Kalau korang masih berfikir nak makan di mana, kini tak usah berfikir panjang untuk menentukan menu makan tengah hari atau malam. Bermula minggu ini, Santan menawarkan Value Set RM9.90 untuk makan tengah hari (12 tengah hari – 3 petang) dan makan malam (6 petang – 9 malam) di semua sembilan cawangannya di Lembah Klang.

Santan Value Set dilengkapi dengan satu hidangan utama dan satu minuman serta tersedia untuk makan di restoran, bawa pulang dan penghantaran sehingga 30 April 2021. Selain menikmati lebih nilai, para pelanggan yang menjamu selera di restoran juga akan disajikan oleh kru kabin AirAsia di cawangan terpilih pada hujung minggu ini (13 dan 14 Mac 2021).


Nasi Lemak Pak Nasser Ayam Rendang.


Nasi Ayam Uncle Chin.


Crispy Chicken Bites.


Nasi Padang Rendang Daging.

IKLAN


Thai Basil Chicken.

Dilancarkan pada bulan Februari selama tiga minggu secara eksklusif di Santan Sunway Pyramid, Value Set ini terbukti berjaya di luar jangkaan Santan kerana pesanan harian untuk cawangan tersebut meningkat 100 peratus dengan hampir 2,000 hidangan terjual dan menerima lebih 1,200 pesanan. Berikutan kejayaan itu, Value Set ini turut diperkenalkan di outlet Santan NU Sentral pada awal bulan ini.

Sebagai Value Set, Santan terus menawarkan nilai hebat kepada para pelanggannya dengan penghantaran percuma melalui airasia food sejauh 5km dari mana-mana cawangannya dengan kod promosi MARCHD3ALS dan hanya RM0.99 sen untuk 5-10km menggunakan kod promosi yang sama. Tawaran ini penting untuk memberikan nilai yang sama hebat kepada para pelanggan yang memilih untuk makan atau memesan dari keselesaan dan keselamatan kediaman mereka.

IKLAN

Pengurus Besar Santan Catherine Goh berkata: “Kami menyedari bahawa para pelanggan membuat pilihan berdasarkan nilai yang ditawarkan dan kami mendengar permintaan mereka. Sebelum ini, pelanggan kami menikmati set Bundle for 2 dan 4, Family Bundle, dan Combo Meals tetapi pelancaran Santan Value Set di semua sembilan cawangan akan menjadi pemangkin perubahan perniagaan kami,”

Santan bakal membuka cawangan ke-10 di Wangsa Walk Mall, Kuala Lumpur pada bulan ini dan 10 lagi cawangan pada suku kedua tahun ini termasuk di Melaka, Negeri Sembilan, dan Johor.

IKLAN

Resipi Pasta Spiral Goreng Yang Ringkas, Sedap & Menyelerakan

Resipi Asas Scones Guna 4 Bahan. Boleh Tambah Perisa Untuk Lebih Enak

Orange Muffin Tak Muak Makan. Adunan Ini Boleh Dapat 14 Biji