Senang Sangat Omellete Udang Brokoli Untuk Anak-Anak Tersayang

Share

 

Salah satu cara untuk galakkan anak-anak untuk makan sayur-sayuran dan tambah selera makan mereka.

OMELLETE UDANG BROKOLI

BAHAN-BAHAN:

  • 2 biji telur ayam
  • Brokoli (dihiris nipis)
  • Butter
  • Lada hitam
  • Garam

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan kuali, masukkan butter dan udang. Goreng hingga separuh masak. Masukkan pulak brokoli yang dah dihiris nipis.
  2. Goreng sampai udang cukup masak. Jangan lama sangat nanti brokoli layu. Perasakan dengan serbuk lada hitam dan sedikit garam. Ketepikan.
  3. Pecahkan telur, masak macam nak buat telur dadar. Bila telur agak-agak nak masak, masukkan brokoli dan udang. Lipat dua.
  4. Balikkan sampai masak. Siap.

INFO: Boleh tambah cendawan dan sedikit susu untuk tambah rasa krim.

KREDIT RESIPI & GAMBARMaslina Meor Radhi

Published by
Zera Naim