30 minit atau lebih bila perlu. Air sejuk dapat membantu menjaga tekstur ubi kentang saat digoreng nanti.
4. Setelah direndam, angkat kentang dan toskan airnya. Pastikan ubi kentang benar-benar kering atau tidak terlalu banyak air.
5. Kemudian salut nipis dengan tepung jagung. Tepung ini mampu menyerap kelembapan kentang dan kentang akan lebih sedap.
6. Goreng secara ‘deep fried’. Angkat, toskan lebihan minyak dan sedia untuk dinikmati.
Geram betul, bila goreng tauhu biasa pun hancur apatah lagi tauhu jenis lembut yang sentuh je dah hancur. Lebih sakit hati bila melekat pada kuali. Jangan cepat putus asa, ini ada cara mudah untuk menggoreng tauhu tanpa hancur.
Rendam Tauhu Dalam Air Panas
Paling mudah, rendam tauhu dalam air panas, jika tauhu lembut dalam bekas atau tiup, potong atau belah dua kemudian keluarkan perlahan-lahan, buang air sebelum sedia digoreng.
Elak Potong Tauhu Terlalu Nipis
Potong tauhu ikut saiz yang anda suka tetapi tidak terlalu nipis atau terlalu kecil. Gaulkan dengan tepung jagung dan sedikit garam. Selepas disaluti tepung , tauhu sedia digoreng. Tapi pastikan salutan tepung nipis sahaja.
Goreng Menggunakan Minyak Banyak Dan Panas
Semasa menggoreng, gunakan minyak yang banyak dan goreng tauhu apabila minyak betul-betul panas dan pastikan tauhu tenggelam sepenuhnya dalam minyak. Balikkannya apabila bahagian bawah sudah garing sepenuhnya.
Jika anda penggemar tauhu, tapi selalu menghadapi masalah tauhu hancur semasa menggoreng. Ikut cara di atas, pasti anda puashati kerana tauhu yang digoreng ranggup di luar dan lembut di dalam.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!