Oden merupakan sejenis makanan musim sejuk bagi masyarakat Jepun yang terdiri dari bahan-bahan seperti telur rebus, lobak putih, kek ikan dan sebagainya yang dimasak di dalam sup. Kiranya lebih kurang macam yong tau fu lah tapi lebih berkuah. Hidangan Oden ni mula popular di Malaysia sejak diperkenalkan di Family Mart hinggakan ramai sanggup beratur panjang demi menikmati semangkuk Oden ni. Bagi yang nak cuba masak sendiri hidangan ni, resipi Oden homemade perkongsian saudari Rosmaliza Omarni boleh dicuba.
RESIPI ODEN HOMEMADE ALA FAMILY MART
Ads
BAHAN-BAHAN: 1 peket perencah Asam Pedas Adabi – beli online disini 1 peket perencah Tom Yum Adabi – beli online disini Bahan-bahan Yong Tau Foo (fishball, fishcake, filamen ketam dan lain-lain) 2 sudu teh gula 1 kiub pati ayam – beli online disini Air secukupnya 1 tangkai daun ketumbar – dicincang kasar
CARA MEMASAK: 1. Masukkan air ke dalam periuk dan masukkan perencah Asam Pedas dan perencah Tom Yum. Jika nak kuah pekat boleh tambah lebih perencah lagi. 2. Masukkan kiub pati ayam dan gula. Biarkan mendidih sekejap baru masukkan bahan-bahan Yong Tau Foo yang dicucuk dengan lidi sate. 3. Biarkan mendidih dan perencah meresap masuk ke dalam bahan yong tau foo. 4. Tutup api dan taburkan daun ketumbar yg di cincang kasar. Siap bolehlah dihidang panas.
Nasi himpit (atau nasi impit) atau nasi kapit merupakan sejenis makanan tradisional Malaysia dari beras yang sering dimakan bersama kuah kacang. Ia juga sering dimakan bersama hidangan sate atau soto. Nasi impit juga adalah antara hidangan wajib di hari raya yang paling mudah dibuat. Bukan saja di hari raya, pada hari-hari biasa pun kadang-kadang tekak rasa teringin nak makan. Terutamanya bersama kuah sate atau kuah lontong. Anda sebenarnya boleh berjimat sehingga 200% apabila buat sendiri kerana hanya bermodalkan beras dan plastik aiskrim sahaja. Jika dibandingkan dengan harga nasi impit ‘instant’, buat sendiri lebih jimat dan dapat dianggarkan kuantitinya dengan lebih tepat.
Tak Perlu Lagi Beli Nasi Impit ‘Instant’. Jimat 200%!
Ia sangat mudah, cepat dan menjimatkan. Cara-cara untuk membuatnya juga mudah untuk anda ikuti.
Bahan-bahan:
Beras
Daun pandan
Air
Plastik aiskrim Malaysia
Cara memasak:
Cuci beras dan toskan sehingga kering.
Isi beras 1/3 atau separuh daripada bahagian yang nak diikat. (boleh juga menggunakan stapler)
Cucuk lubang pada plastik aiskrim menggunakan garfu.
Masukkan bekas plastik aiskrim yang diisi beras ke dalam periuk besar dan masukkan daun pandan sekali.
Rebus sehingga masak. Tunggu sehingga sejuk sebelum dipotong.
Petua Masak Nasi Impit Lebih Lembut
Nasi impit boleh tahan lama, betul ke? Bukankah nasi Impit memang sudah disukat dengan standard agar apabila masak ia sekata lembut dan lembiknya. Tetapi sesekali ada juga nasi Impit yang keras terutamanya apabila telah sejuk. Nasi Impit sudah tidak lembut lagi. Silap haribulan, masuk tong sampah nasi Impit tersebut. Memasak nasi Impit segera tidak sesukar mana. Tetapi kadangkala nasi Impit yang kita masak seperti keras, tidak lembut terutamanya ketika sejuk.
Masak nasi impit segera dengan menggunakan bekas periuk yang lebar. Jumlah air mestilah lebih banyak hingga bungkusan ketupat/nasi impit segera itu tenggelam. Masukkan sedikit garam. Gunakan api sederhana. Masak anggaran 1 1/2 jam. Pastikan bungkusan nasi impit telah kembang. Biarkan tos betul-betul. Lepas 2 jam boleh masukkan dalam peti ais untuk hasil yang lebih licin.
Nak tahu petua supaya nasi Impit segera anda tahan lama, lebih kurang 5 hari? Ada caranya. Semasa merebus nasi impit tersebut masukan sekeping atau dua asam gelugur ke dalamnya. Harus diingat, jangan rebus nasi impit terlalu lama. Bila nasi impit telah kembang, angkat dan toskan.
Sesekali masak Ikan Pari Kuh Lada, masakan popular orang Melaka memang layan, rasa pedas hangat dan sedap ni memang mengundang selera makan. Jika anda memasaknya, jangan lupa buat lebih kerana, lagi diperangatkan kuah akan menjadi lebih sedap. Selain makan dengan nasi, lauk ini juga sedap dicicah dengan roti jalan, roti dan roti canai. Terpulang pada citarasa anda dan keluarga. Untuk resipi penuh, berikut dikongsikan resipinya.
IKAN PARI MASAK KUAH LADA BAHAN-BAHAN:
1kg ikan pari | potong sederhana
15 tangkai cili kering | kisar
1 keping kelapa bakar | hiris kecil dan tumbuk hingga jadi seperti kerisik
1 cawan air asam jawa
2-3 helai daun limau purut
2 biji tomato | belah empat
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan minyak masak Bahan Kisar:
2cm halia
3cm kunyit hidup
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit belacan Bahan Goreng Sangai & Kisar:
1 sudu makan jintan manis
1/2 sudu makan jintan putih
1 sudu makan lada hitam
CARA MEMASAK:
Tumiskan bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan cili kering kisar, kacau rata hingga pecah minyak.
Seterusnya masukkan kelapa bakar yang telah ditumbuk tadi.
Apabila timbul minyak, masukkan ikan dan air asam jawa. Tambahkan air secukupnya.
Setelah mendidih masukkan daun limau purut dan tomato.
Biasanya untuk hidangan malam, ramai yang suka sajian yang tidak terlalu berat. Antara hidangan yang boleh dinikmati adalah seperti menu berasaskan mi, bihun, spageti dan sebagainya. Nak masak pun senang dan tak renyah.
SPAGETI BOLOGNESE TELUR PUYUH
BAHAN-BAHAN:
300gm spageti | rebus dan toskan
20 biji telur puyuh | rebus dan buang kulit
3 sudu makan minyak zaitun
100gm daging kisar
1 biji buah tomato | dadu halus
150gm sos bolognese segera
1 sudu besar pes cili
1 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos cili
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk oregano
Garam dan gula secukup rasa
5 ulas bawang putih | cincang halus
1/2 biji bawang besar | dadu halus
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak zaitun dalam kuali, tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi.
Seterusnya masukkan pes cili dan terus kacau.
Setelah pecah minyak masukkan daging kisar, kacau hingga daging bertukar warna.
Masukkan sos bolognese, sos cili dan sos tomato, kacau rata.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Kemudian masukkan tomato yang telah didadu halus, serbuk lada hitama dan oregano.
Akhir sekali masukkan telur puyuh.
Kacau seketika dan tutup api.
Spageti sedia dihidangkan bersama sos bolognese telur puyuh.
INFO CHEF:Anda boleh hidangkan kuah berasingan dengan spageti atau boleh gaulkan sekali dengan kuah sebelum dihidangkan.