Sambal Hati Goda Selera. Masak Untuk Raya Ni Memang Sesuai

Share

Hati lembu masak apa pun memang sedap, termasuklah dijadikan sebagai perencah dalam sayur bergoreng. Apa kata kali ini kita masak sambal hati. Sambal ini memang sedap sebab rasanya yang pedas-pedas manis, sesuai dimakan bersama nasi putih atau nasi lemak. Tak percaya! Cubalah…

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg hati lembu | rebus dan potong dadu
  • 5 sudu makan pes cili kering
  • 1 sudu makan pes asam jawa
  • 1 sudu makan cili sos
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk mengoreng dan menumis

BAHAN KISAR:

  • 8 ulas bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • 3cm halia
  • 2 batang serai

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam kuali.
  2. Sementara itu gaul hati yang telah dipotong dadu dengan sedikit serbuk kunyit dan garam.
  3. Kemudian goreng hati seketika, jangan terlalu garing. Angkat dan ketepikan.
  4. Keluarkan sebahagian minyak dan tinggalkan sedikit untuk menumis.
  5. Tumiskan bahan kisar  bersama pes cili  hingga pecah minyak, seterusnya masukkan hati.
  6. Kacau sebati supaya hati sebati dengan bahan tumisan.
  7. Seterusnya masukkan air asam, cili sos dan lengkapkan rasa dengan garam dan gula.
  8. Angkat dan sedia dihidangkan.

 

Tips: Jangan rebus atau goreng hati terlalu lama, ia boleh sebabkan hati menjadi keras

Published by
Ida Abd Aziz