Sedapnya Nangka Goreng ni. Salah satu resipi minum petang yang sangat mudah disediakan dan tidak menggunakan terlalu banyak bahan. Walaupun hidangan ini ringkas, rasanya memang sangat sedap dan membuka selera. Selalu buah nangka kita makan begitu sahaja tapi kali ini kita buat goreng.
Bagi mereka yang masih tercari-cari menu untuk minum petang, bolehlah cuba resipi nangka goreng seperti yang dikongsikan oleh Nawar Azhar ini.
BAHAN-BAHAN:
Isi buah nangka yang sudah masak (dipotong kecil-kecil, ketepikan)
Tepung beras*- BELI SINI
Tepung ubi*-BELI SINI
Gula pasir* (jika isi nangka sudah manis, tidak perlu tambah gula)-BELI SINI
Garam*-BELI SINI
Air*
Sedikit pewarna kuning (optional)
Ads
CARA MEMBUAT:
1. Campurkan bahan-bahan bertanda.* Kacau sebati.
2. Adunan tidak cair sangat dan tidak pekat sangat.
3. Masukkan isi nangka yang sudah dipotong ke dalam adunan tepung. Gaul sebati.
4. Apabila minyak sudah panas, masukkan isi nangka tadi. Goreng sampai kekuningan.
5. Toskan minyak dan bolehlah diangkat. Hidangkan ketika masih panas.
Ads
INFO: ~tiada sukatan tepat untuk bahan-bahan di atas. Tepung beras kena lebihkan sedikit dari tepung ubi. ~nangka goreng sedap di makan masa panas-panas.
Sumber kredit: Nawar Azhar via Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Jika selama ini kita hanya makan keledek yang direbus, kali ini Rasa nak kongsi resipi Keledek Bakar Berinti Ayam Sambal Berkeju yang sangat sedap dan mudah dimasak. Rasa manis keledek bercampur dengan kepedasan inti sambal ayam serta lelehan keju ini memang ‘ngam’. Setiap gigitan memberi keterujaan. Untuk regangan sempurna, jangan lupa gunakan Keju Perfect Italiano Mozzarella. Ia merupakan 100% keju semula jadi yang menambah rasa pada hidangan. Memang wajib cuba di rumah.
KELEDEK BAKAR BERINTI AYAM SAMBAL BERKEJU
BAHAN-BAHAN:
2-3 biji keledek – cuci bersih
250gram Perfect Italiano Mozzarella
Cincangan daun bawang secukupnya
BAHAN-BAHAN B (INTI):
150gram dada ayam – dadu kecil
80gram Anchor Unsalted Butter
2 sudu makan cili kisar
4 biji bawang merah – kisar
3 biji bawang putih – kisar
½ labu bawang holland – cincang kasar
1 sudu teh serbuk lada hitam
Garam & lada sulah secukupnya
CARA MEMASAK:
Bakar ubi keledek di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 45 minit atau hingga lembut.
Belah bahagian atas ubi keledek lalu keluarkan sedikit isinya.
Sementara itu, cairkan Anchor Unsalted Butter di dalam kuali. Tumis bawang putih kisar, bawang merah kisar dan cili kisar hingga cili masak. Masukkan ayam dan cincangan bawang holland lalu tumis hingga ayam empuk.
Tambah lada hitam, garam dan lada sulah secukup rasa. Gaul sebati. Sejukkan. Setelah inti sejuk, masukkan separuh Perfect Italiano Mozzarella ke dalam inti lalu gaul sebati.
Sendukkan satu sudu bahan inti tadi ke dalam ubi keledek bakar. Tabur separuh lagi Perfect Italiano Mozzarella.
Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 10-15 minit. Keluarkan dari ketuhar dan tabur cincangan daun bawang. Hidangkan panas.
JOM SERTAI PERADUAN #MYDAPURFLEX
Nak menang wang tunai RM1,000? Kalau tak pandai masak pun tak apa. Janji confident. Ha…Gitu! Jom join peraduan Flex & Menang.
Anda hanya perlu:
Kongsi GAMBAR atau VIDEO aksi memasak di Facebook dan Instagram.
Tag @majalahrasa @fonterra.my @DairyliciousMY. Sertakan juga hashtag #mydapurflex.
Tag 3 rakan anda. Pastikan akaun anda berada dalam tetapan umum.
Tak perlu masak menu hebat. Goreng telur pun boleh. Janji skill masak tu nampak power.
Mak-mak, student universiti, orang bujang, tukang masak, makcik kantin, abang jual burger atau sesiapa je, semua orang boleh join .
Hantar je penyertaan. Mana tahu duit cash RM1000 ni milik anda.
Bolehlah guna buat belanja barang sekolah anak, shopping @ pergi holiday!
Walaupun rasanya mungkin pahit tetapi ia tetap menjadi kegemaran masyarakat di Malaysia. Selain dimakan begitu sahaja, petai juga boleh dimasak dengan pelbagai jenis masakan yang enak. RASA kongsikan enam variasi resipi menarik berasaskan petai yang boleh anda cuba.
Daging dendeng memang ada pelbagai jenis dan rupa. Lain tempat , lain cara membuatnya. Ada yang terlihat seperti rendang. Ada juga yang hanya disimbah dengan sambal goreng. Apa pun mari kita cuba resipi yang ini.
BAHAN-BAHAN:
1kg daging | dipotong ketulan besar
5 batang serai | dititik
3 helai daun pandan | disimpul
300gm bawang goreng
200gm cili kisar
Ketumbar biji secukupnya
50ml kicap pekat
100ml kicap manis
100ml kicap masin
Minyak untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
15 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2.5cm halia
CARA MEMASAK:
1. Perap daging bersama kicap pekat, kicap manis dan kicap masin. Sebatikan.
2. Kemudian panaskan minyak dan goreng sehingga garing. Ketepikan.
3. Setelah itu, panaskan minyak dan tumis ketumbar biji bersama bahan kisar, serai dan daun pandan sehingga naik bau.
4. Seterusnya masukkan cili kisar dan tumis sehingga naik bau dan garing.
5. Masukkan pula daging goreng dan taburkan bawang goreng. Gaul sebati.
6. Akhir sekali, masak dengan api perlahan sehingga kering dan berminyak.
Info: Daging yang dipotong menjadi ketulan besar haruslah direbus sehingga empuk dan ditoskan airnya.