Kangkung adalah sayur kampung atau sayur yang paling murah untuk dibeli. Bagi yang duduk di kawasan kampung boleh dapatkan percuma dengan petik dekat semak.
KANGKUNG GORENG BELACAN RENCAH SOTONG
1 ikat kangkung
2 ekor sotong sederhana
Bahan Tumbuk
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 biji cili hijau
4 biji cili api merah
Belacan sesedap rase korang
Garam
Gula
1 sudu serbuk perasa
CARA MEMASAK:
1. Tumis bahan tumbuk. Tumis sampai agak garing, sampai naik bau. (anda rasa nak terbatuk tersedak, maksudnya sedaplah tu)
Ads
2. Masukkan sotong dalam 4 – 5 minit. Kalau lama sangat sotong akan liat. Rasakan dengan garam, gula dan cukup rasa.
3. Masukkan pula kangkung. Masa ini boleh kuatkan api, Kacau laju-laju sikit
Ads
INFO: Boleh tukar cili merah ke cili padi bagi yang suka pedas.
Daripada biar petai kecut tidak berusik dan akhirnya terbuang. Ini khas untuk peminat petai jeruk, sangat senang kerana sekarang boleh buat sendiri di rumah.
JERUK PETAI EXPRESS
BAHAN-BAHAN
Petai
Garam
Asam gelugor
Cili padi (pilihan)
CARA MENYEDIAKANNYA:
1. Kopek petai dan untuk mengelakkan petai kecut rendamkan dalam air panas dalam 5-10 minit.
2. Toskan petai dan masukkan dalam botol atau bekas kosong.
3. Masakkan air kosong bersama garam dan tambahkan asam gelugor sekeping. Biarkan air garam sehingga mendidih dan tutupkan api.
4. Biarkan air garam sejuk. Bila sudah sejuk masukkan ke dalam botol berisi petai tadi.
5. Jika suka boleh masukkan cili padi. Tutup rapat bekas dan letakkan dalam peti sejuk.
Teringin nak makan apam kat Bazar Ramadan, malangnya bazar memang tak ada. Nak tak nak kenalah juga buat kuih muih dan apam sendiri.
Apam susu ni bahan-bahan cuma enam sahaja, kira ni kuih bajet tau. Sesuai sangat dibuat masa PKP ni.Sedap dan gebu. Rupa dahlah cantik rasa pun sedap. Berbaloi dan resipi jimat kos.
APAM SUSU MUDAH
BAHAN-BAHAN :
4biji telur*
1sudu besar ovelete*
1sudu besar esen vanilla*
1/2 tin susu pekat*
1 1/2 cawan tepung gandum
Pewarna
CARA MEMASAK : 1. Masukkan semua bahan bertanda (*) dlm blender dan blend selama 10minit. 2. Kemudian tuang adunan dlm bekas dan masukan tepung gandum. 3. Gaul sebati.Asingkan dlm beberapa bekas dan campurkan pewarna. 4. Akhir sekali tuang adunan dlm acuan dan kukus selama 25minit.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!