Pelbagai jenis kuih tradisional dan salah satu yang menjadi kuih kegemaran ramai ialah kuih seri muka. Kuih ini juga boleh dihasilkan daripada bahan seperti ubi, labu ,kentang atau kacang merah. Dah biasa dengan kuih seri muka pandan, kita buat seri muka kacang merah pula. Tekstur lembut dan kenyal-kenyal dengan rasa kacang merah pasti tak jemu makan.
Seri Muka Kacang Merah
(loyang 9×9)
Lapisan bawah
350g pulut-basuh dan rendam antara 30 minit-1 jam.Kemudian toskan.
Santan-sama paras dengan pulut kalau pulut dah masuk dalam Loyang.Kalau guna santan kotak tambahkan 1 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam-masuk dalam pulut yang sudah letak santan tadi dan gaul rata. Boleh letak daun pandan,kemudian kukus dalam 20-25 minit.Sementara tunggu,boleh siapkan lapisan atas.
Lapisan atas
800 ml santan-kepekatan ikut suka.Semakin lemak semakin sedaplah santan asli lagi sedap.
kacang merah dalam tin-saya guna 1/2 saja.Terpulang nak guna 1 tin pun boleh saja. Kalau nak guna airnya,kena kurangkan santan.Maknanya bahan cair jangan lebih 800 ml.Ambil sebahagian santan untuk kisar kacang merah ni, nak hancur mana terpulang.
2 biji telur
175 g tepung gandum-BELI ONLINE DI SINI
25 g tepung ubi (boleh juga guna tepung jagung)-BELI ONLINE DI SINI
230 g gula
1 sudu kecil garam
pewarna merah-BELI ONLINE DI SINI
Cara memasak:
1.Pukul telur dengan whisk.Masuk baki santan dan tepung semua ditapis.
2.Kemudian masukkan kacang merah yang sudah dikisar tadi.
3.Masukkan gula dan garam juga sedikit pewarna merah.
4.Masak hingga naik wap. Sebelum tuang atas pulut, pastikan pulut itu dipanaskan semula selepas dipadatkan.
5.Kemudian tuang lapisan atas.InshaAllah licin permukaannya
6.Kukus dalam 20 minit. Sudah masak jangan terus angkat turun.Biar atas pengukus terbuka 3-4 minit baru angkat turun(itu cara saya..lain orang lain caranya)
selamat mencuba.
*Ni tip nak hilangkan bau hanyir telur. Saya letak air daun pandan dalam 2 sudu besar.Berkesan nak hilangkan bau hanyir telur. Kalau buat perisa apapun saya letak juga air daun pandan. Lebih berkesan dari esen vanila.
Kredit: Sueosman Solo
ADA YANG NAK MEMBELI BLENDER BARU. BOLEH LIHAT DI SINI.