Sambal mangga ikan bakar ini, kalau tengok pun dah terliur. Dapat bayangkan rasa masam dan pedas yang memikat selera. Tambah lagi kehadiran ikan sardin bakar yang ada rasa manis yang tersendiri.
Ha..sedap kan? Orang belah pantai timur ada yang menyebut mangga ini sebagai buah pauh atau mempelam. Kali ini, mangga yang digunakan adalah jenis ‘pauh ringan’ atau mangga epal (pelam epal). Memang sedap.
Ikut saja resipi yang dikongsikan oleh puan Noryue Rania ini ye. Buat masa berbuka nanti, memang konfim bertambah makan. Makan time sahur pun boleh. Cerah mata makan sambal yang masam dan pedas ni.
Pes Nam Prik Pao adalah sejenis Pes Cili Thai. Ia juga dipanggil Pes Cili Sangai. Ia ada dijual di pasaraya tetapi rupanya nak buat sendiri pun mudah je. Pes cili ini adalah bahan asas da;a, ,asalam Tomyam Thailand yang merah menyala tu. Cantik warnanya. Selain itu, ia juga sesuai digunakan dalam pelbagai masakan bercili ala Thai yang lain seperti Paprik, Tiga Rasa, kacau goreng dan lain bermacam-macam lagi. Ia juga boleh dijadikan sebagai pes ikan bakar, boleh dijadikan bahan pengganti sos cili untuk masakan pedas dan berwarna kemerahan. Pendek kata, boleh guna dalam bermacam-macam masakan. Nak cuba? Saudari Munirah Binti Mohd Ramli ada kongsikan cara-caranya. Selamat mencuba!
BEZA PES TOMYAM & PES NAM PRIK PAO?
Pes Tomyam adalah pes yang sudah dicampur dengan ramuan lain seperti serai, lengkuas, jus limau dan daun limau purut. Jika masak tidak perlu tambah bahan-bahan ini lagi.
Manakala jika masak Tomyam menggunakan pes Nam Prik Pao, anda perlu menambah serai, lengkuas, daun limau purut & jus limau nipis. Istimewanya jika masak Tomyam guna pes ini, warna Tomyam akan jadi lebih cantik dan merah menyala sama seperti sajian yang dinikmati di negara asalnya.
Air asam jawa atau sedikit air perahan limau nipis – jika ada
Garam secukup rasa – jika perlu
1/2 cawan minyak masak
CARA MEMASAK:
1.Hiris bawang merah dan goreng tanpa minyak di dalam kuali bersama bawang putih. Angkat dan ketepikan.
2. Seterusnya masukkan cili kering dan sangai dengan api perlahan. Kacau selalu supaya tidak hangus.
3. Pada masa ini, boleh tambahkan sedikit garam untuk elakkan kuali berasap dan menyebabkan bersin.
4. Masukkan hirisan cili yang sudah disangai tadi ke dalam pengisar kering. Kisar halus.
5. Sangai juga ikan bilis, udang kering dan belacan hingga naik bau.
6. Masukkan cili kering kisar, bawang, ikan bilis, udang kering dan belacan ke dalam pengisar basah.
7. Masukkan juga gula perang, sos ikan dan asam jawa yang dilarutkan dengan air panas. Boleh juga ditambah sedikit jus limau nipis. Kisar hingga lumat.
8. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar tadi dengan api perlahan. Pastikan tumisan sentiasa dikacau supaya tidak hangus dan pecah minyak dengan sempurna.
9. Bila pes mendidih, kacau rata dan tutup api. Walaupun api sudah padam, pastikan pes sentiasa dikacau hingga sedikit sejuk.
10. Biarkan pes hingga betul-betul sejuk kemudian masukkan ke dalam balang kedap udara. Simpan dalam peti sejuk dan gunakan dalam aneka masakan anda.
Nak belajar cara-cara membuat Kuih Bulan & Roti Homemade? Jom sertai Kelas Online RASA bersama bersama Chef Shafee Madianuddin, pemilik Restoran Mangkuk.
Kelas Online Kuih Bulan Pandan Lotus & Roti Salted Egg
Tarikh: 8 Oktober 2022 (Sabtu) Masa: 10.30 pagi Medium: Secara online/atas talian (link akan disertakan selepas pendaftaran)
Berminat nak join?FREE je tau. Daftar sekarang DISINI
Bila tiba bualan puasa, Colek Ayam antara hidangan yang menjadi kegemaran ramai terutamanya penduduk di negeri Pantai Timur. Biasanya bila selesai solat tarawih, hidangan colek akan dihidang. Terdapat pelbagai jenis colek yang boleh dinikmati dan rahsia keenakan hidangan ini adalah terletak pada sos nya. Nak cuba? Cikgu Afy Al Habibi ada kongsikan resipi sos colek. Jadi anda boleh nikmatinya bersama keluarga.
RESIPI SOS COLEK AYAM HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
5 senduk sos cili thai (beli online disini) 1 sudu makan kicap pekat (tidak penuh sudu) (beli online disini) Air masak secukupnya 8 tangkai cili padi merah 1 biji lemon 2 tangkai bawang putih jeruk Bijan sangai 1/2 sudu makan tepung jagung – bancuh dengan 1/3 cawan air (beli online disini)
CARA MEMASAK:
1. Kisar cili padi bersama bawang putih jeruk yang telah dibuang kulit dan tangkainya. Tambahkan air jeruk bawang putih kemudian kisar halus.
2. Dalam periuk bersesuaian, masukkan sos cili thai. Tidak perlu buka api.
3. Kemudian masukkan bahan kisar tadi bersama 1 gelas air.
4. Seterusnya perah lemon dan masak guna api perlahan.
5. Tambahkan kicap pekat. Jika buat sos kurang dari sukatan yang diberi, hanya tambah secukupnya supaya sos tidak terlalu gelap. Kacau sebati. Tidak perlu tambah garam atau gula kerana sos telah mempunyai rasa.
6. Untuk memekatkan sos, masukkan air bancuhan tepung jagung. Kacau sebati dan biar hingga mendidih. Jika sos terlalu pekat, boleh tambah sedikit air.
7. Angkat dan hidangkan bersama bahan-bahan colek seperti ayam goreng, aneka cucur, aneka makanan gorengan, keropok dan sebagainya.
8. Lebihan sos boleh disimpan dalam peti sejuk supaya tahan lama.
Sambal Nasi Ayam Penyet atau dikenali juga sebagai sambal jawa ni memang ekpres dan cepat sungguh membuatnya. Bahan-bahan ringkas sangat. Sesuai dimasak lebih sikit untuk stok dua tiga hari.
Boleh simpan peti sejuk. Tengah PKP ni tak payah nak masuk dapur hari-hari, mesti yang ada sibuk ‘work from home’ dan mesyuarat ‘video conferencing. Kita masak yang simple dan cepat, tak lama dok dapur .
Resipi dari Nuhaz Kitchen ni cukup mudah. Walaupun ni adalah sambal nasi ayam penyet tapi sambal ni juga sesuai dimakan nasi panas dan lauk biasa. Kalau min ada nasi dengan ikan atau ayam goreng lawan dengan sambal ni dah bertambah tambah pinggan nasi.
SAMBAL JAWA @ SAMBAL NASI AYAM PENYET
BAHAN-BAHAN :
• 1/2 biji bawang holland • 1 biji tomato • 4 tangkai cili besar • 7 tangkai cili padi (lebihkan kalau nak pedas) • sedikit belacan • gula dan garam secukupnya
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak dan goreng semua bahan di atas sehingga layu. Kecuali gula dan garam.
2. Kemudian tumbuk bahan-bahan yg telah digoreng menggunakan lesung batu (sya tumbuk kasar) 3. Panaskan minyak dan goreng bahan-bahan yg telah ditumbuk 4. Siap dah boleh makan. Gandakan resipi kalau nak buat stok, simpan dalam peti sejuk
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!