Ayam goreng kunyit makan panas-panas memang dah sedap, tapi kalau nak lagi sedap ada bahan ekstra yang kita kena tambah.
Selain gaul dengan garam dan kunyit untuk sebelum menggoreng, tambah sikit dengan tiga bahan ini iaitu serbuk cili, serbuk kari dan bawang putih.
Hasilnya ayam goreng yang digaul dengan bahan ini memang akan jadi lebih sedap kerana bahan tambahan tadi akan meresap sampai ke dalam isi ayam. Confirm lepas cuba, kita akan tukar cara buat ayam goreng ikut stail Nurul Ateekah ini.
Cara buat ayam goreng jadi lebih sedap dari biasa
Ayam goreng memang sedap, kebiasaan orang akan letak kunyit dan garam tapi saya setiap kali goreng ayam akan gaulkan sekali bahan ini;
-1 sudu besar serbuk cili
-1 sudu kecil serbuk kunyit
-1 sudu besar serbuk kari ikan
-Serbuk perasa 1 sudu kecil
-Garam ½ sudu kecil
-Bawang putih 2 ulas ditumbuk halus
Perapkan ayam dengan bahan di atas dalam 30 minit kemudian goreng.
Saya guna bahagian kepak ayam dan campuran bahan yang diperap tadi akan serap sampai ke isi. Bila goreng, hasilnya jadi garing di luar,juicy di dalam.
Saya jamin siapa yang cuba ayam goreng cara ni mesti akan rajin goreng ayam.
Selamat mencuba.
Sumber: Nurul Ateekah
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Selain Minuman, Ini 5 Kegunaan Air Kelapa Muda Dalam Masakan.
Selama ini air kelapa muda terkenal sebagai minuman, sesuai dengan manfaatnya untuk kesihatan seperti mengelakkan dihidrasi dan menurunkan tekanan darah tinggi. Sebab itulah air kelapa antara minuman yang menjadi pilihan ramai terutamanya di musim panas ini. Tetapi tahukan korang bahawa air kelapa muda juga boleh menyedapkan makanan. Ini antara sebab air kelapa dimasukkan dalam masakan.
Memberikan Rasa Manis Semulajadi Makanan.
Air kelapa muda mempunyai rasa manis semulajadi, menjadikan makanan kaya dengan rasa, Contohnya jika anda menggunakan air kelapa merebus ayam penyet,ia menjadikan ayam rebus lebih berperisa, lembut dan sedikit rasa manis apabila air kelapa bersatu dengan bahan perencah rebusan ayam. Lebih sedap jika air rebusan itu dijadikan air bancuhan campuran tepung untuk membuat seredak rangup untuk ditaburkan di atas ayam goreng.
Menyedapkan Rasa Makanan.
Selain rasa manis, air kelapa muda juga memberikan rasa sedap yang unik pada masakan. Caranya gunakan air kelapa untuk memerah santan, cara ini boleh korang manfaatkan untuk gulai lemak, rendang, tomyam atau opor ayam, gerenti korang akan rasa kelainan dan keenakannya.
Menambah Aroma Masakan.
Selain memberikan rasa, air kelapa muda juga boleh membangkitkan aroma masakan, sebab itu masak apapun yang menggunakan air kelapa ia akan membangkitkan aroma masakan tersebut. Contohnya dalam menu kuih muih dan pudding.
Menghilangkan Bau Hanyir Dalam Masakan.
Seiringan dengan memberikan aroma dalam masakan, bau hanyir dalam masakan juga turut hilang, malah boleh melembutkan daging. Sangat berguna digunakan untuk menghilangkan bau pada daging kambing, caranya korang hanya perlu rendam daging kambing lebih kurang 30 minit. Boleh juga dipraktikkan pada ikan untuk menghilangkana bau hanyir, tetapi hanya 2-3 minit sahaja. Jangan lama, bimbang isi ikan akan hancur bila dimasak nanti.
Mengempukkan Daging.
Daging yang keras dan liat boleh lembut dengan menggunakan air kelapa muda. Caranya rendam daging tersebut lebih kurang 15-30 minit. Boleh juga gunakan air kelapa untuk bahan perapan satey ayam atau daging.
Usah Dibuang Kulit Pisang, 4 ‘Keajaibannya Jarang Orang Tahu .
Buah pisang adalah makanan pemberi tenaga yang tinggi dibandingkan dengan buah-buahan lain. Rasanya cukup enak dimakan begitu sahaja atau dijadikan kuih-muih. Biasanya kita ambil isinya kemudian kulitnya terus dibuang kan.
Haa tunggu dulu,rugi kalau buang kulit pisang ni. Apa tidaknya ada banyak ‘keajaiban’ tersembunyi yang boleh dimanfaatkan dari kulitnya. Dari menjaga kecantikan hinggalah kepada membersihkan barangan.
Ni 4 manfaat kulit pisang yang jarang orang tahu…
1. Mengurangkan Jerawat Dan Anti Kedutan
Kulit pisang mengandungi vitamin C, E , kalium dan zink, besi dan mangan. Khasiat ini dapat meredakan kulit yang meradang dan mengurangkan jerawat. Selain itu ia juga mengandungi lutein dan karotenoid yang juga memabntu masalah jerawat yang kronik dan membengkak.
Caranya :gosok kulit pisang pada kulit muka dengan lembut dan biarkan selama 5 hingga 10 minit. Setelah itu bilas dengan air. Lakukan cara ini dua kali sehari.
Berita baik untuk wanita ni, kulit pisang juga mampu melawat kesan kedutn di wajah. Anti oksidan dan vitamin C dalam pisang dapat membantu mengurangkan timbulnya garis-garis kedutan.
Caranya : Gosok kulit pisang ke kulit muka anda terutamanya di bahagian yang sudah mulai hilang keanjalannya dan biarkan selama 30 minit atau semalaman. Lalu cuci muka dan lembabkan (dengan pelembab). Ulangi setiap 3 kali seminggu.
2. Pembersih Perak dan Menarik Serpihan Kaca
Jika barangan perak mulai kusam dan hilang kilauannya, cubalah bersihkannya dengan menggunakan kulit pisang. Zat potassium yang terkandung pada bahagian dalam kulit pisang mampu membersihkan peralatan atau perhiasan logam.
Caranya: Ambil kulit pisang dan letakkan dalam blender/pengisar. Tambahkan setengah cawan air dan kisar sehingga menjadi pes. Gosokkan barangan perak korang dengan pes ni selama beberapa minit
Selain untuk logam, kulit pisang juga memiliki ‘keajaiban’ yang lain, iaitu membersihkan serpihan kaca yang masuk ke dalam kulit. Macam tak percaya je, kan.
Kulit pisang kaya dengan enzim yang mempunyai tindakan menarik dan mampu menarik subjek asing yang termasuk atau tercucuk ke permukaan kulit kita.
Caranya: Sapukan kulit pisang masak ke kawasan yang terkena tu dan kemudian biarkan selama 15 minit. Buang dengan lembut tanpa menggosokkannya pada kulit. Kemudian tanggalkan serpihannya.
2. Menghilangkan Kegatalan dan Parut Luka
Kulit pisang memiliki kemampuan untuk mengurangkan gatal-gatal pada kulit, kesan bengkak kemerahan dan kesan parut
Caranya: Ambil kulit pisang dan sapukan kepada bahagian terkena, biarkan selama satu jam atau semalam. Ulangi setiap hari.
Dah mulai hari ini tak perlu beli krim gatal yang mahal untuk mengatasi kegatalan pada kulit. Kulit pisang boleh menjadi ubatnya. Kulit pisang mengandungi histamin dan khasiat seperti magnesium, vitamin C dan vitamin E . Gunakanlah kulit pisang untuk menghilangkan kegatalan akibat gigitan nyamuk atau serangga.
Caranya: Sapukan kulit pisang ke kawasan kulit yang gatal. Biarkan selama 10 hingga 15 minit.
4. Pemutih Gigi dan Menghilangkan Sakit Kepala
Kulit pisang masaksangat kaya dengan potasium yang dapat membantu mengurangi kesan kuning pada gigi.
Caranya: Setelah memberus gigi, gosokkan bahagian dalam kulit pisang pada gigi selama 2 minit, bilas dan lakukannya pada setiap hari. Jadikan ia sebahagian dari rutin harian ketika menggosok gigi..
Jika hendak merawat pening atau migrain, kulit pisang ada manfaatnya. Korang hanya perlu meletakkan kulit pisang di dahi dan di belakang leher. Zat kalium yang dikandung dalam kulit pisang membantu meringankan rasa sakit kepala.
Caranya: Masukkan kulit pisang ke dalam freezer selama satu jam. Gosok lembut dan letakkan sebaris kulit ke dahi korang dan dan satu ke belakang leher Anda. Biarkan hingga menjadi hangat. Ulang lagi jika masih rasa sakit kepala.
INGIN MENCARI PERKAKAS DAPUR & RUMAH YANG MEMUDAHKAN KERJA RUMAH ANDA, JOM LAYARI DI SINI.
ANDA MUNGKIN MENYUKAI VIDEO MASAKAN INI :
ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI :
https://www.rasa.my/kek-pisang-gebu-dan-lembap/
5 Tip Masak Lemak Santan Tak Pecah, Korang Boleh Cuba.
Alamak santan pecah, mesti geramkan. Sebenarnya istilah ini merujuk pada santan yang digunakan sebati dengan kuah masakan. Hasilnya kuah lemak tidak cantik teksturnya dan kurang lemak, aroma santan juga tidak naik. Korang jangan bimbang, ini ada tip RASA kongsikan sebagai penyelesaian masalah ‘santan pecah’.
Gunakan Api Sederhana
Gunakan api sederhana sahaja kerana api yang besar boleh menyebabkan santan cepat pecah kerana kuah akan cepat mendidih dan letusan glembung kuah akan memecahkan santan. Biar lamat asal selamat.
Sentiasa Kacau
Cara ini mungkin ramai yang tahu, Pastikan anda sentiasa kacau terus menerus demi memastikan santan tidak pecah terutamanya apabila kuah mula mendidih. Tidak boleh menyambil dengan kerja lain atau berhenti mengacaunya.
Tambah Tepung Beras
Sebelum masukkan santan dalam masakan, campurkan santan dengan sedikit tepung beras, kacau rata supaya campuran tepung beras sebati dan larut sekata. Dengan cara ini kuah dapat bersatu dengan santan dengan lebih sempurna.
Masukkan Santan Cair Dulu
Ada beberapa jenis masakan yang menggunakan santan cair dan pekat. Di mana santan cair dimasukkan dahulu bersama bahan perencah dimasak atau ditumis hingga mendidih. Santan pekat dimasukkan di akhir masakan dan api perlu dikecilkan dan tetap perlu sentiasa dikacau.
Gunakan Santan Segera
Santan segera penyelesaian mudah untuk mengelakkan santan dari pecah tetapi aromanya tidak sama dengan santan segar, namun ia memastikan kuah lemak anda lebih sempurna. Apapun rasa tetap ditentukan oleh air tangan anda yang memasak.
Selamat mencuba.