Sarapan patut diambil dan jangan sesekali skip sarapan. Ini kerana sarapan penting untuk mengekalkan metabolisme badan. Menyediakan sarapan ada kalanya memerlukan masa yang lama. Sibuk dengan rutin harian terutama waktu pagi, boleh sediakan sarapan roti goreng lemak manis. Juga dinamakan roti susu sebab dimasak menggunakan bancuhan susu pekat manis. Senang saja nak sediakan. Sedap dan boleh mengenyangkan.
ROTI GORENG LEMAK MANIS
.
BAHAN-BAHAN
3 biji telur ayam gred A
3 sudu makan susu pekat manis
Secubit garam
Roti potong (roti sandwic)
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT
1. Pecahkan telur ayam. Masukkan susu dan garam. Kacau sehingga sebati.
2. Potong roti ikut suka.
3. Bila minyak masak sudah panas, celup roti dalam adunan tadi. Kemudian goreng sampai masak.
4. Angkat. Sedia untuk dinikmati.
Gambar & resipi: Ratna Sari Zain
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI