Sabun pencuci pinggan antara yang wajib ada di dapur. Tanpa pencuci ini memang akan melekat minyak dan kotoran pinggan mangkuk, cawan serta periuk belanga.

Lagi kerap masak dan makan di rumah lagi banyak sabun ini digunakan kerana kerana mencuci peralatan memasak dan pinggan mangkuk

Sebagai langkah penjimatan, cecair pencuci pinggan ini boleh juga kita buat sendiri. Lagi jimat sekiranya di rumah ada menanam pokok limau kasturi kerana inilah bahan utama yang digunakan jika mahu menghasilkan sendiri sabun ini.

Sebagai panduan boleh gunakan cara yang dikongsi oleh Mainim Saikun beliau turut membuat sendiri sabun ini menggunakan limau kasturi yang sememangnya ditanam di rumah.

Ads

Hasilnya dengan sekilo limau ini ia boleh menghasilkan 12 liter cecair pencuci dan boleh digunakan berbulan-bulan lamanya.

Cara buat sabun pencuci pinggan

Sabun Pencuci Pinggan Pun Boleh Buat Sendiri. Guna Limau Kasturi

 

Bahan-bahan

1 kilo sodium lauryl ethe sulfate (bentuk gel)
1 kilo limau kasturi
10 liter air
1 kilo garam halus
Pewarna makanan

Cara-caranya

  1. Rebus limau kasturi bersama biji dan kulitnya hingga mendidih.

2. Kemudian tos dan kisar limau ini bersama sedikit air.

Sabun Pencuci Pinggan Pun Boleh Buat Sendiri. Guna Limau Kasturi

 

3. Tapis limau, ambil jusnya. Ketepikan seketika.

4.Dalam bekas gaul sebati garam dan sodium sehingga sebati.

Ads

5. Kemudian tuang 10 liter air, jus limau dan pewarna makanan ke dalam larutan garam dan sodium tadi.

6. Gaul sehingga tiada ketulan.

7. Biarkan sekurang-kurangnya semalam sebelum digunakan.

Info

  • Selain limau kasturi boleh juga menggunakan buah lemon.
  • Tujuan limau direbus adalah untuk mengelakkan kulat.
  • Sodium lauryl ethe sulfate ini dalam bentuk gel dan boleh dibeli secara online

Sumber: Mainim Saikun

Ads

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI