
Sayur lobak merah ini memang selalu kita guna dalam masakan. Disebabkan itu ramai yang membeli dalam kuantiti banyak terutama bila harga murah.
Bila banyak stok lobak merah cara simpan pun kena betul supaya dapat tahan lama. Salah satu cara yang boleh digunakan untuk memastikan lobak merah ini kekal segar dan tahan berbulan-bulan adalah dengan menyimpannya dalam balang.
Tip simpan lobak merah agar kekal segar berbulan-bulan
Caranya adalah seperti berikut;
1. Sediakan balang yang sesuai
2. Potong lobak jika panjang supaya muat dalam balang.
3. Susun lobak merah yang dipotong ke dalam balas dan isi air hingga penuh balang.

4. Simpan balang dalam peti sejuk, seminggu sekali boleh tukar air.
Lobak yang disimpan dengan cara ini boleh tahan hingga berbulan-bulan. Tetap segar, tak kecut atau lembik.
Tip & foto: Awyn Othman
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
7 Adab Masak Nasi Dalam Islam, Keluarga Terpelihara Melalui Pemakanan

Walaupun sumber kita membeli beras adalah melalui wang yang halal, namun bertambah elok jika kita amalkan adab ketika memasak. Rezeki yang dijamu kepada seisi keluarga menjadi lebih berkat dan membawa seribu kebaikan.
Salah satu makanan ruji kita adalah nasi. Justeru, RASA berikan panduan untuk anda amalkan ketika memasak nasi supaya hidangan nasi menjadi lebih berkat. Sekali gus memelihara keluarga melalui pemakanan.
Adab Memasak Nasi

1. Seeloknya sebelum mula memasak kita dalam keadaan bersih dan berwuduk. Berwuduk menjadikan kita lebih tenteram dan tidaklah memasak dalam keadaan marah. Jika sedang marah pun, hati akan rasa sejuk sikit apabila ada anggota badan yang terkena air.
2. Ketika membasuh beras seharuslah menggunakan tangan kanan. Walaupun anda seorang yang kidal, cubalah sedaya upaya untuk membasuh beras menggunakan tangan kanan. Jadikan ianya sebagai tabiat atau habit. Insya-Allah anda akan dipermudahkan dan dapat menyediakan nasi yang lebih berkat untuk keluarga.
3. Basuh beras dengan menghala arah lawan jam atau arah tawaf. Ini sebagai mengambil kebaikan daripada cara pusingan yang dianjurkan oleh Islam dalam ibadat haji dan umrah.
4. Sambil membasuh beras bacalah “Laisa la ha min dunillahi katsyifah” maksudnya “Tiada penyembuhan selain daripada Allah”
5. Ulangi membasuh beras sebanyak tiga kali atau selepas anda yakin beras sudah bersih.
6. Sambil membasuh beras itu berselawat dan amalkan doa: “Segala puji bagi Allah yang telah memberi kami makanan yang lebih baik darinya.” – At-Tarmizi
7. Satu lagi doa yang bagus diamalkan ketika membasuh beras adalah “Ya Allah, lembutkan hati kami untuk faham agama-Mu sebagaimana Engkau lembutkan beras ini sehingga menjadi nasi.”

Jadi, selepas ni elok korang amalkan adab-adab ni supaya hidangan menjadi lebih berkat dan bermanfaat ya. Semoga doa diterima Allah.
Menu Minuman Sihat, Ni Dua Cara Buat Air Halba

Air halba ni dipercayai banyak khasiatnya untuk kesihatan kecantikan tubuh badan. Buatnya mudah aje hanya biji halba dan air. Anda boleh juga menambah halia, serai dan lemon juga jika suka.
Cara nak buatnya, hah senang aje, jom ikut resipi yang dikongsikan Farisha Sofea ini. Sebelum tu ketahui antara khasiat air halba ini. Pun begitu bergantung juga dengan keserasian masing-masing. Mungkin ada yang tak kenal biji halba ni, ramuan ini digunakan untuk memasak Nasi Dagang.
Sebelum tu jom ketahui,di antara khasiat air halba , ia dipercayai mempunyai banyak kebaikannya untuk tubuh badan yang sihat dan cantik:
- badan rasa segar & ringan
- mencantikkan kulit
- melancarkan haid
- membantu menurunkan berat badan
- melancarkan pengaliran darah dalam badan
- baik untuk sistem penghadaman
- menghilangkan kembung , sebu & senak
- menguatkan jantung
- menghilangkan lendir tekak
- melegakan sakit kepala / migrain
- membuang angin
- menyembuhkan buasir
- merangsang rahim
- mengawal kencing manis
- mengurangkan ketagihan merokok
- kecergasan & kekuatan badan
- memperbanyakkan susu ibu
- menambah nafsu lelaki & wanita
- menurunkan bacaan gula dalam darah
1. AIR HALBA (CARA PERTAMA)

.
BAHAN-BAHAN :
- 1 sudu besar halba – beli online DI SINI
- 2″ halia – beli online DI SINI
- 2 batang serai dititik – beli online DI SINI
- 3 cawan air
- 1/2 biji lemon
CARA MEMBUAT:
1. Rebus halba , halia dan serai bersama 3 cawan air sehingga mendidih .
2. Biar seketika sehingga sedikit suam .
3. Kemudian tapiskan dan perahkan 1/2 biji lemon .
4 Kacau sebati.
5. Siap sedia untuk diminum
2. AIR HALBA (CARA KEDUA)

.
BAHAN-BAHAN :
- 1 sudu halba – beli online DI SINI
- 1 cawan air
CARA MEMBUAT :
1. Rebuskan halba bersama 1 cawan air sehingga mendidih .
2. Tapiskan .
3. Biarkan seketika sehingga sedikit suam , barulah diminum .
4. Boleh juga ditambahkan madu atau pun lemon jika suka .
5. Dah boleh minum
Kredit foto & resipi FB : Farisha Sofea
IG : _farisha_sofea
ANDA INGIN MEMBELI DAN SEDANG MENCARI PERKAKAS DAPUR ELEKTRIK YANG MEMENUHI KEHENDAK ANDA, JOM LAYARINYA DI SINI.
ANDA MUNGKIN JUGA MENYUKAI RESIPI INI :
ATAU MUNGKIN JUGA RESIPI INI :
Ini Cara Naikkan Aroma & Masakan Jadi Lebih Sedap.

Bila aroma masakan mula menggoda selera, di tekak bagaikan terasa keenakan sehingga tidak sabar untuk makan. Di sebalik semua ini, rempah ratus dan bahan tumisan mempunai aroma yang tersendiri dan berbeza antara satu sama lain. Bagi mengeluarkan aroma ini, ada cara tertentu yang anda lakukan bagi memastikan masakan lebih sedap menyelerakan.

Titik – Serai, Halia Dan Lengkuas
Bahan penumis segar seperti serai, halia dan lengkuas lebih sesuai dititik sebelum sedia dimasukkan dalam masakan, terutama masakan yang berkuah seperti tomyam, gulai lemak dan kari. Dengan cara ini aromanya lebih bangkit. Atau masukkan semasa menumis jika masakan itu perlu ditumis terlebih dahulu.

Sangai (goreng tanpa minyak)
Rempah ratus berberbiji seperti ketumbar, jintan, buah pelaga dan jintan lebih sedap dan wangi bila disangai terlebih dahulu sebelum dikisar dan digunakan dalam masakan. Dengan berbuat demikian aroma rempah ratus akan menjadikan masakan lebih sedap. Rempah ratus yang telah disangai juga tahan lebih lama disimpan.

Dibakar –Belacan
Belacan sangat kuat baunya. Tetapi untuk mendapatkan rasa dan aroma lebih sedap sebaiknya bakar belacan sebelum digunakan dalam masakan. Mudah caranya, cucuk pada garpu atau lidi kemudian bakar menggunakan api dapur hingga ia berubah warna. Selain belacan, kunyit hidup juga lebih sedap jika dibakar, selain membantu menghilangkan bau maung ia akan memberikan warna kuning kunyit yang lebih menyerlah.

Koyak Atau Carik– Daun kunyit, pandan, limau purut dan salam.
Masakan yang ada campuran daun kunyit, pandan, limau purut atau daun salam, untuk membangkitkan aromanya, daun-daun tersebut perlu dikoyak atau dicarik dahulu sebelum dimasukan dalam masakan. Tujuannya untuk mengeluarkan baunya agar sebati dalam masakan. Masakan tomyam misalnya, ia rasa lebih sedap jika bangkit aroma daun limau purut dan serainya yang segar dan wangi.

Hiris Atau Simpul – Daun Bawang, Ketumbar & Saderi
Untuk mendapatkan aroma daun bawang, ketumbar dan saderi perlu dihiris. Biasanya semua daun ini dimasukkan di akhir masakan atau semasa masakan dihidangkan. Tetapi jika anda tidak suka akan rasanya, aroma masih boleh dimasukkan dalam masakan dengan cara menyimpul dan masukkan dalam masakan agar rasa dan aromanya lebih sedap dan wangi.

Dilarutkan – Asam Jawa
Asam Jawa sebaiknya dilarutkan dahulu dengan air suam sebelum sedia dimasukkan dalam masakan. Tujuannya bancuhan air asam akan lebih mesra dengan masakan dan memberi rasa dan aroma yang lebih sedap. Bagaimana pun sekarang sudah ada asam jawa yang dijual dalam bentuk pes, Pun begitu sebaikknya anda bancuh juga terlebih dahulu.
Diharapkan dengan sedikit makluman ini, anda boleh amalan semasa memasak, agar rasa dan aroma masakan lebih sedap dan mantap.
Selamat mencuba!.

