
Pulut Inti, antara menu pulut tradisional yang masih kekal disukai ramai sehingga kehari ini. Anda yang menyukai pulut ini boleh cuba membuatnya kerana kebanyakan bahannya ada di dapur anda. Bagi yang baru nak mencuba, berikut dikongsikan resipinya. Memang tak menyesal anda cuba dan tak perlu keluar rumah hanya sekadar nak beli pulut initi.
PULUT INTI:
BAHAN-BAHAN:
INTI:
1/2 biji kelapa parut
3 keping gula melaka
sedikit gula putih (ikut citarasa masing-masing)
sedikit air
2 sudu besar tepung gandum
2 helai daun pandan disimpul
secubit garam
PULUT:
4 pot beras pulut | rendang 2-3 jam
3 pot santan daripada 1/2 biji kelapa
garam secukup rasa
2 helai daun pandan disimpul
BAHAN LAIN:
Daun pisang
Daun pandan
CARA MEMASAK:
- Untuk memasak pulut: Sediakan periuk pengukus. Bersihkan beras yang telah direndam terlebih dahulu, toskan.
- Masukkan garam ke dalam santan kemudian tuang ke dalam bekas beras pulut dan masukkan daun pandan yang disimpul tadi.
- Kukus pulut, selepas 10 minit, kacau pulut. Masak lagi 10 minit.
- Setelah masak biarkan sejuk sebelum membungkus.
- Sementara pulut sejuk sediakan inti kelapa: Satukan gula melaka, gula putih, daun pandan, secubit garam dan sedikit air.
- Masak hingga gula larut. Masukkan kelapa, kacau sebati, kemudian masukkan tepung gandum dan kacau rata.
- Masak hingga kering dan sentiasa dikacau hingga masak. Tutup api.
- Sejukkan inti dahulu sebelum membungkus.
- Untuk membungkus, layukan daun pisang terlebih dahulu. Potong daun pisang mengikut saiz yang sesuai.
- Ambil sedikit pulut. Letak daun pandan, kemudian letak inti secukupnya.
Kredit: resipi viral
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sup Cendawan Shiitake Enak Berkrim…Ala-ala Ikea Super Ummph.

Malam-malam ni kalau bosan nak makan berat-berat, ummph syok betul kalau dapat hirup sup cendawaan shitake. Kalau nak beli kafe mau terbang Rm 7 lebih semangkuk. Kalau buat homemade boleh guna cendawan segar dan sesuai untuk mereka yang ‘umatnya’ ramai…hehehe.
Ni min kongsikan resipi dari Nana Aziz untuk dicuba, buatlah nanti kejap aje buatnya. Yang penting cendawan shiitake memang diakui berkhasiat. Kalau makan di kafe atau restoran, ntah-ntah dihidang dari dalam tin aje.
SUP CENDAWAN SHIITAKE ALA IKEA

BAHAN-BAHAN :
- Sepeket cendawan shitake | separuh racik dan separuh dikisar

Bahan dikisar Bersama :
- 6 keping keju
- 1 kiub ayam
- 6 sudu besar susu tepung
- Air secukupnya ikut kepekatan

- 4 sudu besar tepung gandum | dibancuh dengan secawan air
- Sedikit daun parsley kering
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Ambil bahan yang dikisar bersama, masukkan dalam kuali atau periuk bertangkai. Didihkan hingga mendidih dengan api yang sederhana.
2. Apabila sudah mendidih baru masukkan bancuhan tepung, cendawan yang diracik dan bahan-bahan lain. Jangan tinggalkan kacau sehingga pekat.

3. Kalau kurang pekat tambah lagi bancuhan tepung tadi.
Selamat mencuba
Resepi : NanaAziz
6 Hidangan Pasta Hidangan Lazat Terlajak Rajin. Sedap Menyelerakan!


Gemar masakan barat terutama pasta tapi bosan asyik masak menu biasa. Ubah selera dengan pelbagai resipi pasta yang membuat anda berselera.
1. SEAFOOD PASTA
BAHAN-BAHAN:
- 300gm pasta penne
- 5-6 ekor kepah
- 5-6 ekor udang
- 3 ulas bawang putih cincang halus
- 4 sudu makan pes tomato
- 2 sudu makan minyak zaitun
- 2 sudu makan cincangan daun parsli
- Garam, lada hitam dan lada sulah secukup rasa
- Air secukupnya
CARA MEMASAK:
- Didihkan air yang banyak di dalam kuali dengan sedikit garam. Celur pasta selama 8-10 minit dan toskan. Simpan di tempat yang suam. Ketepikan.
- Panaskan minyak zaitun di dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi.
- Masukkan kepah, udang dan pes tomato. Didihkan selama 6-8 minit.
- Tambah garam, lada hitam dan lada sulah secukup rasa.
- Masukkan pasta rebus dan cincangan daun parsli. Gaul sebati dan hidangkan segera.
INFO CHEF: Boleh tambah/guna seafood mengikut bajet anda.

2. PESTO PASTA
BAHAN-BAHAN:
- 1 paket pasta panjang – spageti/tagliatelle/linguine/fettucine
- 2 cawan cincangan daun basil segar
- ½ cawan keju parmesan/romano | parut halus
- ½ cawan minyak zaitun
- ¼ cawan kacang pain |panggang
- 5 ulas bawang putih
- Garam dan lada hitam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Didihkan air yang banyak di dalam periuk. Rebus pasta mengikut arahan pada bungkusan dan toskan. Ketepikan.
- Untuk membuat sos pesto; Satukan semua bahan kecuali keju, garam dan lada hitam di dalam mesin pengisar.
- Kisar sehingga semua bahan lumat.
- Tambah garam dan lada hitam secukup rasa.
- Tuangkan sos pesto dan parutan keju ke atas pasta rebus dan gaul sebati. Sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jika suka, boleh tambah lebih keju.

3. PEPPERONI PASTA
BAHAN-BAHAN:
- 400gm pasta pendek pelbagai warna
- 600gm tomato dalam tin
- 220gm pepperoni
- 1 biji cili benggala merah |cincang dadu
- 1 biji bawang besar | cincang dadu
- 2 sudu makan cincang daun parsli
- 1 sudu makan pes tomato
- 1 sudu teh paprika
- Garam dan lada sulah secukup rasa
- Minyak zaitun secukupnya
- Air secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan dua sudu makan minyak zaitun di dalam kuali. Tumis bawang besar hingga wangi selama 5 minit dengan api yang sederhana.
- Masukkan pula cincangan cili benggala, tomato dan pes tomato. Tambah paprika. Kacau sekata. dan didihkan beberapa minit.
- Masukkan pepperonidan sedikit daun parsli. Tambah garam dan lada sulah secukup rasa. Didihkan selama 5 minit lagi.
- Sementara itu, didihkan air yang banyak di dalam periuk bersama sedikit garam. Celur pasta pelbagai warna selama 8-10 minit dan toskan. Tuang ke dalam pinggan hidang.
- Tuang sos ke atas pasta dan tabur lebihan daun parsli cincang. Hidangkan segera.
INFO CHEF: Jika mahu lebih pedas, boleh tambah lebih serbuk paprika.

4. LINGUINE ALLA PUTTANESCA
BAHAN-BAHAN:
- 300gm linguine
- 400gm plum tomatoes
- 10 ekor anchovy fillets (dalam tin)
- 3 ulas bawang putih |cincang halus
- 3 sudu makan minyak zaitun
- 1 sudu makan capers | toskan
- ¾ cawan buah zaitun | cincang kasar
- Secubit serbuk cayenne
- Garam dan lada sulah secukup rasa
- Cincangan daun parsli secukupnya
CARA MEMASAK:
- Didihkan air yang banyak di dalam periuk bersama sedikit garam. Rebus linguineselama 8-10 minit dan toskan. Simpan di tempat suam. Ketepikan.
- Tomato dicelur, buang kulit dan cincang. Ketepikan.
- Panaskan minyak zaitun dalam kuali. Masukkan cincangan bawang putih dan tumis hingga wangi.
- Masukkan fillet anchoviesdan hancurkan sedikit. Tambah capers, buah zaitun dan cincangan tomato. Tambah serbuk cayenne dan didihkan selama 20 minit.
- Gaul sos tadi bersama linguinerebus dan tabur cincangan daun parsli. Hidangkan segera.
INFO CHEF: Capers adalah buah daripada tumbuhan berasal dari Mediteranian. Bentuknya kuncup kecil dengan warna kehijauan. Biji ini memiliki kelopak yang lembut. Biasanya diawetkan dengan diberikan garam dan dimasukkan dalam larutan cuka.

5. CREAMY RAVIOLI
BAHAN-BAHAN:
- 400gm doh pasta segera |nyah bekukan
- 120gm dada ayam | cincang halus
- 120gm hirisan cendawan
- 50gm cincangan bayam muda
- 1 labu bawang besar | cincang halus
- 3 ulas bawang putih |cincang halus
- 6 sudu makan parutan keju romano
- 2 sudu makan cincangan daun basil segar
- 1 cawan krim masakan
- 2 biji telur | pukul dengan garpu
- Secubit serbuk buah pala
- Garam dan lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat inti; Satukan ayam, separuh daripada bayam, bawang besar di dalam mesin pengisar hingga hancur. Tuang ke dalam mangkuk. Ketepikan.
- Tambahkan separuh daripada keju, sebiji telur dan serbuk buah pala. Tambah garam dan lada sulah secukup rasa. Gaul sebati.
- Doh pasta yang lebar dipotong dua. Sendukkan sesudu teh inti ayam tadi dan letakkan berjarak di atas dos pasta hingga menjadi 10-15 ketul. Ambil sekeping lagi doh pasta dan tutup ke atas doh yang berinti tadi. Potong setiap bahagian yang berinti menggunakan pemotong bergerigi dan membentuk ravioli segi empat sama bersaiz 4-5cm. Beruskan sebiji lagi telur ke bahagian tepi ravioli bagi mengelakkannya terbuka.
- Sementara itu, di dalam periuk, panaskan air dalam kuantiti yang banyak lalu celur ravioli selama 5 minit dan toskan. Letak ravioli ke dalam pinggan menghidang. Ketepikan.
- Di dalam kuali leper, panaskan krim masakan selama seminit. Tambah cincangan bawang putih, hirisan cendawan, lebihan daun bayam dan lebihan keju lalu didihkan seminit lagi. Sesuaikan rasanya dengan menambah garam dan lada sulah secukup rasa.
- Tuang kuah krim ke atas ravioli dan hias dengan cincangan daun basil dan parutan keju. Hidangkan segera.
INFO CHEF: Hidangan yang mengenyangkan.

6. CHICKEN TORTELINNI
BAHAN-BAHAN:
- 450gm doh pasta segera |nyah bekukan
- 120gm dada ayam |cincang dan celur hingga empuk
- 1 labu bawang Bombay | cincang halus
- 2 sudu makan cincangan daun parsli
- 50gm bayam muda
- 2 sudu makan parutan keju parmesan
- 1 biji telur |pukul dengan garfu
- Secubit ‘allspice’
- Garam dan lada sulah secukup rasa
BAHAN-BAHAN SOS:
- 1 ½ cawan krim masakan
- 120gm cendawan butang | hiris nipis
- 3 ulas bawang putih | cincang halus
- 4 sudu makan parutan keju parmesan
- Garam dan lada sulah secukup rasa
- Cincangan daun parsli |untuk hiasan
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat inti; Di dalam mesin pengisar, satukan ayam, bayam dan bawang lalu kisar halus dan sebati.
- Tuang ke dalam mangkuk. Tambah allspice, parutan keju, telur, garam dan lada sulah secukup rasa. Gaul sebati. Ketepikan.
- Potong doh pasta kepada 4-5 cm dalam bentuk bulat. Sudukan inti tadi ke dalam doh pasta dan lipat dua (seperti membuat karipap). Kemudian temukan kedua-dua hujung doh dan pintal sedikit agar tidak terbuka untuk membentuk tortellini. Ketepikan.
- Sementara itu, di dalam periuk, panaskan air yang banyak dengan sedikit garam. Celur tortellini selama 5 minit dan toskan. Letakkan tortellini ke dalam pinggan menghidang. Ketepikan.
- Untuk membuat sos; panaskan krim masakan di dalam kuali selama tiga minit. Tambah hirisan cendawan, separuh parutan keju lalu perasakan dengan garam dan lada sulah secukup rasa. Tutup api dan tuang sos ke atas tortellini. Tabur lebihan keju dan hias dengan cincangan daun parsli. Hidangkan segera.
INFO CHEF: Pastikan ketika anda membentuk tortellini, lipatannya tidak terbuka untuk menggelakkan isinya terkeluar.
ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:
http://www.rasa.my/hanya-7-bahan-mudah-macaroni-cheese-serta-brokoli-cendawan-super-yummy/
Memang Mantap Rasa Spageti Olio Grilled Chicken Sampai Boleh Berebut Makan
http://www.rasa.my/hanya-guna-10-bahan-untuk-dapat-carbonara-super-creamy/
Patutlah Viral Resipi Ayam Goreng Bawang Putih Ni, Memang Sedap!

Sedapnya Ayam Goreng Bawang Putih ni. Patutlah viral dan ramai yang cuba. Resipi ringkas dan sedap yang dikongsikan saudari Affieyza Isahak ini, sangat mudah dan berbaloi untuk dicuba. Penggunaan bawang putih ketika menggoreng, mesti kejadiannya wangi dan enak. Bila dimakan, ayamnya terasa rangup namun masih ‘juicy’ didalam. Tak jemu lah! Jom cuba. Anda sekeluarga pasti suka.
RESIPI AYAM GORENG BAWANG PUTIH VIRAL

BAHAN KISAR:
1 biji telur
1 biji bawang merah besar* – beli online di sini
3 ulas bawang putih* – beli online di sini
1 inci halia*
BAHAN-BAHAN:
Ayam (boleh guna ½ ekor – dipotong)
2 sudu besar sos tiram – beli online di sini
Kiub pati ayam (ikut anggaran ayam banyak mana yang digunakan)
Serbuk perasa & gula
2-3 sudu besar tepung ubi – beli online di sini
CARA MEMASAK:
1. Kisar semua bahan kisar.
2. Kemudian, tuang ke atas ayam yang telah dipotong-potong.
3. Campurkan bahan lain. Gaul dengan ayam dan perap seketika. Lagi lama lagi bagus.
4. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ayam seperti biasa.
5. Masa alihkan ayam tu, tabur beberapa ulas bawang putih yang tidak dibuang kulit setelah dicuci.
6. Ikutkan video asal, ayam digoreng dua kali untuk dapatkan lebih kerangupan.
7. Tapi saya goreng sekali saja sampai betul-betul garing. Bila dah masak, angkat dan toskan.
Kredit resipi & foto: Novelis Affieyza Isahak
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Kerap Disangka Wanita, Chef Ini Kreatif Hasilkan Donut Pelangi
Hidangan Pencuci Mulut Durian Crepe, Sedap Makan Sejuk-Sejuk
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

2. Kemudian, tuang ke atas ayam yang telah dipotong-potong.
3. Campurkan bahan lain. Gaul dengan ayam dan perap seketika. Lagi lama lagi bagus.
4. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ayam seperti biasa.
5. Masa alihkan ayam tu, tabur beberapa ulas bawang putih yang tidak dibuang kulit setelah dicuci.
6. Ikutkan video asal, ayam digoreng dua kali untuk dapatkan lebih kerangupan.
