Sambal belacan ni memang pelengkap hidangan. Kalau ada sambal ni, makan nasi dengan ulam-ulaman pun dah cukup menyelerakan. Sentuhan sambal belacan ni pasti ada olahannnya tersendiri yang dimasak ikut citarasa dan selera masing-masing.

Sambal belacan memang sedap kalau cukup pedas, masam, masin dan manisnya. Kalau min belacan tu kena dibakar atau digoreng dahulu. Tapi bagi Umi Watie yang membahasakan dirinya Kak Chik atau Mak Rerama, sambal belacan yang disukai keluarganya adalah dengan memasukkan kulit limau sekali yang memberikan aroma mewangi pada sambal. Pesannya usah dimasukkan biji limau, nanti pahit pulak.

Nah ini dia resipi sambal belacan yang sedap kebabom. Dah masak nanti simpan dalam peti sejuk, barulah tahan lama. Jom masak

SAMBAL BELACAN KEBABOM

Ads


Sambal Belacan Paling Sedap Kebabom, Cara Kak Chik.
.

BAHAN-BAHAN :

  • 5 cili besar @ cili hidup
  • 20 cili api
  • 3 biji limau dengan kulit
  • Jus limau dari 10 biji limau
  • 5 sudu besar belacan
  • 3 sudu besar cuka
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa.

CARA MEMASAK :

1.Basuh bersih, masukkan dalam blender.Sambal Belacan Paling Sedap Kebabom, Cara Kak Chik.
2. Kisar jangan halus sangat ya. Tekan, stop, tekan , stop. Dia akan jadi kasar-kasar macam kau tumbuk pakai lesung. Ada tekstur baru ada umph buat makam dengan ulam.

Sambal Belacan Paling Sedap Kebabom, Cara Kak Chik.
3. Dah siap. Bubuh dalam bekas bertutup. Lepas tu simpan dalam esbok. Nak makan tinggal ceduk saja. Tak gaduh dah nak menumbuk ke nak meninju ke.

Sambal Belacan Paling Sedap Kebabom, Cara Kak Chik.
.

Kredit resipi & foto : FB umi watie

Ads

#DapurMakRerama

JIKA ANDA SEDANG MENCARI MESIN PENGISAR BARU DAN FOOD PROCESSOR UNTUK MEMUDAHKAN BUAT SAMBAL, JOM LAYARI DI SINI. 

ANDA MUNGKIN JUGA MENYUKAI RESIPI INI :

Ads

ATAU JUGA RESIPI INI :

Sambal Telur Pecah Menu Simple Kaw Kaw Sedap

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI