Sambal ikan bilis kantan ini penuh aroma wangian bunga kantan. Memang menjadi pembuka selera ketika berbuka atau sahur. Makan dengan nasi panas-panas pun dah cukup. Tambah ikan goreng. Mantap.
Bunga kantan sering kali digunakan dalam masakan untuk menaikkan aroma dan rasa sesuatu masakan. Ia juga kaya khasiat dari sudut kesihatan kita.
Bagi yang suka makan cicah sos cili ala thai boleh buat sendiri dan ikut kepedasan yang di ingini. Bukan setakat sebagai pencicah ia juga boleh guna sebagai bahan perasa dalam masakan.
SOS CILI ALA THAI
BAHAN-BAHAN:
4 biji cili merah
9 biji cili padi (kalau suka pedas boleh tambah lagi)
5 ulas bawang putih
1 ½ cawan air
2 sudu besar cuka
1 biji jus limau nipis
1 cawan gula atau secukup rasa
1 sudu garam atau secukup rasa
2 sudu makan sos ikan
1 sudu besar tepung jagung + 2 sudu besar air
CARA MEMASAK:
Kisarkan cili merah, cili padi,bawang putih dan air
Masukkan ke dalam periuk. Masukkan pula cuka, jus limau nipis, sos ikan, garam dan gula. Masak dengan api sederhana sehingga mendidih. Perlahankan api.
Campurkan tepung jagung ke dalam air. Kacau sebati. Masukkan ke dalam periuk. Kacau sehingga sos memekat lebih kurang seminit.
Setelah sejuk, bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara.
Sambal Ikan Masin @ Ikan Keringni memang pembuka selera. Makan dengan nasi panas, boleh makan nasi berpinggan-pinggan dibuatnya. Cukup berselera walaupun hanya dengan sajian lauk yang sangat ‘simple’. Sambal Ikan Masin ni memang cukup segala rasa. Ada pedas, masam, masin dan manis. Nak buatnya pun tidaklah susah, senang sahaja. Bahan-bahan ringkas dan sentiasa ada di rumah masing-masing. Jom kita cuba resipi yang dikongsi oleh Nooraini Ramly. Anda pasti sukakan rasanya.
Selain dibuat kuih, dimasukkan dalam bubur sagu juga boleh dijadikan puding. Antara yang enak dan menarik adalah puding sagu mutiara. Simpan dalam peti ais, makan sejuk-sejuk memanglah nikmat.