Adus sedapnya dapat makan pemanis mulut yang satu ni. Mudah saja membuatnya. Kalau membelinya tidak mungkin sesedap yang dibuat sendiri kerana pengurangan air gulanya. Maka kurang rasa. Terasa nikmat bila dimakan sejuk, paduan santan pekat dan gula melaka sungguh menggugat iman.Boleh buat sendiri ikut resipi ini. Moga korang berpuas hati.
SAGU SANTAN GULA MELAKA
Bahan-Bahan:
Bahan untuk sagu:
1 1/2 cawan sagu
air secukupnya
Bahan untuk kuah santan:
2 1/2 cawan santan (dari 1/2 biji kelapa)
1 sudu besar tepung beras- BELI ONLINE DI SINI
1 sudu kecil garam
1 helai daun pandan, carik dan simpul
Bahan untuk sirap gula melaka:
1 ketul besar gula melaka
3 sudu besar gula merah serbuk Thai -BELI ONLINE DI SINI
2 sudu besar gula pasir
1 helai daun pandan, carik dan simpul
Cara memasak:
1.Rendamkan biji sagu bersama air selama 1/2 jam. Anggaran air sehingga tenggelam dua ruas jari.
2.Rebus sagu di atas api perlahan sehingga hilang putih di tengah-tengah biji. Jika air kurang tambahkan sedikit supaya sagu masak dengan sempurna.
3.Tuang sagu di atas penapis dan bilas dengan air mengalir supaya kanjinya keluar.
4.Toskan dan masukkan pewarna kesukaan anda. Kacau sekata. Sudukan sagu ke dalam acuan dan sejukkan di dalam peti ais selama 30 minit. Sagu akan terbentuk dan kental apabila sejuk.
5.Keluarkan dari acuan dan hidang bersama kuah santan dan sirap gula melaka.
Cara buat kuah santan:
1.Masak santan bersama daun pandan, tepung beras dan garam di atas api perlahan.
2.Kacau sekata supaya santan tidak berketul. Apabila kuah sudah mendidih dan pekat, angkat dan sejukkan.
Cara buat sirap gula melaka:
1.Masukkan air di dalam periuk bersama gula melaka, gula merah Thai, gula pasir dan daun pandan.
2.Masak sehingga sirap mendidih pekat dan ketulan gula hilang. Kacau sebati.
3.Tapis dan sejukkan.
Tip:
Kuah santan: Kuah santan haruslah sedikit pekat dan masin. Tidak terlalu masin tetapi cukup untuk mengimbangi rasa manis dari sirap gula melaka.
Sirap gula melaka: Che Nom tambahkan gula merah Thai kerana rasanya yang sedap dan warnanya yang pekat kehitaman. Bila dimasak bersama gula melaka, warna yang terhasil sangat cantik dan rasanya sangat sedap.
Kredit Resipi – Che Nom (resepi)
Kredit Gambar – HasnieZa Nor
https://www.rasa.my/recipe/hidangan-mi-ala-cina-ban-mee-teow-kicap-seafood-memang-terbaik/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI