Sedap & Tak Perlu Sira. Resipi Kuih Gegatas Ni Sesuai Untuk Anda Tak Suka Manis.

Share

Kuih Gegatas merupakan salah satu kuih tradisi masyarakat Banjar. Rasanya yang lemak-lemak manis pasti memikat selera. Namun ia agak sukar diperolehi. Jadi bagi yang nak rasa, boleh cuba resipi perkongsian saudari Nadia Ismail. Istimewanya, resipi yang dikongsi ini tidak terlalu manis kerana ia tidak disira. Sesuai sangat bagi anda yang tak berapa gemas kuih yang terlalu manis. Namun jika suka Kuih

Gegatas yang disira, boleh juga buat sedemikian. Ikut cita rasa masing-masing. Selamat mencuba.

RESIPI KUIH GEGATAS KURANG MANIS

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 biji kelapa parut
  • 2 cawan tepung pulut (beli online DISINI)
  • 2 senduk tepung gandum (beli online DISINI)
  • 1 sudu teh garam (beli online DISINI)
  • Air secukupnya
  • Gula – dikisar halus (beli online DISINI)

CARA MEMASAK:
1. Campurkan kelapa parut, tepung pulut, tepung gandum dan garam dalam bekas bersesuaian.

2. Uli dengan air hingga adunan menjadi sebati dan tidak melekat di tangan.

3. Bentukkan adunan menjadi leper dan lebar kemudian goreng menggunakan api sederhana hingga kekuningan.

4. Angkat, toskan kuih dan salutkan dengan gula yang telah dikisar terlebih dahulu. Ia akan menghasilkan Kuih Gegatas yang kurang manis.

5. Namun jika suka kuih yang disalut gula seperti kuih keria, boleh juga hasilkan sedemikian. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Nadia Ismail

 

Dapatkan pelbagai jenis KUALI NON-STICK berkualiti pada harga murah secara online DISINI

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Nak buat Kuih Getas Pandan versi sira? Boleh cuba resipi di bawah ni.

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Nur