Suka makan Daging Pekasam? Biasanya beli je kan. Apa kata kali ni anda cuba buat sendiri. Maklumlah kadang kala ada hari yang kita takt ahu nak masak dan makan apa. Hidangan pekasam daging ni boleh membangkitkan selera makan anda. Resipi perkongsian saudari Roses Eagle ni antara yang mudah dan boleh dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI PEKASAM DAGING HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
1 keping daging
1-2 biji limau nipis
Garam kasar secukupnya (beli online disini)
1 cawan beras
5 keping asam gelugur (beli online disini)
CARA MEMASAK: 1. Basuh daging dan hiris nipis. Basuh dengan limau nipis. Jika tiada, boleh guna asam keping, asam jawa atau tepung gandum. Kemudian toskan.
Ads
2. Gaulkan daging yang di tos tadi dengan garam kasar dengan secukupnya. Elak letak garam terlalu banyak kerana daging akan jadi terlalu masin. Masukkan juga asam gelugur. Letak dalam bekas berpenutup dan simpan dalam peti sejuk semalaman.
3. Keluarkan daging yang diperap dan basuh dengan air bagi menghilangkan lebihan garam. Tos dan ketepikan.
4. Ambil kuali dan goreng beras sehingga garing dan keperangan. Pastikan beras tidak hangit supaya rasa pekasam jadi sedap. Beras tidak perlu dibasuh.
5. Bila siap digoreng, tumbuk atau kisar kasar beras tadi.
6. Gaul beras tumbuk bersama daging hingga rata dan bersalut sempurna.
7. Masukkan kembali daging ke dalam bekas. Tutup rapat dan peram dalam peti sejuk selama 2-3 hari.
8. Untuk menikmatinya, panaskan minyak dan goreng hingga garing dan keperangan. Hidangan pekasam daging ini enak dimakan bersama nasi panas.
Sepanjang bulan Syawal, di sana sini orang mengadakan rumah terbuka. Bagi tuan rumah, rasa pening juga memikirkan menu yang hendak dihidangkan untuk para tetamu. Untuk sajian lemang & ketupat, biasanya dimakan dengan rendang kan? Tapi jika tak sempat buat, ni ada 5 menu lain yang sangat dihidangkan dengan juadah ni. Memang sedap! Selamat mencuba!
1. AYAM BALADO PADANG
BAHAN-BAHAN A:
500ml air
1 ekor ayam | potong kecil
2 helai daun salam
2 batang serai | dititik
3cm lengkuas | diketuk
BAHAN-BAHAN B (KISAR):
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
4 biji buah keras
1 sudu makan ketumbar
3cm halia
1 sudu teh garam
BAHAN-BAHAN C (TUMBUK KASAR):
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
10 biji cili merah
1 biji tomato
3 sudu makan air asam
1 sudu teh gula
½ sudu teh garam
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Satukan bahan-bahan A dan bahan-bahan B yang telah dikisar lalu rebus hingga air kering.
Angkat ayam dari periuk.
Goreng ayam di dalam minyak yang panas hingga keperangan. Toskan. Ketepikan.
Bahan-bahan C ditumbuk kasar dan gaul sebati. Panaskan sesudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan C hingga harum dan sesuaikan rasanya. Tuang ke atas ayam yang digoreng tadi.
Sedia dihidangkan.
2. DAGING KASTURI BERCILI
BAHAN-BAHAN:
500gm daging | potong kecil dan rebus empuk
1 cawan air rebusan daging
1 cawan santan
3 batang serai muda | ketuk
3 helai daun limau purut | siat
4-5 biji limau kasturi | ambil jusnya
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
BAHAN-BAHAN B (KISAR):
10 biji cili merah
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3cm lengkuas
3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Panaskan dua sudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga cili masak.
Masukkan serai dan daun limau purut.
Masukkan daging yang telah direbus bersama santan dan air rebusan daging. Didihkan hingga semua bahan masak sebati.
Tambah garam dan gula secukup rasa.
Tutup api dan tambah jus limau kasturi lalu kaup-balikkan sebati.
Angkat dan sedia dihidangkan.
3. DAGING TETEL SAMBAL BERKACANG
BAHAN-BAHAN:
500gm kacang tanah | goreng dan kisar kasar
300gm daging tetel | rebus empuk dan potong kecil
1 cawan air rebusan daging tetel
4 sudu makan cili kisar
12 ulas bawang merah | kisar
4 ulas bawang putih | kisar
3cm belacan
3cm lengkuas | ketuk
2 batang serai | ketuk
2 sudu makan udang kering | kisar
1 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula merah secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan dua sudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar (kecuali kacang tanah) hingga naik bau.
Masukkan cili kisar, serai, lengkuas dan belacan. Tumis hingga cili benar-benar masak.
Masukkan daging tetel dan kacang tanah yang dikisar kasar. Tambah air rebusan daging dan didihkan hingga semua bahan sebati.
Tambah air asam jawa, garam dan gula merah secukup rasa.
Didihkan lagi beberapa minit lagi hingga terbit minyak.
Angkat dan sedia dinikmati.
4. KAMBING MASALA
BAHAN-BAHAN:
500gm daging kambing | potong kecil & rebus empuk
1 cawan air rebusan daging kambing
400ml santan pekat
100ml tairu/yogurt
2 biji tomato | dadu kecil
1 biji bawang besar | dadu kasar
6 ulas bawang merah | kisar
4 ulas bawang putih | kisar
3cm halia | kisar
1 tangkai daun kari
2 sudu makan serbuk jintan putih
2 sudu makan serbuk ketumbar
2 sudu makan serbuk paprika
1 sudu makan tomato puri
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh garam masala
1 sudu teh serbuk buah pala
1 sudu teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
BAHAN-BAHAN B (TUMIS):
1 batang kulit kayu manis
4 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
Panaskan dua sudu makan minyak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan B bersama daun kari hingga wangi.
Masukkan bahan-bahan kisar, bawang besar dan tomato lalu tumis lagi beberapa minit.
Masukkan serbuk jintan putih, serbuk ketumbar, serbuk paprika, serbuk cili, serbuk kunyit, serbuk buah pala dan garam masala. Tambah tomato puri dan satu cawan air rebusan daging. Didihkan hingga semua rempah masak.
Masukkan daging kambing yang telah direbus, santan, tairu/yogurt dan didihkan hingga semua bahan masak sebati dankuah menjadi pekat.
Tambah garam dan gula secukup rasa. Kacau sebati.
Angkat dan sedia dinikmti.
5. SAMBAL TAHUN KERANG
BAHAN-BAHAN:
500ml santan pekat
500gm isi kerang
300gm lengkuas muda | hiris nipis
100gm ikan bilis
20 tangkai cili padi
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Bawang merah, bawang putih dan ikan bilis ditumbuk lumat.
Di dalam kuali, panaskan sesudu makan minyak lalu tumis bahan-bahan tumbuk hingga wangi.
Masukkan hirisan lengkuas, cili padi dan sedikit air. Didihkan hingga lengkuas empuk.
Masukkan santan, isi kerang, air asam jawa dan cili padi. Didihkan beberapa minit hingga semua bahan masak sebati. Gunakan api kecil.
Cuaca sejak kebelakangan ni panas terik. Sedap kalau dapat makan hidangan seperti sup.
Untuk petang ni, boleh cuba mi sup ala Korea daripada Zurina Zulkefli. Menggunakan bahan-bahan yang senang je dan cara memasak pun mudah.
MI SUP ALA KOREA
BAHAN-BAHAN:
1 peket mi lidi halus (saya beli di Mr Dollar, 1 peket boleh hidang untuk 2 orang makan) 3 cawan air 1 kiub pati ikan bilis 1 ulas bawang putih | diketuk – beli online di sini 4 sudu besar kicap cair – beli online di sini Sedikit garam
1. Rebuskan 3 cawan air di dalam periuk sehingga mendidih. 2. Masukkan pati ikan bilis, bawang putih yang diketuk, kicap cair dan sedikit garam. Biarkan sup sebati dan sedia dihidang.
3. Untuk mi, sediakan periuk. Masukkan mi dan isikan air hingga tenggelam. Selesai rebus, toskan dan lalu air. Simpulkan dan letak ke dalam mangkuk makan.
4. Masukkan sup panas ke atas mi. Boleh tambah kimchi radish untuk rasa pedas masam.
5. Tambahan untuk mi ni, hirisan telur dadar, hirisan lobak merah (sangai dulu), dan daun kuchai.