Sajian Sedap Telur Puyuh Krim Mentega

Share

Hidangan ini sangat sesuai bagi anda yang gemarkan lauk pauk moden. Rasa mentega dan susu cair memberi rasa lemak berkrim. Boleh juga tambah hirisan cili padi jika mahu rasa sedikit pedas.

 

BAHAN-BAHAN:

  • 20 biji telur puyuh | rebus dan goreng
  • 5 biji cili padi | dihiris
  • 5 biji bawang merah | dihiris
  • 2 ulas bawang putih | dihiris
  • 1 tin susu cair
  • 3 tangkai daun kari
  • 2 sudu makan mentega
  • 1 sudu minyak masak
  • Garam dan gula secukup rasa

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak bersama mentega di dalam kuali.
  2. Masukkan pula bahan hiris dan daun kari. Kacau sebentar.
  3. Apabila sudah naik baru, masukkan susu cair dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  4. Akhir sekali masukkan telur puyuh. Gaul seketika.
  5. Angkat dan sedia dinikmati.
Published by
Nur