
Kalau korang penggemar sambal ayam penyet ni, pasti nak lebih sambalnya. Barulah padu rasa. Sebenarnya kan lebih puas kalau buat sendiri sambal ni.Tak susah mana pun, yang penting ada kerajinan. Boleh follow resipi yang dikongsi ini.
SAMBAL AYAM PENYET
BAHAN BAHAN:

30 biji Cili Padi Merah ( digoreng )
12 biji Cili Merah ( dipotong potong dan digoreng )
4 biji Tomato ( dipotong 4 dan digoreng )
5 biji Bawang Merah ( digoreng )
5 ulas Bawang Putih ( digoreng )
1 inci Belacan ( dibakar )
Air Asam Jawa
CARA MEMASAK:

1.Tumbuk semua bahan bahan & Masukkan semua bahan ke dalam kuali dan digoreng sehingga naik minyak.

2.Masukkan air asam jawa bersama garam dan gula secukup rasa.
*sambal ni boleh tahan 3/4 hari tanpa simpan dalam peti & kalau dekat chiller 3-4 weeks pun okey , tapi pastikan masa menumis tu masakkan cilinya betul betul.
Sambal Belacan Mulberi, Makan Dengan Ulam Raja Lagi Terangkatlah Sedapnya.
Nak Lauk Simple Tapi Sedap, Jom Try Buat Sambal Kentang Berlada
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Soto & Laksa, Resipi Warisan Sedap Zaman Berzaman.

Sarapan pagi dengan soto dan laksa memang ‘terangkat’ Sajian kaya rempah dan berperisa ni memang ‘favorite’ zaman berzaman-zaman . Iya kan sajian warisan orang lama.
Bila dah makan sarapan barulah bersemangat nak kerja … jom semak empat resipi ni
1. SOTO AYAM BLC

Bahan bahan:
- 1 ekor ayam – potong 4
- 1 sudu teh serbuk jintan manis
- 1 sudu teh serbuk jintan putih
- 2 sudu makan serbuk lada putih
- Beberapa cengkih, bunga lawang dan buah pelaga ( 2-4 biji)
- 2 sm kayu manis
Bahan untuk menumis/dihiris:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2.5 sm halia
Bahan untuk menumis/dikisar :
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2.5 sm halia
1 sudu teh lada hitam
Bahan sambal cili kicap :
Segenggam cili padi / ditumbuk
2 ulas bawang putih/ditumbuk
Kicap lemak manis ikut suka
1 -2 biji limau kasturi ( perah airnya)
(Goreng dulu cili dan bawang putih dan ‘blend’ satukan semua bahan dengan kicap),
Cara memasak :
1. Panaskan minyak dalam periuk.
2.Tumis bahan yg dihiris hingga naik bau.
3. Masukkan rempah penumis bunga cengkih, bunga lawang, pelaga, dan kayu manis dan masukkan serbuk jintan manis, jintan putih serta lada putih. Masukkan pula bahan kisar dan tumis hingga wangi.Masukkan ayam dan gaul seketika.
4. Masukkan air dan masak sehingga mendidih.
5. Masukkan ayam dan bila masak, dikeluarkan ayam dan digoreng sehingga kekuningan. Bila sejuk, bolehlah dicarik halus.
6. Masukkan sedikit serbuk perasa dan garam.
7. Bolehlah diangkat untuk dihidangkan bersama nasi impit dan mee hoon yang dicelur.
8. Sebagai bahan tambahan kuah soto ini lebih enak dimakan dimakan bersama bergedil kentang, kacang tanah goreng, soo hoon goreng dan taugeh yang dicelur dan sambal cili kicap. Jangan lupa letakkan
ayam carik.
9. Taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng sebagai pelengkap rasa.
Saiz hidangan : 5 orang
Masa memasak : 40 minit
Cara memasak : Tumis, didih dn reneh
Jenis masakan : Sarapan pagi atau sajian petang
Keistimewaan : Sajian yang amat mengenyangkan, nasi impit dan bahan tambahan menjadikan ia makanan kegemaran.
INFO CHEF : Sajian soto Johor ini adalah makanan popular masyarakat Jawa, Johor. Tidak lengkap jika tanpa sambal kicap versi Johor ini.
2. LAKSA JOHOR

Bahan-bahan :
- 400 gm satu paket spageti
- Garam secukup rasa
- Beberapa titik minyak zaitun atau minyak masak
Bahan A :
- 1 kg ikan kembung /direbus dan ambil isi
- 500 gm ikan parang/direbus dan ambil isi
- 500 gm udang basah/rebus dan ambil isi
- 3 keping ikan kurau masin
- 5 sudu makan udang kering/direbus bersama 3-4 ekor udang basah
Bahan B :
- 8 keping asam gelugor
- 3 biji kelapa parut -ambil santan pekat
- 1 sudu makan gula melaka
- 1 mangkuk air rebusan udang dan air rebusan ikan
Bahan dikisar halus :
- 20 tangkai cili kering
- 15 ulas bawang merah
- 10 ulas bawang putih
- 10 batang serai
- 4 sm halia
- 4 sm lengkuas
- 2 sm kunyit hidup
- 3 sm belacan
- 9 sudu makan biji ketumbar
- 3 sudu makan biji jintan putih
- 3 sudu makan jintan putih
- 2 biji buah keras
- 4 sudu makan kerisik
Bahan ulaman :
- Limau kasturi/dipotong untuk diperah
- Taugeh
- Daun kesum atau daun selasih
- Timun
- Sambal belacan
- Bawang besar /dipotong bulat
- Kacang panjang
- Lobak asin
Cara memasak :
1. Lebihan air rebusan ikan dibahagi dua. Ketepikan
2. Kisar semua bahan A bersama sebahagian air rebusan ikan.Ketepikan.
3. Panaskan minyak, kemudian tumiskan bahan kisar halus sehingga wangi.
4. Masukkan bahan A dan kacau rata. Masukkan bahan B dan kacau rata.
5. Didihkan dan masak sehingga kuah pekat. Perasakan dengan garam secukup rasa.
6. Kemudian rebuskan spaghetti dalam air yang mendidih yang telah dimasukkan garam. Rebus sehingga kenyal ‘ala dente’ dan tidak terlalu lembut.
7. Toskan dan titikkan minyak zaitun agar tidak melekat.
8. Masukkan spageti dalam mangkuk dan tuangkan kuah laksa tadi.
9. Hidangkan bersama bahan ulam-ulaman dan sambal belacan.
10. Bagi memasak sambal belacan, ambil belacan bakar dan tumbukkan bersama cili hidup atau cili kering yang direbus. Tumbuk lumat dan perahkan limau kasturi..
Saiz hidangan : 5 orang
Masa memasak : 40 minit
Cara memasak : Tumis, didih dan reneh
Jenis masakan : Laksa dan spageti
Keistimewaan :Laksa Johor menggunakan spageti, pengaruh barat dalam sajian
INFO CHEF : Anda boleh juga menggunakan ikan selayang (sardin) menggantikan ikan kembung. Selain ikan parang anda juga boleh menggunakan ikan tenggiri.
3. SAYUR TUMIS LAKSA BEBOLA SARDIN

BAHAN-BAHAN :
- 2 ekor sardin segar / asingkan isi dari tulang
- 1 biji bawang besar/dikisar
- 3 ulas bawang putih/ dikisar
- 1 sudu makan lada hitam/ditumbuk
- Minyak untuk menumis
- 1 ikat kangkung
- 1 lobak merah/ dipotong jejari
- 50 gm kubis bunga
- 350 gm bihun/ direndam dengan air biasa
- Air secukupnya
- 4-5keping keropok mentah
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Isi ikan yang telah diasingkan daripada tulang, dikisar lumat.
2. Bulatkan tanpa campur apa-apa bahan.
3. Tumiskan bahan -bahan yang dikisar dalam periuk dengan sedikit minyak sampai naik bau.
4. Masukkan air dalam 450 ml (dua mangkuk) ke dalam periuk.
5. Bila mendidih masukkan lobak merah, bebola sardin, bila bebola dah terapung (masak) masukkan sayur kangkung, kubis bunga dan bihun dan keropok mentah.
6. Siap untuk hidangan.
INFO CHEF : Sajian asal di Terengganu menggunakan mi lidi. Sayuran yang banyak dan ikan sardin menjadikan ia sajian berkhasiat
Saiz hidangan : 4 orang
Masa memasak : 20 minit
Cara memasak : Reneh
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Boleh dimakan begitu sahaja.
4. KARI LAKSA UDANG YABBY

BAHAN-BAHAN:
Bahan pes laksa (dikisar) :
300 gm cili kering /dibuang cili
150 gm halia /dihiris nipis
200 gm ulas bawang putih/ diketuk
180 gm bawang kecil
80 gm serai, dihiris halus
1/2 cawan minyak masak
2 sm belacan /dibakar terlebih dahulu
1 1/2 sudu makan serbuk ketumbar
2 sudu makan serbuk kari
1 sudu makan serbuk jintan putih
600 gm udang yabby
200 gm kek ikan/ sudah dimasak
1/4 cawan minyak masak
200 ml santan kelapa
1 liter air stok ayam
10 keping tofu (jika suka)
12 auns peha ayam/dibuang tulang dan kulit
400 gm mi laksa
2 sudu kecil gula melaka /atau gula perang/garam kosher
3 biji telur rebus /lembut
Gula dan garam secukupnya
Bahan hiasan :
Taugeh, daun pudina, hirisan limau nipis dan sambal tumis (jika suka)
CARA MEMASAK :
1. Masukkan bahan-bahan pes laksa dan kisar hingga menjadi pes.
2. Panaskan kuali/periuk di atas api sederhana.
3. Masukkan pes laksa hingga pes sedikit perang, lebih kurang 2 minit.
4. Masukkan separuh dari santan, dan teruskan memasak, kacau, biarkan sehingga ia tinggal separuh, lebih kurang 4- 6 minit.
5. Masukkan stok ayam, tofu, dan baki santan tadi.
6. Biarkan mendidih hingga 10 minit.
7. Perisakan dengan gula dan garam secukupnya
8. Celur laksa dan taugeh dalam air panas.
9. Tuangkan kuah laksa di atasnya dan hidangkan bersama taugeh, daun pudina , hirisan limau dan sambal (jika suka).
Saiz hidangan : 5 orang
Masa memasak : 20 minit
Cara memasak : Didih dan reneh
Jenis masakan : Mi laksa, masakan Nyonya
Keistimewaan : Laksa lemak pedas dengan kemanisan udang Yabby
INFO CHEF : Udang Yabby adalah sejenis udang air tawar Australia. Harganya lebih mahal tetapi rasanya yang sungguh manis menjadikan kari laksa lebih lazat.
Resipi Kuih Bakar Tradisi. Lembut, Lemak Manis Memang Sedap.

Kuih Bakar tradisi ni memang unik dan mempunyai rasa asli. Bahan-bahannya tak banyak malah sangat mudah didapati. Cara memasaknya juga mengekalkan gaya lama. Namun jika tiada acuan bersesuaian, boleh sahaja guna acuan Kuih Cara, acuan muffin atau sebagainya dan masak menggunakan ketuhar atau dapur gas. Paling penting, rasa aslinya tetap sama. Jom cuba resipi perkongsian Opah Mas Cotek ni. Pasti menjadi dan puas hati.
CARA MASAK KUIH BAKAR TRADISI

BAHAN-BAHAN:
- 1 kg tepung gandum
- 3 1/2 cawan gula
- 1 kg santan pekat
- 3 cawan jus pandan ( kisar 20 helai daun pandan)
- 2 1/2 cawan air
- 4 biji telur gred A
- 1 sudu teh garam
CARA MEMASAK:
1. Dalam mangkuk besar yang bersesuaian, satukan semua bahan.
2. Adun hingga sebati dan tidak berketul. Jika perlu, boleh tapis adunan. (boleh juga campur dalam pengisar dan blend sebati)

3. Panaskan acuan dan oles sedikit minyak. Ia bertujuan supaya kuih masak dengan cantik dan tidak melekat.

4. Tuang adunan ke dalam acuan. Bakar hingga masak.

5. Untuk memasak Kuih Bakar, jika tiada dapur arang, boleh juga guna dapur gas, ketuhar dan lain-lain mengikut kesesuaian.


6. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Mas Cotek
Tercari-cari OVEN baru yang berkualiti dengan harga yang berpatutan? Boleh dapatkan DISINI. Ada banyak pilihan & pastinya pada harga mampu milik.
Nak lebih banyak resipi KUIH MUIH? Boleh cuba resipi di bawah ni:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Resipi Donat Pandan Susu. Lembut, Sedap & Gebu.

Teringin nak makan donut yang sedap? Resipi Donat Pandan Susu yang gebu dan ada wangi bau pandan perkongsian saudari Zaimah Zakaria ni memang anda kena cuba. Lebih istimewa sebab donut ni ada rasa yang lebih lemak sebab ada guna susu tepung. Memang terbaik! Nak cuba buat untuk minum petang ni? Memang sesuai sangat. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA BUAT DONAT PANDAN SUSU

BAHAN-BAHAN
- 1 sudu kecil garam
- 500gm tepung roti – beli online disini
- 11gm yis – beli online disini
- 10gm bread improver – beli online disini
- 20gm susu tepung – beli online disini
- 50gm gula pasir
- 2 biji telur gred A
- 80gm mentega atau marjerin – beli online disini
- 160gm air sejuk
- 2 sudu kecil pes pandan – beli online disini
- Susu tepung atau gula halus untuk salut donat
CARA MEMASAK:
1. Campurkan semua bahan-bahan dalam mangkuk mixer kecuali air sejuk.
2. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit. Uli sampai jadi doh yang licin.
3. Asingkan kepada doh kecik dan timbang setiap satu 50gm.
4. Bulatkan dan canai sedikit dan ambik penutup botol tekan bahagian tengah doh.

5. Tunggu doh naik sedikit dan boleh di goreng menggunakan api perlahan.
6. Salutkan dengan susu atau gula halus. Sedia untuk dinikmati.



Kredit resipi & foto: Zaimah Zakaria
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
https://www.rasa.my/cara-buat-burger-malaysia-yang-lembut-sedap/
https://www.rasa.my/roti-johan-berinti-daging-dan-salutan-telur-enak-dimakan-panas/
https://www.rasa.my/roti-sosej-piza-mini-senang-je-nak-buat/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

