Lembut, lemak manis dan mengasyikkan. Itulah dia kuih sekaya telur, Kalau korang suka makan kuih tradisional, mesti korang akan suka jugak makan sekaya telur. Kuih simple tapi sedap ni boleh dijadikan hidangan pemanis mulut yang amat menyelerakan. Nak buat pun bukannya susah. Ini resipi daripada Imah Rahman yang dikongsikan dalam telegram KakiMakan. Korang boleh cuba buat. Simple je. Selalunya kuih simple-simple ni yang lebih syok dimakan.
BAHAN-BAHAN
1 1/2 cawan santan pekat (BELI DI SINI)
1/2 cawan gula
1 ketul gula melaka (potong kecil)
10 biji telur ayam (gred B atau C)
Secubit garam (BELI DI SINI)
Sedikit esen vanilla (BELI DI SINI)
Cara membuat
1. Campurkan santan, gula dan gula melaka. Kacau sehingga larut.
2. Masukkan telur ayam dan kacau sampai sebati. Jangan dipukul. Kacau perlahan-lahan sampai sebati.
3. Masukkan garam dan esen vanilla. Kacau lagi.
4. Tapis dan masukkan ke dalam loyang.
5. Kukus lebih kurang 30 minit atau sehingga masak. Nak tahu dah masak atau belum, cucuk lidi. Kalau tak melekat, itu tandanya dah masak.
6. Simpan seketika di dalam peti ais kerana sedap dimakan ketika sejuk.
Selamat mencuba!
Resipi oleh Imah Rahman dari Telegram KakiMakan
NAK RESIPI LAIN?
Kuih Seri Muka Paling Senang & Sedap
Manisan Dari Vietnam Yang Sangat Sedap
Biskut Cornflakes Rangup
JOM TONTON VIDEO NI