
Selalunya kita hanya minum jus mangga susu di kedai. Stok mangga banyak dirumah dari membazir sebab tidak makan lebih baik kita buat sendiri jus mangga.


MANGGA SUSU
BAHAN-BAHAN:
- 1 biji mangga
- 1 cawan ais
- 3 sudu besar susu pekat
TOPPING:
- Mangga (dipotong dadu)
CARA MENYEDIAKANNYA:
1. Blend mangga, ais, dan susu pekat sehingga sebati.
2. Tuang ke dalam gelas dan tambahkan topping kiub mangga.

Info:
1. Jika hendak buat ekstra hanya gandakan jumlah bahan
2. Jika suka boleh tambah dengan aiskrim vanila
Kredit: Imah Rahman
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cara Hasilkan Jamu Halia Madu Untuk Kempiskan Perut Buncit

Bagi anda yang ada masalah kurang lawas, badan berangin, perut sebu, buncit dan nak kurus secara sihat, boleh cuba amal minum Jus Halia Madu ni. Istimewa resipi perkongsian Cik Pooja ni, ia hanya guna bahan-bahan semulajadi dan tak ada sebarang pengawet atau perasa tambahan. Nak buat pun sangatlah mudah. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
JAMU HALIA MADU
BAHAN-BAHAN:
- 2 inci halia tua
- 2 biji limau nipis – boleh ganti dengan 1 biji lemon
- 3 cawan air
- 1/2 cawan madu

CARA MEMASAK:
1. Kupas kulit halia dan potong limau seperti dalam gambar.

2. Masukkan hirisan limau dan halia ke dalam periuk. Tambahkan air dan renehkan sampai air tinggal anggaran 2 cawan sahaja.

3. Masukkan air ke dalam cawan dan biarkan suam.

4. Seterusnya masukkan air ke dalam blender bersama 1/2 cawan madu. Kisar hingga halus. ( limau dikisar bersama dengan kulitnya.)

5. Isikan ke dalam botol dan simpan dalam peti sejuk. Minum 2 kali sehari iaitu pada sebelah pagi dan malam.
NOTA:
- Minuman ini adalah perkongsian empunya resipi dan serasi dengan kondisi badan beliau. Jika anda minum tapi tak serasi, sebaiknya elakkan.
- Sukatan jamu ini boleh tahan untuk 2-3 hari penggunaan.
- Cik Pooja ( empunya resipi) ambil minuman ini setelah habis berpantang dan bayinya berusia 2 bulan. Keberkesanan mungkin berbeza dan bergantung kepada tubuh masing-masing.
Kredit resipi & foto: Cik Pooja
Link asal resipi: https://goo.gl/xhfqjZ
Dalgona Latte Viral Yang Sedap & Boleh Buat Sendiri Di Rumah.

Anda penggemar kopi? Apa kata cuba minuman Dalgona Latte yang sedang hangat viral sekarang ni. Menurut saudari Aishah Rosli, minuman ni tidak manis namun rasanya yang enak boleh menjadikan anda suka dan teringat-ingat. Tapi janganlah minum dengan kerap. Sebulan sekali je dah mencukupi.
CARA BUAT DALGONA LATTE

BAHAN-BAHAN:
- 1-2 sudu makan serbuk nescafe @ kopi – jumlah ikut cita rasa masing-masing
- 1 sudu makan gula – ikut cita rasa masing-masing
- Sedikit air panas
- Ais secukupnya
- Susu segar / fresh milk secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Masukkan nescafe, gula dan air ke dalam bekas. Pukul guna gapu hingga kembang. ( tekstur seakan nak buat meringue). Paling mudah pukul guna mixer.

2. Ambil gelas bersesuaian, masukkan ais dan susu segar.
3. Kemudian masukkan bancuhan kopi yang telah dipukul kembang tadi. ( Buat seakan topping)

4. Siap. Kacau terlebih dahulu sebelum dinikmati.
NOTA:
- Topping kppi yang dibuat tadi, cukup untuk hasilkan 2-3 gelas Dalgona Latte.
- Untuk rasa yang enak, boleh kurangkan nescafe atau tambah gula ikut selera masing-masing.
Kredit resipi & foto: Aishah Rosli
ANDA JUGA BOLEH CUBA:
Minuman Ini Boleh Turunkan Berat & Rawat Sembelit. Cubalah.

Ada yang berazam nak turunkan berat di tahun baru ni? Selain melakukan senaman secara berkala, anda juga boleh cuba minuman ni. Menurut perkongsian saudari Nurul Moolek Cereprove, resipi ini beliau dapat dari blog penulis barat. Bila dicuba, sangat-sangat serasi dengan beliau. Perut kenyang, tiada masalah sembelit malah susu untuk bayi pun banyak.
Nak cuba? Ini resipinya untuk 1 hidangan ( sekali minum).
BAHAN-BAHAN:

- 1 biji epal hijau
- 2 biji kurma
- 1 sudu teh serbuk kayu manis ceylon
- 1 gelas susu ( saya pilih susu berkrim sebab rasa lagi lemak. Jika nak lagi bagus, guna susu low fat.)
CARA-CARA:
1. Potong kecil buah kurma dan buah epal. Epal jangan dibuang kulit kerana kandungan Flavonoid yang ada pada kulit sangat bagus untuk pelihara jantung dan elakkan strok.

2. Masukkan susu dan buah-buah yang dipotong tadi ke dalam pengisar. Nak lagi sedap boleh masukkan ais. (dalam gambar tidak dimasukkan ais). Kemudian masukkan serbuk Kayu Manis Ceylon
3. Kisar sampai semua bahan menjadi halus. JANGAN TAPIS tau. Minum semua sekali.

4. Siap! Sedia untuk dinikmati. Minuman ini boleh diamalkan setiap hari pada waktu malam atau bila-bila sahaja yang anda suka.
Kredit resipi & foto: Nurul Moolek Cereprove

