Nangka muda biasanya kita buat gulai lemak, kari dan kerabu, rupanya kita juga boleh mengolahnya menjadi hidangan rendang.
Bagi yang suka kelainan, boleh cuba resipi rendang nangka muda yang dikongsi oleh Hanieliza Kamarudin.
Cara buat rendang nangka muda
Bahan A
1 biji nangka muda (anggaran 2 kg)
1 kg santan pekat
1 cawan minyak masak
1 keping gula melaka
Garam secukup rasa
1 cawan kerisek
2 helai daun kunyit (dihiris)
7 helai daun limau purut (dikoyak)
Ads
Bahan B (dikisar halus)
1 cawan ikan bilis
15 tangkai cili kering
10 tangkai cili api merah
2 inci kunyit segar
1 inci lengkuas
15 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
Cara Membuat:
1. Nangka dibuangkan kulit dan dipotong kecil. Rebuskan dengan garam sehingga lembut. Toskan.
2. Masukkan nangka, santan, minyak masak, dan bahan kisar ke dalam kuali besar.
3. Masakkan sehingga pekat dan naik minyak sambil kacau sekali sekala.
Ads
4. Masukkan gula melaka, garam, kerisek, daun kunyit dan daun limau purut. Kacau lagi.
5. Apabila nampak naik minyak dan pekat boleh tutup api dan hidangkan.
Selalunya kalau sebut rebung mesti masak lemak atau kari, tapi kali ini bila rebung dibuat rendang campur dengan daging kisar, ia memang terbaik dan terangkat.
Begitu juga dengan menu pajeri kedondong, selama ni nanas dan terung je yang dibuat pajeri, tapi buah kedondong juga sedap dimasak pajeri. Tak percaya korang boleh cuba dua resipi ini. Memang tak rugi cuba.
RENDANG CILI PADI REBUNG DAGING KISAR
BAHAN-BAHAN:
500gm rebung madu | rebus dan tos
150gm daging kisar
300ml santan pekat
2 sudu makan kerisik
2 batang serai | titik
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
20 biji cili padi
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3cm kunyit hidup
2cm halia
2cm lengkuas
2 batang serai
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
Masukkan daging kiar, kacau lagi hingga garing.
Seterusnya masukkan rebung yang telah direbus seketika tadi, gaul rata.
Kemudian masukkan santan, serai dan asam gelugor. Biarkan terus mereneh.
Setelah kuah pekat, kecilkan api. Kemudian masukkan kerisik, garam dan gula secukup rasa.
Tercari-cari menu sihat yang sangat sedap? Resipi Salad Timun Yogurtperkongsian Fairus Fariza ni antara yang terbaik yang anda boleh cuba. Selain rasanya yang enak, ia juga mudah disediakan. Berbaloi angat untuk dicuba.
Boleh dimakan sejurus siap atau jika suka dingin, sejukkan seketika dalam peti sejuk sebelum menikmatinya. Pasti berselera. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan serta cara membuatnya.
RESIPI SALAD TIMUN YOGURT SEDAP & MUDAH
BAHAN- BAHAN:
Timun
Yogurt asli
Jus lemon secukupnya
Garlic powder secukupnya – beli online disini
Bon chili @ chili flakes – jika suka pedas – beli online disini
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Hiris nipis timun menggunakan pengupas buah. Ia bertujuan untuk dapatkan kepingan timun yang nipis, halus dan panjang.
2.Satukan semua bahan di atas dan gaul sehingga semuanya sebati.
3. Rasa salad anda dan sesuaikan rasa dengan menambah perasa dengan secukupnya.
4. Salad Timun Yogurt sedia untuk dinikmati.
INFO: Untuk resipi ini wajib guna yogurt asli @ berperisa natural. Kalau guna yogurt berperisa manis nanti tak jadi.
Kalau makan mi, nasi atau kuey teow goreng, memang sedap kalau dinikmati bersama cili jeruk ni.
Ada cara yang mudah dan cepat untuk buat cili jeruk tanpa masak. Cara yang dikongsikan saudari Aisyah Humaira ini hanyalah potong dan gaul, dah siap! Rasanya memang sedap!