Pejam celik pejam celik, bulan April nanti, kita akan menyambut Ramadan. Sambil-sambil tu, bolehlah intai-intai resipi biskut raya kan.
Kalau bab biskut tart nanas, memang jadi kegemaran kebanyakan orang. Lagi-lagi tart nenas klasik.
Kali ini, apa kata kita buat biskut tart nenas ala Frozen buat anak-anak. Mesti mereka teruja nak makan. Senang je nak buatnya dengan resipi daripada Aisyah Humaira.
1. Ayak tepung beras, tepung jagung dan ketepikan. 2. Dalam bekas besar satukan mentega, minyak sapi, gula kastor dan kacau pakai senduk, sekadar sebatikan jangan sampai kembang.
3. Masukkan esen vanilla, kuning telur dan santan ayam brand, kacau rata. 4. Akhir sekali, masukkan tepung separuh dahulu, kacau rata dan masuk sikit-sikit hingga terhasil adunan yang tidak melekat pada tangan. Jika adunan masih lembik, boleh masukkan tepung gandum.
6. Bakar selama 25 minit atau sehingga masak dengan suhu 160C api atas bawah.
*untuk bentuk di bawah, saya guna acuan biasa. Yang bentuk bintang tu, saya beli acuan di kedai bakery bahan-bahan buat kek biskut. Cakap pada tuan kedai, nak beli acuan biskut frozen.
Tempe ni sinonim dengan masyarakat Jawa. Orang Jawa memang suka makan tempe. Kadang digoreng dan dimakan bersama sambal kicap. Kali ini RASA ingin kongsikan resipi sambal tempe dengan ikan bilis.
Sambal tempe ikan bilis ni kena buat manis-manis sikit. Selain sedap dimakan dengan nasi, boleh juga ratah macam tu je. Ada yang buat kering dan rangup dijadikan sebagai kudapan. Resipi yang dikongsikan ni sangat senang, tapi tetap sedap. Tempe ni kesukaan masyarakat jawa. Jadi kalau ada yang nak cuba, RASA berikan resipi di sini. Mudah untuk korang cuba masak sendiri. Try tau.
SAMBAL TEMPE IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN
• Minyak masak
• Tempe (dipotong nipis)
• Ikan bilis (digoreng garing)
• 3 ulas bawang putih (cencang halus)
• Cili kering (dikisar dapatkan 4 sudu besar)
• 1 biji bawang besar (dipotong bulat)
• Garam secukupnya
• 3 sudu besar gula
• 1 sudu besar gula merah
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak. Goreng tempe, ketepikan.
2. Goreng ikan bilis, ketepikan.
3. Kurangkan minyak masak tadi. Tumis bawang putih sampai kuning. Masukkan cili kering. Tumis sampai garing.
4. Masukan bawang besar, garam, gula, gula merah. Masak sehingga bawang besar layu dan tumisan nampak warna gelap.
5. Tutup api. Biarkan sambal ni betul-betul sejuk.
6. Akhir sekali, gaulkan tempe dan ikan bilis dengan sambal sehingga rata. Siap.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Roti Telur Berhantu. Ngeri mendengar Namanya tapi bila dirasa, sangat enak dan memang membuka selera. Tua atau muda, pasti akan sukakan rasanya. Makan ketika masih panas, memang tak boleh berhenti makan. Bahan-bahannya sangat mudah. Hanya memerlukan 3 bahan sahaja. Langkah memasaknya juga sangatlah ringkas. Saudari Cheyah Saripuddin ada kongsikan caranya. Jom cuba!
2. Kacau supaya kedua-dua bahan menyatu dan sebati.
3. Celup kepingan roti yang telah dipotong 4.
4. Pastikan anda celup di kedua-dua belah roti dengan rata.
5. Panaskan kuali tahan lekat. Kemudian goreng kepingan roti tadi tanpa menggunakan minyak. Boleh juga sedikit minyak tapi pastikan tidak menggunakan minyak yang banyak kerana roti akan meresap minyak tersebut. Rasanya akan jadi tidak sedap.
6. Bila roti sudah jadi keperangan sebegini, bolehlah diangkat.
7. Tekstur roti yang diangkat tidak akan keras. Ia akan lembut sebegini.
8. Enak dinikmati ketika masih panas. Sedap dan lembut. Jom cuba!
NOTA: Kepingan roti boleh potong empat. Jika tidak mahu potong pun tidak mengapa. Ikut selera masing-masing.
Suka makan roti canai tetapi paling sedap kalau dapat buat sendiri. Lebih puas dan terjamin kebersihannya.Kadang kala kalau makan di luar rupanya elok tapi rasa tidak mencapai apa yang dihajati. Keras dan tidak gebu. Apa kata canai sendiri ikut macam mana gebu yang korang nak. Boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Puan Normaliana Abu Bakar ini.
ROTI CANAI HOMEMADE
BAHAN-BAHAN
4 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 sudu makan gula
1 cawan Air
Setengah sudu kecil garam
Minyak masak secukupnya untuk merendam dan menggoreng.
CARA-CARA MENYEDIAKAN
Campurkan tepung, gula dan garam. Kemudian masukkan telur dan air.
Uli hingga doh tidak melekat (uli lebih kurang 20 minit ). Kalau uli menggunakan tangan gunakan air suam. Kalau uli mesin gunakan air sejuk.
Bahagikan doh kepada bahagian kecil ( bahagi kepada 12 biji bola semuanya ). Ikut suka kita kalau anak 10 buat kecil, kalau anak 2 buatlah besar biar cepat siap.
Susun doh dalam bekas yang diisi minyak masak. Pastikan tepung terendam dalam minyak dan perap lebih kurang 2 jam.
Selepas dua jam, siapkan lokasi menebar. Dulang besar yang ditenggek atas baldi. Dulang kecil untuk letak roti canai.
Ambil satu bola tepung dan ratakan macam didalam gambar. Biarkan dalam 3 atau 4 minit barulah mula menebar. Proses rehat 3 atau 4 minit ini memudahkan kita menebar dan tepung jadi lebih lembut.
Mula menebar tepung menjadi bulatan lebih besar. Tarik tepung perlahan – lahan. Buat kena sabar, tarik mahu halus.
Tebar sampai penuh sedulang. Kalau betul cara tebar cantik doh tidak akan berlubang koyak macam roti kirai.
Lipat empat arah seperti dalam gambar. Roti canai sedia digoreng.