Peminat Mi Rebus perlu cuba resipi Mi Rebus Tulangperkongsian saudari Faizah Binti Abdul Hamid. Istimewanya resipi ini adalah resipi dari ibu beliau. Mi Rebus asli, tidak perlu ditumis dan tiada rempah ratus. Walauun simple begini, rasanya sangat enak dan begitu menyelerakan. Bagi yang tercari-cari resipi menu lain selain nasi, bolehlah cuba resipi ini. Tentunya menambat selera semua dan sangat mengenyangkan juga. Jom cuba!
CARA MASAK MI REBUS TULANG YANG SANGAT SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
1kg tulang rusuk/ gear box
1/2 kg daging rincik/ daging tetel – cuci bersih dan rebus sampai empuk
½ kg keledek merah – kikis kulit, rebus bersama daging. Bila ubi empuk, keluarkan. Kemudian mesin halus
1.Dalam periuk masukkan tulang, daging dan tambah air secukupnya untuk merebus.
2.Masukkan sekali ubi keledek. Bila ubi empuk, keluarkan ubi.
3.Kisar @ mesin halus ubi ini. Tulang dan daging terus direbus sampai empuk.
4.Kemudian, masukkan bahan-bahan kisar ke dalam periuk daging tadi.
Ads
5.Masukkan juga cili kisar. Tambah air secukupnya untuk kuah. Masak hingga mendidih.
6.Masukkan keledek kisar dan kacang tanah goreng yang siap dikisar.
7.Bancuh tepung gandum bersama air. Jangan pekat sangat bancuhan kerana nanti jadi berketul-ketul tepung dalam kuah. Bancuh sedang-sedang saja. 8.Tuang bancuhan ke dalam kuah tadi sambil dikacau. Jika kuah kurang pekat, bancuh sedikit lagi tepung gandum dan tuang.
9.Tambahkan kicap, gula, sos cili dan garam secukupnya. Kuah perlu rasa seimbang antara manis, masam dan pedas. Biar kuah mendidih sekali lagi. Kuah mee mesti mesti sedikit pekat.
10.Akhir sekali taburkan daun bawang, daun sup dan hirisan tomato atas kuah.
11.Tutup api. Siap. Hidangkan bersama mee dan ramuan pelengkapnya.
Tips:
Ads
Untuk rasa kuah yang lebih manis dan enak, boleh rebus, kisar udang kecil dan masukkan ke dalam kuah.
Kuah mee ini tidak ditumis. Minyak akan terhasil dari lemak-lemak daging tetel dan gear box.
Sepeket mee kuning boleh makan untuk 5-6 orang. Mee rebus rencahnya banyak.
Suka makan sup panas-panas? Boleh cuba resipi Sup Celup Wai Wai yang dikongsi oleh saudari Anis Atokman. Sangat sedap, mudah dan tentunya membuka selera ramai.
Menu ringkas ini sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Kanak-kanak pun pasti gemarkannya. Jom masak menu ni hari ni. Kalau cuaca tengah sejuk, lagilah enak.
CARA MASAK SUP CELUP WAI WAI YANG MUDH, RINGKAS & SEDAP
BAHAN UTAMA:
Kuetiau Wai Wai – boleh ganti dengan mi kuning / bihun / mi segera
1 ekor ayam – dipotong & dicuci
2-3 labu bawang putih jeruk (*)
5-6 ulas bawang putih biasa (*)
2 inci halia (*)
1 sudu makan minyak bijan – beli online disini
1 uncang sup bunjut – beli online disini
1 sudu makan cuka
2 kiub pati ayam
2 sudu makan sos ikan – beli online disini
2 sudu makan sos lada hitam – beli online disini
3 sudu makan sos tiram – beli online disini
1/2 keping gula melaka
Lada putih
Lada hitam
Kicap masin – beli online disini
Kicap manis – beli online disini
Akar & batang ketumbar
1 biji limau nipis
Serbuk perasa
Gula
Garam
Mi wai wai
BAHAN TAMBAHAN:
Bebola daging
Kangkung – celur
Tauge – celur
Crab stick – celur
Fish cake – celur
Kacang tanah kisar
Cili flakes
Sos cili Thai – campur dengan sedikit jus limau nipis
CARA MEMASAK:
1.Untuk kuah, ketuk atau cincang bahan bertanda (*) dan tumis.
2.Masukkan ayam. Gaul sekejap bersama bahan tumis.
3.Masukkan air ikut kuantiti yang sesuai dengan kuantiti ayam.
4. Masukkan semua bahan. Jika bahan yang tiada sukatan, masukkan mengikut kesesuaian. Kicap jangan banyak sangat. Cukup sekadar kuah nampak gelap.
5. Biarkan kuah mendidih sekejap.
6. Masukkan bebola daging diikuti akar dan batang ketumbar.
7. Masukkan gula, garam dan serbuk perasa dengan secukupnya.
8.Perah asam limau. Kacau sebati. Siap. Untuk menikmatinya, letak mi dalam mangkuk, letak bahan-bahan tambahan dan tuang kuah sup. Makan bersama sos. Selamat mencuba!
Mi Rebus Utara ni antara sajian kegemaran ramai. Lihatlah kuahnya. Likat, pekat dan berperisa. Sekali cuba, memang tak jemu. Bila sebut Mi Rebus ni, di Malaysia ada berbagai-bagai jenis resipinya. Berbeza mengikut negeri dan kawasan. Namun sesekali, sedap juga kalau cuba resipi yang baru ni. Boleh membuka selera tau. Nak cuba masak Mi Rebus Utara? Saudara Saiful Nasuha ada kongsikan resipinya. Jom cuba!
1. Rebuskan daging terlebih dahulu sehingga empuk (jangan buang air rebusan) 2. Dalam periuk lain, rebuskan ubi keledek dan ubi kentang hingga empuk. Kemudian kisar halus. 3. Panaskan minyak masak dan tumis serai, bahan kisar dan rempah kari daging sehingga pecah minyak. 4. Tuangkan ubi yang dikisar ke dalam periuk bersama air rebusan daging. 5. Masukkan juga kacang yang dikisar. 6. Tambahkan sedikit air. Namun pastikan jumlahnya terlalu banyak. Cukup sekadar kuah tidak terlalu cair atau pekat. 7. Perasakan dengan garam dan gula dengan secukup rasa.
8. Masak sehingga mesra dan kuah likat sempurna. Padamkan api dan hidangkan bersama mi dan bahan-bahan hiasan.
Anda suka makan Char Kuetiau? Ini ada resipi untuk membuat kuah kicap, pes cili dan juga cara-cara masak menu ni secara homemade. Resipi perkongsian saudari Azrina Surono ni memang berbaloi untuk dicuba. Lepas ni bolehlah buat sendiri. Lebih bersih, diyakini halal dan sedap! Selamat mencuba.
RESIPI PES CILI, KUAH KICAP & CARA MASAK CHAR KUETIAU
RESIPI KUAH KICAP
1 liter air
6 ulas bawang putih -ditumbuk
1 kiub pati ayam
3 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap pekat
10 sudu makan kicap manis
3 sudu makan kicap sotong
2 sudu makan gula
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan kecuali garam. Didihkan 20-25 minit.
Kemudian baru letakkan garam secukupnya. Untuk kuah kicap ni, biar kuah rasa masin sedikit.
RESIPI PES CILI
100gm pes cili
1 genggam udang kering – bersihkan
1 labu bawang putih
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Kisar semua bahan. Kemudian tumis sampai garing dan pecah minyak.
Bila dah siap, sejukkan dan simpan. Guna bila nak masak.
RESIPI MINYAK BAWANG PUTIH: (TIADA DALAM GAMBAR)
BAHAN-BAHAN:
1 labu bawang putih
1 cawan minyak masak
CARA MEMBUAT:
Kisar bawang putih dan rendam dalam minyak.
RESIPI CHAR KUETIAU
BAHAN-BAHAN:
1 sudu makan minyak bawang putih
1 sudu makan pes cili
1 senduk kuah kicap
Udang secukupnya – dibersihkan
Tauge & kucai secukupnya
Kuetiau halus
Telur
( boleh juga tambah kerang )
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak bawang putih dan goreng udang sebentar. Jika suka, boleh tambah isi kerang bila udang dah masak.
Masukkan pes cili. Kacau sebati.
Seterusnya masukkan kuah kicap. Jumlahnya boleh ditambah jika nak char kuetiau yang berkuah. Biarkan mendidih.
Dengan pantas, masukkan tauge, kucai dan kuetiau. Kacau cepat dan laju. Jangan lama sangat nanti kuah akan kering.
Pecahkan telur, padam api dan kacau laju-laju. Siap untuk dinikmati.
INFO:
Setiap kali buat set char kuetiau ni, masakan yang pertama mesti kena cuba dulu dan adjust masin, manis, pedas semua sebab setiap bahan yang kita gunakan tak sama. Lain jenama, lain rasanya. Ubah suai rasa dalam kuah kicap tu. Tambah apa yang kurang. Bila dah ok masakan pertama, barulah senang nak masak yang seterusnya.
Udang ikut suka nak kopek kulit atau tak. Kalau kopek,kulitnya jangan buang tapi direbus dan masukkan airnya dalam rebusan kicap tadi.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.