Bila sayur murah, mulalah nak beli banyak untuk stok, tapi masalahnya sayur terutama berdaun hijau mudah layu dan tak tahan lama. Jangan risau ada cara tangani masalah ini, selain sayur segar segala zat terkandung dalam sayur juga tak hilang.
Simpan sayur dalam peti sejuk adalah cara terbaik, tapi kena tahu cara menyimpannya ye. Paling mudah adalah dengan membalut sayur dengan kertas (elakkan surat khabar) kerana kertas akan menyerap wap air dalam peti sejuk dan sayur bertahan lebih lama.
Ads
Jika terus simpan menggunakan plastik pembungkus, sayur tidak bernafas, gas di dalamnya akan mempercepatkan proses sayur menjadi busuk.Namun cara terbaiknya, beli sayur ikut keperluan harian dan terus dimasak. Tetapi kesibukan membantaskan anda, jadi info ini diharapkan membantu ye…
Ads
Ads
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Anda suka memasak kek namun kadang kala kek tidak tidak menjadi cantik sebagaimana yang diidamkan. Adakalanya bantat dan paling tidak disukai bila kek melekat pada loyang. Panduan yang dikongsi oleh Shikin’s Kitchen boleh beri anda lebih bersemangat untuk baking dari masa ke semasa.
Petua supaya kek tidak melekat pada loyang pembakar tanpa menggunakan parchment paper/kertas minyak.
Bahan-bahan:
minyak masak
Shortening (lemak sayur)
Tepung gandum
(sukatan nya mengikut nisbah 1:1:1) – sy guna 1 sudu besar utk setiap bahan.
Campurkan semua bahan tersebut hingga sebati. Siap. Apabila hendak membakar kek, sapu saja pada loyang. Tuang adunan kek anda dan bakar.
Hasilnya,kek tidak melekat, tiada kerak di tepi dan dasar kek.
Baki bahan yg dicampur tadi boleh disimpan di dalam bekas dan boleh digunakan lagi pada masa akan dtg.
Sebagai seorang wanita, tentunya seronok bila melihat keadaan di dapur yang teratur dan tersusun kemas. Bila dapur cantik dan kemas, hati pun rasa tenang nak masak. Menurut perkongsian saudari Noor Hafiza Mohamad, berikut merupakan antara 11 item yang wajib ada untuk memudahkan kerja anda di dapur. Harga pun mampu milik.
1. WIRENET
Kenapa perlu ada wirenet? Kerana anda boleh sangkut bakul mengikut saiz yang anda suka. Anda boleh susun dan letak bahan-bahan masakan seperti minyak, garam, kunyit dan banyak lagi.
2. TEMPAT LETAK SUDIP
Nak nampak kemas, boleh susun sudip anda di tempat letak sudip ini. Tidaklah nampak serabut dapur anda nanti.
3. PLASTIK SAMPAH BASAH
Boleh beli bakul dan plastik ini di DAISO. Sangat praktikal untuk menapis sisa makanan anda. Bila dah penuh, boleh ikat dan buang terus dalam tong sampah.
4. PENGHADANG ALUMINIUM
Sangat bagus untuk mengelakkan minyak daripada terpercik ke dinding.
5. RAK GANTUNG CAWAN
Rak ini boleh beli di IKEA. Boleh gantung terbalik dan menjadi dua fungsi. Rujuk gambar di atas.
6. LACI 3 TIER
Boleh beli di online atau di kedai barangan rumah. Sesuai letak dalam kabinet yang tiada para atau di atas rak. Boleh simpan barang-baran kecil seperti sudu, pisau, cawan atau stok makanan yang belum dibuka.
7. RAK RUANG KABINET
Rak ini sangat berguna ruang di dalam kabinet. Boleh menjimatkan ruang. Ada 2 saiz yang boleh dipilih, besar dan kecil.
8. BAKUL PLASTIK
Bakul ini sangat berguna untuk letak bahan-bahan masakan seperti bawang merah dan bawang putih. Juga boleh letak barang-barang lain.
9. BEKAS SABUN
Sangat berguna! Masukkan sabun bersama air, lebihkan sabun. Memang jimat sabun berbanding celup span di dalam bekas. Air sabun pun tak kotor.
10. RAK TUDUNG PERIUK
Salah satu item yang perlu dibeli. Bila ada rak ni, segala tudung periu akan diletakkan pada satu bahagian sahaja. Barulah dapur nampak kemas.
11. HANGING BASKET
Menariknya hanging basket ini kerana ada tempat penggantung tisu. Bila nak guna, tarik je. Selain online, boleh juga didapati di MR DIY dan DAISO.
Sayangnya, pasta yang anda masak sebagai hidangan makan malam tak habis. Eh… jangan buangkannya, ia membazir, baik simpan untuk sarapan esok. Tapi boleh ke? Jawapannya boleh kalau anda baca tip ini.
Memang ada sesetengah makanan akan berubah rasanya dan tidak lagi fresh seperti mana baru dimasak bila dipanaskan semua. Tetapi untuk pasta, ini satu tip paling senang RASA ingin kongsikan supaya lebihan pasta itu boleh dijadikan bekal untuk anda bawa ke tempat kerja atau bekal anak ke sekolah.
Caranya mudah sahaja, agar pasta yang anda panaskan tidak menjadi lembik, kering atau berminyak. Pertama, apa perlu anda lakukan ialah merenjiskan air ke atas pasta, kemudian masukkan dalam ketuhar gelombang untuk tujuan memanaskannya. Percikan air tersebut membantu pasta kekal segar semasa dipanaskan.
Kedua, bila anda menggunakan dapur biasa, cara paling mudah masukkan pasta dalam kuali. Kemudian panaskan menggunakan api sederhana kecil dan tambahkan ke dalamnya sedikit cairan mentega atau minyak zaitun. Sambil itu anda perlu terus mengacaunya agar lembab sekata.
Ketiga, jika masih kering tambahkan sedikit sos dan gaul lagi. Sangat mudah dan anda boleh praktikkan tanpa berlaku pembaziran.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.