Memang sedap sungguh makan daging air asam. Daging adalah hidangan utama untuk dimakan selain ayam dan ikan. Daging bakar adalah salah satu hidangan daging yang sangat sedap. Apatah lagi bila dimakan dengan air asam. Daging bakar yang lembut dan cita rasa air asam yang mengasyikkan membuatkan hidangan ini digemari untuk dimakan dengan nasi ataupun diratah begitu sahaja. Jom kita cuba masak.
Wow… Bulgogi Cendawan Shiitake ni nampak sangat sedap dan menyelerakan. Sesekali hiding menu ala Korea ni, pasti membuka selera. Menurut empunya resipi Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan, resipi ini sangat mudah dan versatil. Malah bahan-bahan yang digunakan juga tidak banyak dan mudah didapati. Rasa hidangan ini cukup dengan masin, manis dan pedas. Ada juga rasa masam yang boleh buat kecur liur. Sedapnya! Sekali masak, cukup untuk sajian 2-3 orang makan. Jom cuba. Anda pasti suka akan rasanya.
CARA MEMASAK: 1. Daging dihiris jadi kepingan nipis. Untuk mudah dipotong, hiris nipis dahing sebelum nyahbeku sepenuhnya dengan menggunakan pisau tajam.
2. Lumatkan halia dan bawang putih hingga jadi pes. Boleh cincang atau guna pengisar. Dalam masakan, dua bahan ini penting untuk memberi aroma segar.
3. Tumis pes bawang putih dan halia tadi.
4. Kemudian masukkan daging. Tumis lagi bersama pes tadi menggunakan api besar.
5. Bila daging sudah bertukar warna, masukkan kicap cair.
6. Kemudian masukkan empingan cili. Kalau tidak ada empingan cili, boleh kisar cili kering dengan pengisar kering. Boleh juga guna cili kisar. Yang penting ada rasa pedas.
7. Masukkan pes tomato. Pes ini bukan untuk beri rasa masam, tapi untuk beri rasa umami. Tomato kaya dengam monosodium glutamate. Ia boleh menjadikan masakan rasa lebih sedap.
8. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kalau nampak masakan ni terlalu kering boleh masukkan air sedikit.
9. Rendam cendawan shiitake hingga lembut. Kemudian buang tangkai dan hiris halus. Masukkan dalam kuali.
10. Potong daun bawang kasar-kasar dan masukkan dalam kuali. Goreng kilas. Penggunaan daun bawang memberikan rasa segar pada masakan ini.
11. Seterusnya masukkan sedikit cuka untuk beri sedikit rasa masam yang menyegat. Tak usah letak banyak. Tambah sedikit dahulu dan rasa. Kalau tak cukup, tambah lagi.
12. Tabur bijan yang telah disangai dengan secukupnya.
13. Renjis minyak bijan secukupnya. Sedia untuk dihidang.
INFO: Kalau mahu rasa yang lebih sedap, perap daging bersama dengan semua bahan dan barulah goreng kilas semuanya. Bulgogi ni boleh dipanggang atas bara api, atas plat pemanas atau guna kuali rata.
Menu Air Asam Perut ni memang sedap! Nak-nak bulan puasa ni, memang buka selera. Nak buat menu ni, bahan-bahannya ringkas sahaja namun hasilnya memang terbaik. Nak cuba buat sendiri di rumah? Ini resipi yang boleh dicuba!
AIR ASAM PERUT KITAB
BAHAN-BAHAN:
1/2 kg perut kitab – direbus sampai lembut
1 biji tomato – hiris kasar
1 tangkai daun kesum – hiris kasar
Garam, ajinomoto dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR KASAR:
4 biji cili/ cabai- jika nak pedas, lebihkan.
Jus limau nipis/asam jawa – nak masam, lebihkan.
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
CARA MEMASAK:
Hiris perut menjadi kepingan kecil.
Satukan perut, bahan kisar, bahan hiris dan perasakan secukupnya.
Daging jeruk tentunya membuka selera. Untuk menikmatinya, tak perlu masak terlalu lama. Hanya panaskan sedikit minyak dan goreng daging bersama hirisan bawang serta cili. Keenakan dan haruman bau daging jeruk goreng ni memang membuka selera. Jom cuba resipi mudah perkongsian saudari Salimah Olie ni. Sangat berbaloi.
DAGING JERUK HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Daging batang pinang ( tenderloin)
Lemon/limau nipis atau limau Kasturi – mana-mana yang ada dan mudah diperolehi
Garam halus secukupnya
CARA MEMBUAT:
1. Bersihkan daging dan hiris nipis.
2. Ambil bekas berpenutup kemudian susun kepingan daging menajdi lapisan pertama.
3. Tabur garam halus secukupnya dan perah jus lemon/limau nipis atau limau kasturi secukupnya.
4. Kemudian susun daging untuk lapisan kedua. Tabur garam dan perah limau secukupnya. Ulang langkah sama hingga kepingan daging habis.
5. Tutup bekas dan simpan dalam peti sejuk di ruangan biasa selama 2-3 hari.
6. Bila daging bertukar warna pucat, dah boleh dimasak dan dinikmati.
7. Untuk menikmati daging jeruk, panaskan sedikit minyak dalm kuali dan masukkan daging jeruk. Daging tidak perlu dibasuh.
8. Bila daging hampir masak, masukkan hirisan bawang besar dan cili. Gaul rata dan masak hingga layu.