Melalui facebook, Azira Mamat berkongsi resipi sayur keladi yang lejen di group Rasa Share Resipi. Memang ini adalah salah satu makanan kampung. Tapi percayalah sayur keladi memang diminati ramai dan tetap disukai. Apatah lagi kalau ada sambal belacan.
SAYUR KELADI
BAHAN-BAHAN
1 kg batang keladi
2 ulas bawang putih (kisar halus)
1 ulas bawang merah (kisar halus)
1 inci kunyit hidup (kisar halus)
Cili padi (ikut tahap pedas yang dimahukan) (kisar halus)
Sedikit lada hitam (kisar halus)
Segenggam beras (rendam sekejap dan tumbuk)
Sedikit daun kesum
Sedikit asam keping
Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT
1. Keladi dibuang kulit dan dipotong. Rendam sekejap dalam air.
2. Cuci bersih keladi biar hilang getahnya dan tidak gatal.
3. Rebus keladi. Masukkan bahan kisar halus.
4. Selepas mendidih, masukkan beras, daun kesum, asam keping dan garam.
5. Biarkan sehingga keladi empuk. Matikan api.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Sempena cuti sekolah ni , dikongsi cara buat mi ayam , menu asli cina yang ringkas tapi cukup menyelerakan dan pasti disukai anak-anak. Rasanya tidak pedas dan sesuai juga buat yang sedang diet. Untuk rasa yang pedas, boleh tambah hirisan cili padi.
MI AYAM CINA
BAHAN-BAHAN:
500gm isi ayam
2 biji bawang besar Holland ] dihiris bulat
4 sudu makan minyak masak
4 ulas bawang putih ] dikisar
4 biji bawang merah ] dikisar
1cm halia ] dikisar
1cm lengkuas ] dikisar
1 sudu teh biji ketumbar ] dikisar
2 batang serai ] ketuk
4 helai daun limau purut
1 paket An’Nur Mee Wantan Sup ] dicelur hingga lembut
2 paket An’Nur Perencah Sup
Sedikit Pak Choy ] dicelur
1 biji telur ] direbus
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan air dan rebus ayam sehingga masak. Asingkan air rebusan untuk dijadikan kuah sup.
Panaskan minyak dan tumis bawang Holland sehingga layu. Kemudian masukkan bahan-bahan kisar.
Masukkan serai dan daun limau purut. Tumis sehingga naik bau dan pecah minyak.
Tambahkan sedikit air, ayam dan perencah sup An’Nur. Perasakan dengan garam dan gula dengan secukup rasa. Biarkan mendidih dan angkat.
Tuangkan kuah sup ke dalam mangkuk berisi mi wantan. Letakkan isi ayam, pak choy dan telur rebus.
Siapa yang tak kenal kuih Bahulu, kuih lagend yang tak pernah jemu makan dan sentiasa ada sepanjang musim. Kalau dulu Hari Raya je ada sekarang, kalau terigin boleh je beli atau pun boleh je korang buat sendiri. Kalau nak cara mudah tanpa berasap korang boleh buat bahulu gunakan ketuhar je . Senang je sebab kuih ni hanya guna empat bahan je ye…
KUIH BAHULU BAHAN-BAHAN:
5 biji telur
200gm gula pasir
200gm tepung gandum
1 sudu teh esen vanilla
CARA MEMASAK:
Panaskan ketuhar dengan pada suhu 180 C bersama dengan acuan kuih bahulu.
Campurkan telur, gula dan esen vanilla dalam mixer.
Putar hingga kembang, perlahan kelajuan mixer sambil masukkan tepung sedikit demi sedidkit hingga semua bahan telah diadun rata.
Keluarkan acuan dari ketuhar, oleskan dengan minyak.
Tuangkan adunan ¾ acuan.
Bakar pada suhu 180 C dengan api atas bawang. Panggang hingga Bahulu masak dengan warna kuning keemasan.
Angkat dan keluarkan dari acuan. Teruskan membakar hingga adunan habis.
Enak dhidangan sebagai kudapan sampingan minum petan.
Kastard labu merupakan antara pencuci mulut yang cukup popular di Thailand. Kastard ini begitu lembut dan terasa lemak santan dalam labu yang dikukus. Jika tiada santan segar, boleh diganti dengan susu cair. Ini resipi perkongsian Naeamah Balqis, mudah dan tidaklah susah nak buatnya. Selamat mencuba!
KASTARD LABU
BAHAN-BAHAN:
1 biji labu sederhana besar | dibuang biji
1 cawan susu cair
5 biji telur gred B
2 susu makan tepung kastard
1 sudu kecil esen vanilla
Susu pekat atau gula | ikut tahap kemanisan anda
CARA PENYEDIAAN:
1. Potong labu bahagian atas dan buang biji.
2. Kemudian, kacau sebati bahan-bahan di atas.
3. Setelah sebati, tapis dan masukkan ke dalam labu.
4. Panaskan pengukus dalam 10 minit, baru masukkan buah labu tadi. Kukus sehingga masak.
Cinnamon roll memang sedap jadi hidangan waktu petang. Memang boleh buat sendiri tapi mengenangkan nak membuatnya kena uli doh bagai ramai yang lebih suka...