Makan tanpa ada sambal bagai tidak lengkap dalam hidangan. Sambal pula ada pelbagai jenis terpulang pada pilihan masing-masing. Salah satunya yang tidak kurang menarik ialah sambal hitam Pahang. Ini cara paling mudah dan cepat untuk anda cuba buat sendiri sambal hitam Pahang dalam portion yang sedikit.
SAMBAL HITAM PAHANG
BAHAN-BAHAN:
Ads
Minyak masak
Belimbing buluh yang sudah di rebus
1/2 cawan cili padi (ikut kepedasan masing korang)
1. Tumbuk cili padi sehingga halus. Tumbuk 5 ulas bawang merah dan 3 ulas bawang putih sehingga lumat. Tumbuk juga ikan bilis tetapi jangan terlalu lumat. Tumbuk belimbing buluh juga separa lumat.
2. 2 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih di hiris nipis.
Ads
3. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang merah dan putih yang di hiris sehingga bau wangi.
4. Masukkan bahan bahan tumbuk sekaligus & tumislah bahan bahan tersebut sehingga pecah minyak.
Hidangan Mee Kicap bersama sup wantan ni memang best. Nampak sempoi je tapi rasanya memang luar biasa. Jom cuba resipi perkongsian saudari AliyaFarhanaChomeyy. Pasti puas hati.
MEE KICAP BERSAMA SUP WANTAN
BAHAN-BAHAN:
BAHAN WANTAN:
Kulit wantan segera (beli di pasaraya)
2 keping dada ayam (dicincang. Boleh ganti dengan isi udang cincang).
1/2 biji bawang holand |diracik
Sedikit lobak merah | diracik
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu kecil tepung jagung
1 sudu besar minyak bawang putih
1 sudu kecil garam
Sedikit daun bawang | diracik halus
CARA-CARA:
1. Gaulkan semua bahan di atas sampai sebati.
2. Ambil kulit wantan, letakkan isi ayam yang digaul tadi di tengah-tengah kulit wantan.
3. Letakkan sedikit air dikeliling kulit wantan dan bunjutkan. Buatkan juga wantan bersaiz tiga segi.
4. Panaskan minyak dan goreng wantan yang dibunjut tadi hingga garing. Wantan yang berbentuk 3 segi dikukus hingga masak. .
BAHAN SUP WANTAN:
2 gelas air (boleh lebihkan jika mahu banyak kuah)
Tulang ayam (lebihan dari dada ayam tadi)
Bebola ikan
1 sudu teh pati ayam
1 sudu teh lada sulah
1cm halia | dihiris nipis
2 sudu makan minyak bawang putih
Garam cukup rasa
CARA-CARA:
1. Masak semua bahan di atas sampai didih (kecuali bebola dan wantan).
2. Akhir sekali baru masukkan bebola & wantan. Biar mendidih sekali lagi. Padamkan api.
BAHAN MEE KICAP:
1 paket mee wantan
4 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan kicap cair/manis
2 sudu makan sos tiram
2 sudu teh lada sulah
CARA-CARA:
Celur mee wantan dengan air panas dan toskan.
Gaulkan dengan semua bahan-bahan diatas. Ketepikan.
Hidangkan mee tadi bersama wantan goreng, cili jeruk dan sup wantan.
Bagi penggemar Tat Telur, resipi perkongsian saudari Siti Suhaida Mohd Sani pasti memenuhi cita rasa anda. Mudah, sedap dan tidak menggunakan banyak bahan. Sesuai sangat kalau dijadikan sajian istimewa untuk keluarga. Bila makan, pasti puas hati. Memang terbaik. Sekali buat, dapat 20-24 biji.
CARA MEMASAK: 1. Canai nipis puff pastri tapi jangan nipis sangat. Potong kepada 2 bahagian. Jadi sekeping puff akan dapat dua biji tat telur nanti. Buat sampai habis untuk setiap keping puff.
2. Tekan puff pastri dalam loyang muffin.
3. Campur susu, air, telur, gula kastor, esen vanilla dan tepung jagung dalam mangkuk. Pukul sebati dengan pemukul. 4. Tapis adunan dan tuang sampai penuh dalam puff pastri yang sudah ditekan dalam loyang muffin tadi. 5. Bakar suhu 200C selama 40 minit atau sehingga permukaan tat jadi sedikit garing kehitaman.
Sambal Gesek Ikan Bilis adalah salah satu sajian sampingan yang membuka selera. Cara penghasilannya juga sangat mudah dan tidak memerlukan masa yang lama untuk dihasilkan. Nak cuba? Resipi perkongsian Cikgu Afy Al Habibi ni antara yang sedap. Jom lihat bahan-bahannya.
CARA MASAK SAMBAL GESEK IKAN BILIS SEDAP
BAHAN-BAHAN:
2 genggam ikan bilis – rendam air seketika
Segenggam cili padi merah & hijau
1 sudu makan gula perang
3/4 sudu makan garam bukit
1 hiris lemon
1-2 biji limau kasturi
1 sudu teh butter olive oil/minyak zaitun/minyak masak
BAHAN BAKAR ATAS KUALI ( PAN):
3 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
1/4 biji bawang besar
1/2 biji tomato
CARA MEMASAK: 1. Panaskan butter olive oil. Boleh juga digantikan dengan minyak zaitun atau minyak lain. 2. Masukkan ikan bilis yang telah ditumbuk sehingga sedikit hancur. Sangai seketika dan ketepikan. 3. Tumbuk lumat bahan bakar dalam kuali tadi diikuti cili padi, garam bukit dan gula perang. 4. Satukan bahan tumbuk dengan ikan bilis tadi. Perahkan sehiris lemon. Jika kurang masam, boleh tambah limau kasturi. 5. Gaul biar sekata. Hidangkan bersama dengan ulam.