Bila ada mangga muda tentulah lawannya ada pencicah yang boleh boleh buat kecur liur. Jom buat serbuk colek yang mudah. Pedas berdesing dengan rasa udang kering dan juga belacan.Meleleh semua air yang ada bila gigit ni.
SERBUK COLEK
Bahan-bahan:
Gula pasir secukupnya
Cili kering
Udang kering
Belacan
Sedikit garam
Cara membuat:
1.Sangai lada kering, udang kering, belacan. Sangai sekejap kemudian biar ia sejuk dulu.
Ads
2.Dah sejuk, boleh masuk dalam pengisar dan kisar kering.
3.Tengok warnanya merah menyala.
4.Kemudian masukkan gula dan sedikit garam. Gaul sampai sebati. Nak letak banyak mana? Agak-agak cita rasa masing-masing.
Ads
5.Tak tahan makan ni. Tak boleh berhenti. Masam, manis, masin, pedas semua bergabung.
Bunga kantan memang bahan penyedap untuk masakan berkuah seperti laksa, asam pedas dan sebagainya. Tapi selain itu bunga kantan juga enak jika dijadikan sambal, antaranya sambal bilis bunga kantan.
Kalau dapat lauk ini memang, tak pandang lauk lain dah. Selain dimakan dengan nasi, boleh juga dihidangkan bersama bubur. Memang ‘meletup’ rasanya.
Resipi sambal bilis bunga kantan
Bahan-bahan
3 kuntum bunga kantan – hiris
2 genggam ikan bilis
2 senduk kecil cili kisar
1 biji bawang besar – dikisar
5 ulas bawang putih – dikisar
Gula kelapa & sedikit garam
Minyak untuk menumis
Cara memasak
1. Ikan bilis dibilas dan ditos. Renjis sedikit cuka, dan goreng. Fungsi cuka supaya ikan bilis kekal rangup.
2. Tumis cili kisar bersama bawang yang ditumbuk sampai pecah minyak dan sambal bertukar jadi warna gelap.
3. Kemudian masukkan hirisan bunga kantan, garam dan gula. Masak sampai agak kering. Rasa dan tambah apa yang kurang. Tutup api dan biarkan sambal sejuk.
4. Selepas sambal sejuk, baru masuk ikan bilis digoreng. Kacau sebati.
TIP: Pastikan sambal betul-betul sejuk sebekum masukkan ikan bilis, supaya ikan bilis kekal rangup.
Nak masak kuah kacang tak susah sebenarnya, cukup bahan dan tak derhaka cara masakan gerenti menjadi. Ini contoh resipi masak kuah kacang terpaling mudah dan sedap. Resipi ini telah dikongsikan di Facebook oleh Yatt Ismailyang katanya ada Chef dari Hotel kongsikan cara masakan ni kepada ibunya. Wahhh beruntung betul ada Chef dari Hotel ajarkan resipi masak kuah kacang. Kalau Chef yang ajar semestinya menjadi resipi ni. Admin suka makan kuah kacang bersama nasi impit sahaja. Makan macam tu pun dah layan habis, apatah lagi makan bersama satay fuhhh sedap sungguh haihh! Korang pula suka makan kuah kacang dengan satay atau nasi impit? Tak kesahlah apapun cara gandingan korang makan kuah kacang yang penting jom cuba resipi kuah kacang ni.
KUAH KACANG
BAHAN-BAHAN:
1 kg kacang tanah di sangai atau dipanggang dalam oven
Segenggam cili kering kurang pedas
2 biji bawang besar medium dimayang
1/2 inci halia
1 inci lengkuas
6 batang serai
2 ulas bawang putih
2 mug santan pekat
5 kerek manisan
3 sudu besar gula
Sedikit garam
2 liter air
CARA PENYEDIAAN:
Panggang atau sangai kacang tanah. Yatt panggang dalam oven suhu 150 selama 25 minit. Sesekali buka oven kacau.
Dah siap panggang buang kulit. Ramas kacang dan tampi untuk buang kulit. Kuah kacang lebih sedap tanpa kulit kacang.
Hiris bawang nipis-nipis.
Panaskan minyak dan tumis.
Lengkuas, halia, serai dan bawang putih dikisar dengan cili kering.
Cili kering dipotong-potong dan dibuang biji
Kisar sampai lumat.
Goreng bawang sampai kuning dan garing. Hati-hati jangan sampai hangus.
Bawang dah garing, masukkan bahan kisar tadi.
Blend kacang panggang dengan air. Kacang tu jangan terlalu hancur. Kiranya 50% hancur.
Masukkan ke dalam bahan tumisan. Tambah baki air. Masak dalam 20 minit sampai kekacangan dah lembut.
Masukkan manisan kerek, gula dan garam. Garam tu sikit dulu ye. Nanti boleh rasa.
Lepas 20 minit masukkan santan pekat. Kalau kuah terlalu pekat tambahkan lagi air dan masak lagi selama 30 minit.
Bila dah naik minyak macam ni kuah dah cukup masak. Boleh rasa dulu. Kuah ni mesti ada rasa lemak manis.
Pernah tak korang pernah rasa Sambal Bilis Telur Pecah, kalau ada yang pernah rasa mesti tak cukup sekali makan. Menu ni sangat sesuai untuk Si Bujang dan korang yang suka makan lauk sempoi dan tak mahu duduk lama di dapur.
.Konsepnya masuk lebihan sambal dalam kuali, panaskan kemudian pecahkan telur di dalamnya, kacau rata dan siap. Kalau takda sambal lebih, korang tumbuk je cili, bawang dan ikan bilis, kemudian tumis dalam kuali, bila dah garing pecahkan telur di dalamnya dan kacau rata, kemudian perasakan dengan garam gula dah siap.
SAMBAL BILIS TELUR KACAU
BAHAN-BAHAN:
2-3 biji telur ayam
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu makan air asam jawa
1/2 cawan minyak masak
BAHAN KISAR KASAR:
1 biji bawang besar
10-15 biji cili padi
1 ulas bawang putih
1/2 cawan ikan bilis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, kemudian tumis bahan kisar hingga garing.
Kemudian masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
Kecilkan api dan tumis sambal bilis kisar hingga garing.
Setelah garing pecahkan telur di dalamnya, kacau rata hingga sebati.
Tutup api dan Sambal Bilis Telur Hancur sedia dihidangkan.
INGIN MENCARI MESIN PENGISAR DAN PEMPROSES MAKANAN YANG TERBAIK, JOM LAYARINYA DI SINI
JIKA INGINKAN PERKAKAS DAPUR DAN RUMAH YANG MEMUDAHKAN KERJA RUMAH, BOLEH LAYARI DI SINI.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.