Kuih tradisional Melayu seringkali dianggap sebagai warisan lama yang mulai hilang dari radar pencinta makanan masa kini. Tapi sebenarnya, kuih-kuih tradisional seperti Abok-Abok, Koleh Lemak, dan Apam Dewa masih mempunyai peminat setia yang sangat menghargai rasa dan cerita di sebaliknya.
Kalau dulu kuih-kuih ini hanya popular di kalangan generasi lama, kini tiba masa kita hidupkan semula tradisi ini. Jom kita cuba buat kuih tradisional yang mudah, sedap, dan pasti menggamit kenangan lama sambil dinikmati bersama keluarga. Sesuai sangat untuk hidangan minum petang atau jamuan santai
KUIH ABOK-ABOK
BAHAN-BAHAN:
1 cawan biji sagu
Kelapa parut (bahagian putih sahaja)
½ cawan gula merah
5 sudu makan gula putih
Sedikit garam
3 cawan air biasa
Daun pisang secukupnya (untuk membalut)
CARA-CARA:
Gaulkan biji sagu, kelapa, dan sedikit garam hingga sebati.
2. Dalam mangkuk berasingan, larutkan gula merah dan gula putih dengan air.
3. Bentuk daun pisang menjadi corong atau kon.
4. Susun lapisan dalam daun pisang: sagu – gula – sagu.
5. Bungkus kemas dan kukus selama 30 minit dengan api sederhana sehingga masak.
Tips: Kuih ini sesuai dinikmati sejuk atau suam, rasanya asli dan legit!
Pecal sayur antara menu sihat yang sangat sedap oleh dimakan dengan nasi sebagai sayur dan dijadikan appetizer, menu pembuka selera bila berbuka puasa.
Kalau buat lebih sambalnya, bolehlah disimpan dan bila-bila teringin tinggal bancuh dengan air panas je, sangat mudah dan boleh divariasikan sayurnya. Terpulang pada selera anda.
PECAL SAYUR
BAHAN-BAHAN :
BAHAN SAMBAL PECAL:
250gm kacang tanah | goreng sangai dan tumbuk
15 biji cili padi | buang tangkai
4 biji bawang merah| hiris
2 ulas bawang putih | hiris
4-6 biji cekur |saiz kecil
1 inci belacan
1 sudu makan air asam jawa
3-4 sudu makan gula merah dan gula putih
Garam secukup rasa
Air panas secukupnya
Sedikit minyak
BAHAN SAYUR:
Kacang panjang | potong dan celur
Tauhu goreng | hiris nipis
Tampe goreng | potong dadu
Sedikit hirisan lobak merah
Sedikit hirisan timun
Pucuk ubi kayu | rebus
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak.goreng cili padi, bawang merah, bawang putih dan belacan. Angkat dan toskan. 2. Kemudian tumbuk. Campurkan skali biji cekur. 3. Bila hampir lumat masukkan gula dan juga garam. Tumbuk lagi. 4. Masukkan air asam jawa. Kacau rata. 5. Seterusnya masukkan kacang tanah tumbuk dan air panas secukupnya. 5. Seimbangkan rasa pedas, masin, lemak kacang dan manis. 6. Jika suka campurkan sekali hirisan daun cekur. 7. Setelah cukup rasa, tuangkan sambal pecal ke atas sayur-sayuan yang telah sedia dihidangkan.
INGIN MENCARI AIR FRYER YANG TERKINI DENGAN HARGA BERPATUTAN, BOLEH LAYARINYA DI SINI.
Teringin makan samosa tetapi tak tau macam mana nak buat? Kami kongsikan cara buat samosa menggunakan kulit popia yang cukup mudah. Jika anda ikut step-by-step ini, gerenti jadi. Boleh juga buat lebih dan frozenkan. Bila nak makan, boleh terus goreng sahaja. Boleh juga dijual kepada rakan-rakan sebagai pendapatan tambahan.
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah hingga kekuningan, kemudian masukkan daging kisar.
2. Masukkan lobak merah dan kubis, kacau hingga sayur layu.
3. Perasakan dengan sos tiram, lada sulah, garam dan gula secukup rasa. Tutup api dan sejukkan.
4. Lipatkan kulit popia dengan tiga lipatan, kemudian lipat tiga segi di hujung dan masukkan inti seperti ditunjukkan. Setelah isi dikemaskan dengan balutan bentuk tiga segi, kemaskan lipatan dengan menyapu sedikit putih telur supaya lilitan kulit popia melekat.
5. Panaskan minyak dengan api sederhana, goreng samosa hingga kuning keperangan.
6. Siap.
Jika anda mencari KUALI NON STICK, boleh klik DISINI.
Bila masak ikan siakap selalu menunya, siakap 3 rasa, siakap stim atau kengsom.
Kali kini kita cuba menu lain pulak, siakap asam jawa perkongsian Suhana Mohd Khalid.
Ujar beliau kali pertama menikmati hidangan ini ketika berada di Langkawi bila direkomen oleh pemilik restoren. Ternyata memang sedap sangat dan teringat-ingat dibuatnya. Jadi kalau beli ikan siakap boleh cuba resipi ini pula. Lainlah sikit kan…
Siakap masak asam jawa
Bahan-bahan
Ikan siakap-dibersihkan dan dikelar
Air asam jawa
Garam, gula, serbuk perasa
Sos tiram
Sos tomato
Gula Melaka
Tomato (potong dadu.
Bahan tumis
Bawang merah
Bawang putih,
Halia,
Cili padi
Cara membuat:
1. Goreng ikan siakap hingga garing. Ketepikan
2. Panaskan minyak, tumis bahan tumis yang dipotong dan dimayang hingga naik bau.
3. Kemudian tambah sos tiram, sos tomato, gula melaka dan tomato bersama air asam jawa secukupnya. Biar mendidih.
4. Perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa. Tutup api.
5. Tuang atas ikan siakap yang siap digoreng. Siap.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!