Kuih ini kelihatan seperti maruku, tetapi bukan. Ia adalah Cheese Stick, , rangup dan lemak. Sangat sedap dijadikan kudapan. Korang boleh cuba dan tambahkannya dalam senarai kudapan rasa anda semua.
Cheese Stick
BAHAN-BAHAN:
250gm tepung ubi
120gm keju parut kasar
50gm mentega
2 butir biji telur
Sedikit garam
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng
CARA MEMBUAT:
- Dalam mangkuk chopper masukkan keju parut, telur dan mentega. Kisar hingga halus.
- Tuangkan ke dalam bekas berisi tepung ubi.
- Uli hingga sebati dan doh lembut serta tidak lekat di tangan.
- Ambil sedikit doh gentel dengan memanjang dengan dua tapak tangan dan masukkan ke dalam kuali yang telah dipanaskan minyaknya menggunakan api sederhana.
- Tunggu kuih timbul baru kacau.
- Setelah bertukar warna kuning keemasan, boleh angkat.
- Lakukan sampai habis.
- Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.
By vitakwee