Disebabkan penutupan restoran tempat ayahnya berniaga, Mohamad Shukri bin Selamat tekad untuk memulakan bisnes satenya sendiri. Terhasillah gerai yang diberi nama SB Satay Bakar. Beliau beranggapan sayang jika resipi sate yang ayah hasilkan sejak bertahun-tahun dulu hilang begitu saja. Strategi baru yang diusulkan adalah dengan membuka kiosk di lokasi yang dirasakan bakal mendapat permintaan yang tinggi.
Pada 1 Februari lepas, kiosk SB Satay Bakar memulakan operasi di Vista Alam, Seksyen 14 Shah Alam. Turut ada ialah di Restoran Khalifah, Seksyen 3 Shah Alam. Ternyata percaturan membuka gerai sate dengan resipi ayahnya menjadi.
"Kami memilih bisnes sate ini kerana ingin menyambung kembali warisan daripada ayah. Lagipun, ini adalah impian daripada arwah ibu kami. Arwah ibu pernah cakap secara gurauan nak membuka bisnes sate. Dia suka tengok orang bisnes sate yang popular suatu ketika dahulu di pekan Sungai Besar. Jadi bila kedai sate ayah kena tutup, kami buka di Shah Alam. Guna resipi sate yang ayah selalu buat. Rasanya tetap sama," ujar Shukri.
Menurut Shukri, bahan asas membuat sate ini adalah bahan segar. Ayam yang digunakan adalah ayam segar. Manakala daging pula, mereka gunakan bahagian batang pinang atau tenderloin untuk memastikan sate lebih lembut. Sate dijual pada harga RM1.10 (ayam), RM1.40 (daging), RM2.20 (kambing) dan RM2.50 (arnab), RM1.50 (perut), RM1.20 (sosej) dan turut ada ialah sate frozen (RM20 hingga RM25)
"Kami menggunakan rempah-ratus traditional seperti jintan manis dan jintan putih untuk menaikkan rasa sate. Diperap sempurna sebelum dicucuk ke lidi dan dibakar. Resipi asal ayah memang sangat sedap dan terbukti kerana ada ramai pelanggan ayah yang beri komen positif. Kami teruskan legasi ayah di samping menggembirakan ayah. Tagline lembut dan juicy tu memang sangat kena dengan sate resipi ayah," ujarnya lagi yang menegaskan SB Satay Bakar turut menjadi pengedar kepada individu yang ingin membukan bisnes sate.
.
.
.
.
.
Nama gerai: SB Satay Bakar
Pemilik: Mohamad Shukri Bin Selamat
Lokasi: Vista Alam, Seksyen 14 dan Restoran Khalifah Seksyen 3, Shah Alam
Waktu operasi: Jumaat (4 pm – 10.30 pm) dan Sabtu, Ahad, Selasa, Rabu, Khamis (12 pm – 10 pm), Isnin (tutup)
Korang nak beli BLENDER baru tak? Jom klik sini untuk tengok BLENDER BARU
. Nanti boleh kisar bawang nak masak daging masak hitam dengan blender. Yeeha!Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
NAK RESIPI LAIN? Klik sini:
https://rasa.my/resipi-oreo-cheesecake-yang-mantap/
https://rasa.my/lelaki-ini-olah-roti-jadi-biskut-kering-bergula-kreatif-sungguh/
https://rasa.my/perghhh-mantap-sungguh-gulai-ikan-tenggiri-paling-power-ni/
Jom tengok video ni
https://www.youtube.com/watch?v=8z9E4CUDm5Q&list=PLeFxvDQwYge2Z4S3GiUhGD-X4hTKVMcL_&index=7