Hajat nak membuat sheperd pie ni dah lama, cuma asyik malas je nak mula. Kebetulan ada lebihan kentang putar yang dibuat hari sebelumnya terus rasa nak cuba resipi sheperd pie.Shepherd Pie mempunyai banyak variasi. Ia lebih sedap dimakan semasa panas. Cubalah buat dengan resipi yang dikongsi ini.
SHEPARD PIE
Bahan untuk mashed potato (lapisan kentang )
5 biji ubi kentang russet (kalau guna kentang biasa pun boleh tapi tambah jadi 7 biji)
Cara memasak: 1.Rebus kentang sampai empuk dan lenyekkan hingga halus. 2.Masukkan susu, butter, lada sulah dan garam 3.Gaul rata ketepikan. 4.Panaskan sedikit butter tumis bawang hingga layu 5.Masukkn isi ayam dan karot 6.Masukkan tomato puree, sos cili, oregano, serbuk lada hitam dan lada sulah 7.Perasakan dengan garam. 8.Dah siap tutup api . 9.Ambil bekas/loyang sapukan butter sedikit bawahnya 10.Masukkan lapisan kentang dahulu 11.Masukkan pula isi ayam tadi 12.Letakkan cheese. 13.Ulang proses yang sama sampai habis dan akhir sekali bahagian atas mestilah lapisan kentang. 14.Sapukan egg wash. 15.Letakkan cheese dan taburkan parsley flakes. 16.Panaskan oven suhu 180 dan bakar selama 25- 30 minit * kalau tengok bahagian atas dah keperangan maknanya dah masak la tu
Teringin nak makan daging tapi nak masak cepat, maka pilihan menu paling tepat adalah daging yang bergoreng atau tumis. Dua cara masak ini 10-15 minit boleh siap, tapi ramai yang komen tekstur daging selalu liat atau keras. Untuk mengatasi masalah ini, korang baca info yang RASA kongsikan ini, ia boleh membantu menyelesaikan masalah dan menjadikan masakan lebih sedap.
Hiris Nipis-Nipis
Anda perlu hiris daging nipis-nipis, jika hadapi masalah untuk membuat hirisan nipis, bekukan daging separuh beku kemudian proses menghiris akan menjadi lebih mudah. Selain itu anda boleh gunakan pisau tajam dan dikhaskan untuk daging sahaja. Semasa membuat hirisan, sebolehnya, saiz hirisan daging adalah sama supaya daging akan masak sekata dan sempurna.
Jangan Cuci
Selepas dihiris, jangan cuci daging, kerana ia akan hanya membuat daging menjadi hanyir ketika di masak, sukup sekadar mengelapnya dengan tisu dapur.
Perap
Anda juga boleh perap daging dengan bahan perencah seperti campuran bahan kisar, rempah ratus serbuk, sos, kicap, garam dan gula. Selepas digaul rata dengan bahan perapan. Perap daging sekurang-kurangnya satu jam, atau sebaik-baiknya semalaman. Proses perapan membantu menjadikan tekstur daging lebih empuk.
Masak Sekejap
Langkah terakhir, anda boleh tumis atau goreng menggunakan api besar selepas bahan tumisan garing dan wangi. Kacau rata lebih kurang 3-5 minit supaya daging tidak bertukar keras atau liat. Semasa proses memasak juga anda perlu sentiasa kacau supaya daging masak sekata.
Diharapkan dengan tip ini daging yang anda tumis atau goreng bukan hanya tidak liat tetapi juga lebih cepat dan sedap. Tak tau nak masak daging dengan resipi apa, jangan risau RASA turut kongsikan dua resipinya di sini.
DAGING GORENG KAILAN
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan Daging:
300gm daging | hiris nipis
1 sudu teh kicap
2 sudu teh minyak sayur
1 sudu teh tepung jagung
Sedikit garam dan gula
Bahan Sos:
2 sudu makan air
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu teh tepung jagung
Bahan Tumis:
3 pokok anak kailan | potong 3-4cm & celur angkat
2 sudu makan minyak
1 biji cili merah | hiris serong
2 biji bawang merah | hiris
6 ulas bawang putih | cincang kasar
3 sudu minyak masak
Garam dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan daging bersama semua bahan perapan ke dalam mangkuk. Gaul dan perap lebih kurang 30 minit.
Sambil itu sediakan sos. Di dalam mangkuk kecil campurkan semua bahan sos. Kacau rata dan ketepikan.
Panaskan air dalam periuk, kemudian celur anak kailan lebih kurang satu minit, angkat dan toskan.
Untuk menumis daging, panaskan sedikit minyak masak, Masukkan bawang putih, bawang merah hingga wangi.
Kemudian masukkan daging yang telah diperap tadi.
Gaul rata, sehingga daging masak dan bertukar warna keperangan.
Seterusnya, masukan hirisan cili dan kailan yang telah dicelur tadi, kacau seketika.
Masukkan sos yang telah disediakan tadi, sos tiram, garam dan gula secukup rasa.
Di musim buah-buahan seperti durian, cempedak, manggis dan sebagainya ni, pasti ada diantara kita yang terlebih makan. Akibatnya, badan rasa sakit-sakit dan berangin. Salah satu cara untuk melegakan rasa tidak selesa ini adalah dengan memakan halia. Paling mudah adalah dengan mencampurnya dalam masakan lauk pauk harian. Jom cuba! Pasti rasa lega.
KEPAK AYAM TUMIS HALIA
BAHAN-BAHAN:
1 kg kepak ayam
4 ulas bawang putih – hiris
2 inci halia – hiris
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit sos makanan laut ( seafood sauce) – boleh ganti dengan sos tiram
Air secukupnya
Serbuk lada hitam secukupnya
1 keping asam gelugur
2 pokok daun bawang – potong memanjang
2 biji cili merah -hiris
1 biji tomato – potong
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis halia serta bawang putih hingga garing.
Kemudian masukkan kepak ayam. Kacau.
Tambahkan sos makanan laut ikut citarasa. Kacau rata dan tambah air.
Masukkan serbuk lada hitam serta asam gelugur. Kacau dan tutup periuk. Biar sehingga ayam masak.
Tabur lada merah, daun bawang dan tomato. Kacau seminit. Padam api.
Petang-petang ni kalau buat puding dan sagu memang best. Resipi yg min share ni bukan puding biasa ada nangka weii. Puding pula dari rambutan. Ni lah nikmat buah-buahan tempatan.
Ni ada min kongsikan kuih jongkong versi Johor. Selain tu kuih yang dibalut daun pisang ni juga terkenal di kalangan Cina Peranakan. Jom makan manisan ni.
PUDING TRIFLE RAMBUTAN
BAHAN-BAHAN:
1kg isi rambutan yang siap dihiris | Tapis air rambutan tadi dan asingkan ke dalam mangkuk lain
1 biji kek swiss roll | dipotong setebal 2cm
BAHAN LAPISAN KASTARD :
1 cawan tepung kastard
1/2 cawan gula
1 tin susu cair
1 tin air (sukat pakai tin susu tadi)
BAHAN LAPISAN AGAR-AGAR:
11gm agar-agar serbuk
800gm air
5 sudu makan gula
Sedikit pewarna merah
CARA MEMASAK: 1. Pertama, potong kek swiss roll dan masukkan ke dasar mangkuk. Kek mestilah menutupi setiap ruang dasar mangkuk. Tekan sedikit bagi padat. 2. Siram atau renjiskan air rambutan yang telah diasingkan tadi di atas kek. Ia bertujuan supaya kek lebih lembap. Ketepikan. 3. Masakkan semua bahan untuk lapisan kastard sehingga pekat dengan api kecil. 4. Susun separuh hirisan isi rambutan di atas kek dan tuang adunan kastard di atas lapisan rambutan tadi. Ketepikan. 5. Untuk memasak agar-agar; satukan agar-agar , air dan gula serta masak hingga ia hancur. Masukkan sedikit pewarna merah. Angkat dan ketepikan. 6. Susun baki hirisan rambutan di atas lapisan kastard tadi dan tuang adunan agar-agar di atas lapisan rambutan tersebut. 7. Biarkan ia sejuk dan sedia dinikmati.
Saiz Hidangan :4 hingga 6 orang Waktu Memasak: 50 minit Jenis Hidangan : Pencuci mulut Keistimewaan : Makanan barat dengan sentuhan tradisional Cara Memasak : Reneh Anggaran kos: RM15-RM20
INFO CHEF : Bahan-bahan perlu digandakan mengikut jumlah tetamu yang ingin dihidangkan.
RESIPI SAGU NANGKA GULA MERAH
BAHAN-BAHAN:
5 ulas nangka masak | hiris nipis
1 cawan biji sagu
2 cawan air
1/2 cawan gula pasir
Sedikit pewarna kuning
BAHAN AIR GULA:
2 ketul gula melaka
1 cawan air
2sudu makan gula pasir
1 helai daun pandan
BAHAN KUAH SANTAN:
1 cawan santan
1/2 cawan air
1/2sudu teh garam
3 sudu makan tepung gandum
CARA MEMASAK: 1. Rendamkan biji sagu selama 1/2 jam kemudian toskan airnya. 2. Masak air sehingga mendidih dan masukkan sagu tadi dan masak sehingga bertukar jernih atau hilang biji-biji putih. Tutup api biarkan sejuk (suam) sedikit. Bahagikan kepada dua adunan dan satu adunan dititiskan dengan pewarna kuning. 3. Susun nangka ke dalam acuan dan masukkan sagu yang suam tadi. Ketepikan. 4. Untuk memasak air gula; satukan gula Melaka, air, gula pasir dan daun pandan di dalam periuk an masak hingga gula hancur. Angkat dan ketepikan. 5. Untuk memasak kuah santan; satukan santan dan air di dalam periuk. Masakkan di atas api dan kacau sehingga menggelegak. Masukkan tepung gandum dan masak sehingga pekat. Perasakan dengan garam secukup rasa. Angkat dan ketepikan. 6. Untuk menghidang, keluarkan sagu dari acuan, yang berwarna kuning di bawah dan telungkupkan yang tanpa warna di atasnya. Siram dengan air gula dan kuah santan. Boleh hias dengan sedikit hirisan nangka di atasnya untuk lebih menarik. Sedia dinikmati sejuk.
Saiz Hidangan : 4 hingga 7 orang Waktu Memasak: 1 jam Jenis Hidangan : Pencuci mulut Keistimewaan : Rasa lemak dan manis Cara Memasak :Reneh Anggaran kos: RM15-RM18
INFO CHEF :Bahan-bahan perlu digandakan mengikut jumlah tetamu yang ingin dihidangkan.
3. KUIH JONGKONG VERSI JOHOR:
BAHAN A:
150gm tepung beras cap teratai
70gm tepung ubi kayu
600ml santan cair
3 sudu makan gula pasir
1/2 sudu teh garam
BAHAN B (INTI):
2 ketul gula melaka dihiris dadu
BAHAN C (KUAH ):
100 ml santan
3sudu makan tepung gandum
BAHAN LAIN:
Daun pisang secukupnya (dibersihkan dahulu)
Lidi kecil secukupnya
Air untuk mengukus secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Untuk memasak adunan tepung; Satukan dan masak semua bahan A di atas api sehingga likat. Kacau sentiasa. Tutup api dan biarkan sejuk. Ketepikan. 2. Untuk kuah santan; satukan semua bahan C dan masak di atas api dan kacau perlahan. Angkat dan ketepikan. 3. Untuk membungkus jongkong; daun pisang dipotong saiz 20 x25cm persegi atau mengikut saiz yang dikehendaki. Layurkan sedikit terlebih dahulu. Letakkan adunan tepung yang telah dimasak di atas daun pisang, leperkan sedikit dan masukkan ketulan gula Melaka sebagai inti di dalamnya. 4. Tutup dengan adunan kuah santan dan bungkus seperti membungkus tapai. Mula-mula, lipat dua dahulu dan kelepetkan bahagian kiri kanan. Kemaskan dengan lidi. Lebihan daun boleh dipotong untuk nampak lebih kemas. 5. Ulangi langkah hingga selesai. 6. Panaskan air kukusan hingga mendidih dan kukus selama 25-30 minit. 7. Angkat dan sedia dinikmati.
Saiz Hidangan : 4 hingga 6 orang Waktu Memasak: 1 jam Jenis Hidangan : Pencuci mulut Keistimewaan : Rasa lemak yang sedap Cara Memasak : Reneh dan rebus Anggaran kos: RM15-RM18
INFO CHEF: Bahan-bahan perlu digandakan mengikut jumlah tetamu yang ingin dihidangkan.
Resipi: Terima kasih Widiati Sulaiman, Seksyen 2, Shah Alam, Selangor.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.