Lembut, lemak manis dan mengasyikkan. Itulah dia kuih sekaya telur, Kalau korang suka makan kuih tradisional, mesti korang akan suka jugak makan sekaya telur. Kuih simple tapi sedap ni boleh dijadikan hidangan pemanis mulut yang amat menyelerakan. Nak buat pun bukannya susah. Ini resipi daripada Imah Rahman yang dikongsikan dalam telegram KakiMakan. Korang boleh cuba buat. Simple je. Selalunya kuih simple-simple ni yang lebih syok dimakan.
SEKAYA TELUR
Ads
BAHAN-BAHAN
1 1/2 cawan santan pekat (BELI DI SINI)
1/2 cawan gula
1 ketul gula melaka (potong kecil)
10 biji telur ayam (gred B atau C)
Secubit garam (BELI DI SINI)
Sedikit esen vanilla (BELI DI SINI)
Cara membuat
1. Campurkan santan, gula dan gula melaka. Kacau sehingga larut.
2. Masukkan telur ayam dan kacau sampai sebati. Jangan dipukul. Kacau perlahan-lahan sampai sebati.
3. Masukkan garam dan esen vanilla. Kacau lagi.
4. Tapis dan masukkan ke dalam loyang.
5. Kukus lebih kurang 30 minit atau sehingga masak. Nak tahu dah masak atau belum, cucuk lidi. Kalau tak melekat, itu tandanya dah masak.
6. Simpan seketika di dalam peti ais kerana sedap dimakan ketika sejuk.
Bagi yang gemar hidangan LempengKelapa yang sedap, RASA kongsikan kembali resipi dari Puan Hajah Zainab Bt Mawan yang boleh anda cuba. Menu ni memang ‘legend’. Bahan-bahan yang digunakan sangat mudah, ringkas dan hasilnya juga membuka selera. Sesuai dinikmati pada bila-bila masa terutamanya waktu sarapan. Adun sekejap je, dah boleh masak dan makan. Selamat mencuba.
CARA MASAK LEMPENG KELAPA YANG LEMBUT & SEDAP
BAHAN-BAHAN:
1 cawan nasi
2 1/2 cawan air
2 cawan tepung gandum
2 cawan kelapa muda parut
Secubit garam
Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK:
1. Kisar nasi bersama air hingga halus. Tuang ke dalam bekas bersesuaian.
2. Masukkan tepung gandum, kelapa muda parut, secubit garam dan sedikit minyak masak. Adun adunan tadi hingga sebati.
3. Panaskan kuali, oles sedikit minyak dan tuangkan adunan tadi. Saiz dan bentuknya terpulang pada kreativiti masing-masing.
4. Bila sudah masak, angkat dan sedia untuk dinikmati. Lempeng kelapa ini enak dimakan bersama Sambal Hijau atau Sambal Tumis.
Ada peminat kuih koci labu tak? Sedapnya dapat makan kuih ni. Rasanya yang lemak manis disukai ramai.
Jom kita buat kuih koci labu dengan resipi yang dikongsi saudari Nor Al Fatihah.
CARA BUAT KUIH KOCI LABU LELEH
BAHAN DOH KOCI:
2 cawan tepung pulut – beli online di sini 1 cawan puri labu (1/2 biji labu direbus/kukus. Kemudian, kisar tanpa air guna pengisar kering) Sedikit air ½ sudu teh garam halus Pewarna kuning (optional)
1 biji kelapa parut putih ½ cawan air 1 ½ keping gula melaka – beli online di sini 3 sudu besar gula pasir Secubit garam 1 sudu besar tepung gandum – beli online di sini 2 helai daun pandan | disimpul
Daun pisang secukupnya Minyak untuk disapu pada daun pisang
CARA BUAT:
1. Inti kelapa; Cairkan gula melaka, gula pasir, garam bersama air dan daun pandan. 2. Masukkan kelapa parut. Kacau hingga air kering. Kemudian, campur tepung gandum. Kacau sebati. Inti jangan terlalu kering, biar lembab-lembab sikit baru sedap. Sejukkan inti dan bulat-bulatkan sebesar biji guli. 3. Doh koci; Satukan tepung pulut, puri labu dan garam. Gaul. Tambah air sedikit demi sedikit dan pewarna kuning sambil gaul hingga menjadi doh. Dohnya seperti buat doh buah melaka. 4. Sapu dulang dengan minyak supaya doh tak melekat pada dulang. Ambil sedikit doh, leperkan dan letak inti di tengahnya. Gentel bulat. Saya dapat 33 biji koci. Bergantung pada saiz juga.
5. Didihkan air. Rebus doh koci. Bila ia timbul di permukaan air, bermakna ia sudah masak. Toskan. Letak di dalam dulang dulu yang disapu sedikit minyak.Jarak-jarakkan koci supaya ia tak melekat di antara satu sama lain. 6. Dadih santan; Satukan semua bahan. Kacau sentiasa di atas api kecil hingga pekat dan meletup-letup. 7. Masukkan koci ke dalam dadih dan gaul perlahan-lahan. 8. Sapu daun pisang dengan sedikit minyak. Letak koci dan sedikit dadih santan di atasnya. Lipat kedua-dua belah daun pisang. 9. Kemudian, hujungnya dilipat secara bersilang ke tengah. Kemudian, lipat lebihan hujungnya ke bawah. 10. Didihkan pengukus dulu. Kukus koci selama 5 minit dengan api sederhana.
Tepung gomak pandan ini kena cuba bagi peminat kuih tradisional. Tekstur kuih ini cukup lembut, kenyal, dengan inti kelapa manis yang wangi dan berlemak. Dibalut dengan tepung beras sangai, rasanya memang klasik, sedap makan panas-panas atau sejuk.
Resipi ini guna keledek oren untuk dapatkan doh yang lembut dan kenyal, ditambah aroma pandan buat kuih ni lebih wangi menggoda. Jom kita tengok cara nak buat!
Resipi Tepung Gomak Pandan
Bahan Inti Kelapa
1 biji kelapa muda (ambil bahagian putih sahaja)
2 senduk gula merah
Sedikit gula pasir
Bahan untuk doh
1 biji keledek oren (buang kulit & rebus)
1 sudu kecil garam
1/2 bungkus tepung pulut
Sedikit perasa pandan
Tepung beras sangai secukupnya (untuk salutan)
Cara penyediaan tepung gomak pandan
Mula mula buat inti kelapa terlebih dahulu. Masukkan gula merah, gula pasir & sedikit air dalam kuali.
2. Masak hingga gula larut, kemudian masukkan kelapa parut. Kacau hingga agak kering, tutup api dan biarkan sejuk.
3. Bagi membuat doh, rebus keledek hingga empuk. Kemudian tos dan kisar halus dan masukkan dalam bekas.
4. Tambah perasa pandan dan masukkan sedikit demi sedikit tepung pulut. Uli hingga doh tidak melekat di tangan.
5. Ambil sedikit doh, bulatkan kemudian leperkan di tengah. Masukkan inti kelapa dan tutup semula, bulatkan doh. Dalam masa yang sama, didihkan air dalam periuk.
6. Bila air mendidih, masukkan doh. Biarkan doh timbul sendiri (seperti buah Melaka), angkat dan toskan.
7. Gaulkan doh yang telah masak dalam tepung beras sangai hingga rata. Biarkan sejuk sedikit sebelum hidang.
Tip Ekstra
Guna kelapa muda yang putih sahaja untuk inti lebih sedap berlemak.
Tepung pulut masukkan sedikit demi sedikit semasa uli supaya doh tak keras.
Perasa pandan boleh ganti dengan daun pandan kisar untuk aroma lebih asli.
Boleh gantikan tepung beras dengan serbuk kacang hijau juga.
Jika tak suka versi kenyal, tak perlu masukkan keledek
Resipi udang butter garlic ini hidangan paling sesuai kalau mencari lauk yang mudah dan cepat siap.Walaupun ringkas saja resipinya tapi rasa dan aromanya mewah...