Makan nasi jika ada sambal belacan baru ngam rasa. Kadang nak buat sambal belacan sama macam di kedai takkan menjadi. Bolehlah cuba cara membuatnya dengan resipi perkongsian ini. Memang padu rasa.
Sambal Belacan Tom Yam
Bahan-bahan:
10 biji cili api+3 biji cili merah(resipi asal cili api semata.. tapi saya olah campur cili merah sikit-beli online di sini
Ads
3 ulas bawang putih yang besar, kecil letak 5 biji sebab memang kene ada bau bawang putih-beli online di sini
Pucuk ubi kalau dicicah dengan sambal belacan dimakan pula dengan nasi panas-panas, memang takt oleh kiri atau kanan. Sedap bukan kepalang. Selain dijadikan ulam, sambal pucuk ubi goreng pun buat anda menambah makan. Menu ini merupakan menu lejen di Negeri Sembilan.Jom cuba buat ikut resipi perkongsian saudari Farhadina Halim.
SAMBAL PUCUK UBI GORENG
Bahan-bahan
Pucuk ubi( ambil daun sahaja)
Ikan bilis
Tepung beras
1 atau 2 biji bawang besar
Belacan
1 keping Asam keping
Cili kering
Cara memasak:
Pucuk ubi ambil daun sahaja dan buang tangkai. Basuh bersih-bersih dan toskan sampai daun kering.
Tujuan nak bagi kering supaya tak meletup masa goreng dalam minyak panas. Minyak untuk goreng kena cukup dan betul-betul panas. *Pakai minyak yang sama sehingga siap masakan.
Goreng sehingga garing. Nak tahu garing ke tak, boleh tengok warna daun dah bertukar.
Kemudian, campurkan ikan bilis dengan tepung beras.
Bawang besar 1 atau dua labu. Dihiris halus
Bakar belacan. (Agak-agak sahaja) dan sediakan asam keping sekeping sahaja
Sediakan cili kering yang dikisar kering. Pastikan rebus dahulu cili kering dan potong halus
Goreng ikan bilas sehingga garing kemudian toskan.
Tumis bawang menggunakan minyak ikan bilis tadi.
Masukkan cili kisar, belacan, asam keping dan masak sehingga pecah minyak. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya.
Tutup api dan masukkan pucuk ubi yang dah digoreng bersama ikan bilis. Gaul hingga rata.
12.Dah siap. Boleh makan dengan nasi putih dan kicap.
Merupakan sajian sambal tumis kentang dicampur dengan ikan bilis yang dimasak kering. Enak makan bersama nasi putih hangat dan telur goreng atau ikan goreng.
BERLADO KENTANG BILIS
BAHAN-BAHAN:
100gm ikan bilis ] digoreng garing
3 biji ubi kentang ] dipotong baji dan digoreng
100gm cili merah ] dikisar
50gm cili padi merah ] dikisar
1 biji bawang besar ] dikisar
1/2 sudu teh garam
3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing.
2. Masukkan garam. Kacau rata.
3. Kemudian masukkan ikan bilis dan kentang yang telah digoreng tadi. Gaul rata. Sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan: 4-5 orang Waktu memasak: 20 minit Jenis hidangan: Minang Keistimewaan: Pedas menyengat Jenis masakan: Lauk pauk Cara memasak: Goreng dan tumis
Sesekali makan lauk simple begini, bukannya sekali tambah, Boleh jadi tak cukup nasi dibuatnya. Manakan tidak dapat nasi panas-panas digabung dengan ikan goreng bersalut tepung yang rangup. Cicah pula dengan sos thai, pergh memang lengkap rasa. Tak payah lauk lain pun tak apa.