
Sizzling tofu telur biasanya menu yang kita makan di restoran, kali ini cuba masak sendiri di rumah. Resipi perkongsian Rozmaliza Omar ini bukan saja mudah, tapi rasanya tak kalah.
Tak perlu hot plate pun, cukup guna kuali biasa asalkan cukup bahannya. Hidangan ini sesuai sangat dijadikan lauk bila jemu makan sajian biasa. Jom cuba!
Buat Sendiri Sizzling Tofu Telur

Bahan-bahan
2 pek tofu telur – dipotong & gaul dengan tepung jagung
3 ulas bawang putih – cincang kasar
Sedikit halia – hiris halus
200g isi ayam cincang
Beberapa keping cendawan shitake kering – rendam hingga lembut
1 sudu teh serbuk lada putih
3 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
1 sudu teh tepung jagung + sedikit air (untuk pekatkan kuah)
2 biji telur
Sedikit minyak bijan
Bahan hiasan
Cili merah – hiris
Daun bawang – hiris
Cara Penyediaan
1. Goreng tofu hingga kekuningan dan garing sedikit. Ketepikan.
2. Tumis bawang putih dan halia hingga wangi.
3. Masukkan ayam cincang, masak hingga hampir masak.
4. Tambahkan lada putih, minyak bijan, cendawan & air rendaman, kicap, sos tiram dan bancuhan tepung jagung. Masak hingga kuah sedikit pekat.
5. Panaskan kuali (atau sizzling pan jika ada), pecahkan telur, letak tofu, dan tuangkan kuah di atasnya. Renjiskan sedikit minyak bijan. Biarkan mendidih.
6. Tabur daun bawang & cili merah sebagai hiasan. Siap untuk dihidang!
Tip RASA
– Tak ada sizzling pan? Guna kuali besi biasa atau kuali non-stick yang panas pun dah cukup!
– Nak lebih ‘kick’? Boleh tambah hirisan lada hitam atau cili padi jika suka pedas.
– Cendawan shitake boleh diganti dengan cendawan tiram atau butang segar.
Kredit resipi dan & foto: Rozmaliza Omar
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Anek Masakan Berasaskan Telur Sedap Dan Mudah

Aneka masakan berasaskan telur ini mudah disediakan dan sedap pula. Telur wajib ada dalam setiap rumah kerana terlalu berguna saat terdesak. Macam-macam masakan sedap boleh dimasak dengan menggunakan telur.
Dikongsikan tiga lagi masakan berasaskan telur yang sedap. Cubalah ye.
ANEKA MASAKAN BERASASKAN TELUR
ACAR TELUR PUYUH

BAHAN-BAHAN:
10 biji telur puyuh (rebus dan goreng)
½ biji timun (ambil bahagian luar dan dihiris halus)
Separuh batang lobak merah (ambil bahagian luar dan dihiris halus)
5 biji bawang merah (hiris) – boleh beli online di sini
2 ulas bawang putih (hiris) – boleh beli online di sini
½ inci halia (hiris) – boleh beli online di sini
1 inci kulit kayu manis – boleh beli online di sini
2 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
2 biji bunga cengkih
3 sudu makan sos cili
½ sudu makan cuka
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air
Minyak masak secukupnya – boleh beli online di sini
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan rempah tumis iaitu kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan bunga lawang. Kemudian masukkan bawang merah , bawang putih dan halia. Tumis hingga naik bau dan kemudian masukkan gula, garam, cuka dan sos cili.
- Masukkan sedikit air agar tidak terlalu kering.
- Setelah mendidih masukkan telur , timun dan lobak merah. Kacau sebati.
- Angkat dan sedia dinikmati.
TELUR PUYUH SAMBAL PETAI BERSANTAN

BAHAN-BAHAN:
10 biji telur puyuh (rebus dan goreng)
10 ulas petai (buang kulit) – boleh beli online di sini
5 biji bawang merah (kisar) – boleh beli online di sini
2 ulas bawang putih (kisar) – boleh beli online di sini
2 sudu makan cili kisar – boleh beli online di sini
4 sudu makan santan pekat
Sedikit asam jawa – boleh beli online di sini
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya – boleh beli online di sini
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili kisar. Tumis hingga terbit bau wangi.
- Setelah naik bau, masukkan gula dan garam secukup rasa. Masukkan sedikit air bersama perahan asam jawa diikuti dengan santan. Kacau perlahan hingga sebati.
- Setelah mendidih, masukkan telur dan petai.
TELUR KUKUS GORENG

BAHAN-BAHAN:
5 biji telur
2 sudu makan susu cair – boleh beli online di sini
Sedikit daun ketumbar (racik)
4-5 ekor udang hidup (buang kulit dan potong kecil)
Sedikit daging ayam (potong kecil)
Cili benggala merah (potong dadu)
Sedikit cili benggala hijau (potong dadu)
Garam secukup rasa – boleh beli online di sini
CARA MEMASAK:
- Masukkan kesemua bahan dan dipukul hingga telur hancur.
- Masukkan ke dalam bekas untuk dikukus.
- Kukus dalam 5 hingga 10 minit.
- Keluarkan dari bekas kukusan, potong mengikuti cita rasa anda dan goreng di dalam minyak yang panas. Angkat dan toskan.
- Sedia dihidangkan bersama sos dan mayones.
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official
Pelbagai Menu Menarik Berasaskan Telur Hakak-Hakak Boleh Cuba Buat..Anak-Anak Pun Mesti Suka!

Takda idea nak masak apa? Dan hanya ada telur sahaja di dapur? Jangan risau anda boleh pelbagaikan menu dengan hanya menggunakan telur. Malah, ia merupakan menu yang sihat dan seimbang. Jom cuba!
SAMBAL TELUR HANCUR

BAHAN-BAHAN
- 4 biji telur
- 5 biji bawang merah | kisar
- 2 ulas bawang putih |kisar
- 5 sudu makan cili kisar
- Minyak untuk menumis
- Garam dan gula secukup rasa
- Sedikit asam jawa
CARA PENYEDIAAN
- Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan yang dikisar sehingga pecah minyak.
- Setelah pecah minyak, masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Kacau perlahan.
- Setelah kuah mendidih dan sedikit kering airnya, masukkan telur satu persatu.
- Jangan kacau dahulu, biarkan telur sedikit keras barulah digaulkan keseluruhan.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
MASAK KURMA TELUR REBUS DENGAN CILI HIJAU

BAHAN-BAHAN
- 50 biji telur gred B | direbus dan dibuang kulit
- 400gm serbuk rempah kurma | dibancuh dengan sedikit air
- 8 biji ubi kentang | dibuang kulit dipotong empat
- 12 biji cili besar hijau | dikisar halus
- 300ml air
- 8 biji bawang besar saiz sederhana | dibelah empat
- 2 biji bawang besar | dihiris halus
- 2 labu bawang putih | dihiris
- 4 inci halia | diketuk kasar atau dihiris halus
- Rempah 3 beradik secukupnya
- Minyak untuk menumis
- 3 helai daun pandan | disimpul
- 4 keping asam gelugur
- Garam secukup rasa
- Hirisan cili merah dan cili hijau secukupnya
CARA PENYEDIAAN
- Tumiskan bawang besar yang telah dihiris sehinga naik bau. Kemudian masukkan bawang putih, halia bersama rempah tiga beradik.
- Masukkan rempah kurma dan cili hijau kisar. Masak sehingga pecah minyak.
- Kemudian masukkan daun pandan dan bawang besar yang telah dibelah empat tadi. Gaul rata.
- Masukkan air diikuti santan. Kacau rata. Apabila menggelegak, masukkan telur rebus dan perasakan dengan garam dengan secukupnya.
- Masukkan hirisan cili merah dan hijau sebagai hiasan. Siap untuk dihidangkan.
TELUR MASAK PAPRIK

BAHAN-BAHAN
- 5 biji telur rebus | buang kulit
- 3 batang jagung kecil | hiris
- ½ batang lobak merah | hiris
- 1 biji cili merah | kisar
- 1 ulas bawang putih | kisar
- 2 sudu teh sos ikan
- 1 sudu teh sos tiram
- ½ biji capsicum hijau | hiris
- 2 sudu makan sos cili
- 1 sudu makan sos tomato
- 3gm tepung jagung
- 1 helai daun limau purut
- Sedikit air
- Minyak masak untuk menggoreng
CARA PENYEDIAAN:
- Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng telur yang telah direbus tadi hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
- Tinggalkan sedikit minyak dan tumis bahan kisar dan daun limau purut hingga terbit bau. Masukkan bahan yang dihiris dan tumis hingga lembut.
- Masukkan sedikit air, diikuti tepung jagung, sos tomato, sos cili, sos ikan dan sos tiram. Biarkan kuah memekat.
- Masukkan telur yang telah digoreng tadi, gaul seketika.
- Angkat dan sedia dinikmati.
TELUR BISTIK

BAHAN-BAHAN
- Telur ayam 2 biji
- Isi ayam 2 ketul dipotong dadu
- Sayur campur
- Bunga kubis
- 2 sudu sos cili
- 2 sudu sos tomato
- 1 sudu cili giling
- 1 sudu sos tiram
- Garam
- Gula
- Bawang merah
- Bawang Putih
- Tepung jagung
CARA PENYEDIAAN
- Rebus ayam dahulu biar separuh masak.Angkat dan asingkan air rebusan ayam.
- Pecahkan telur dan masukkan isi ayam . Gaulkan sampai rata.
- Masukkan garam.
- Goreng telur dan ayam tadi . Buat 2 biji. Siap bahagian 1.
- Dalam kuali lain, tumis bawang merah dan putih sampai wangi.
- Masukkan cili giling,sos cili dan sos tomato sampai pecah minyak.
- Masukkan air rebusan ayam tadi. Masukkan sayur campur dan bunga kubis.
- Apabila hampir masak, masukkan sos tiram.Masukkan tepung jagung untuk pekatkan kuah jika perlu.
- Perasakan dengan garam dan gula.
- Curahkan kuah kepada bahan di bahagian 1 tadi. Kalau nak masukkan telur tadi dalam kuah tadi dan panas atas api sekejap pun boleh. Siap!
Info: Jangan panaskan telur dalam kuah atas api lama sangat. Nanti telur jadi keras dan jadi tidak gebu.
Kredit Resipi: Mawar Yus
KERUTUK TELUR REBUS BERKENTANG

BAHAN-BAHAN
- 1 paket rempah kerutuk Adabi
- 6 biji telur rebus (kupas kulitnya)
- 2 biji kentang ~ kupas kulit & potong 6 (jika kentang bersaiz besar) & goreng empuk.
- 1 1/2 sudu makan kerisik
- 2 1/2 cawan santan sederhana pekat- daripada 1 biji kelapa
- 2 batang serai diketuk
- 1 sudu besar gula merah
- 1 sudu teh asam jawa (ambil jusnya bancuh dengan sikit air)
- Garam secukup rasa
- Minyak menumis secukupnya
BAHAN KISAR
- 10 biji bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 8 biji cili padi
- 1/2 inci halia
- 1/4 inci lengkuas
CARA PENYEDIAAN
- Bancuh rempah kerutuk dan bahan kisar hingga rata.
- Panaskan minyak dalam periuk. Tumiskan bahan kisar yang dibancuh & serai hingga wangi & pecah minyak.
- Kemudian masukkan kerisik, santan, air asam jawa dan gula merah. Masak seketika. Masukkan telur rebus yang dikupas serta kentang yang telah digoreng. Masak sehingga pekat. Masukkan garam secukup rasa, kemudian bolehlah dimatikan api dan dihidangkan.
Kredit Resipi & Foto: Madihaa a.k.a Ratna
SUP TELUR & KENTANG

BAHAN-BAHAN
- 3 biji kentang (kupas & potong ikut citarasa, rendam)
- 50 gm sayur brokoli (potong ikut citarasa)
- 1 batang celery@saderi (potong ikut citarasa)
- 4-5 biji telur
- 1 liter stok ayam@ 1 kiub pati ayam ‘Knorr’
- Air secukupnya
- 5 biji bawang merah (hiris)
- 2 ulas bawang putih (hiris)
- Serbuk lada hitam secukupnya
- Garam secukup rasa
- Hirisan daun sup/daun bawang (hiasan)
- Bawang goreng secukupnya (hiasan)
- Minyak masak secukupnya
CARA PENYEDIAAN
- Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumis hirisan bawang merah dan bawang putih hingga berbau harum.
- Masukkan kentang (toskan) dan kacau rata.
- Masak sekejap kemudian tuangkan stok ayam. Tambah sedikit lagi air jika perlu. Bila mendidih, perlahankan api.
- Bila kentang 1/2 empuk, pecahkan telur satu persatu tetapi pastikan ianya tidak bertindih di antara satu sama lain. Kecilkan api dan masak sehingga telur mengeras. Kacau perlahan-lahan.
- Tambahkan brokoli dan celery@saderi.
- Tambah garam secukup rasa dan juga serbuk lada hitam. Masak sekejap, sesuaikan rasa dan tutup api. Taburkan hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan.
Kredit Resipi & Foto: Zaharah
TELUR MASAK TAUCU

BAHAN-BAHAN
- 3-5 biji telur
- 3 ulas bawang merah (dihiris)
- 2 ulas bawang putih (dihiris)
- 1 biji lada merah dibuang bijinya (dihiris)
- 1 inci halia
- 1 sudu besar taucu
- 1 sudu besar sos tiram
- Sedikit asam jawa
- 1 sudu kecil gula
- Minyak untuk menumis
- Garam secukupnya (kalau perlu sebab taucu dah masin)
CARA PENYEDIAAN
- Goreng telur mata lembu/kerbau macam biasa. Gunakan minyak sedikit.Jangan sampai garing, kalau goreng separuh masak lagi sedap.
- Angkat telur dan letakkan dalam pinggan.
- Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia sampai naik bau.
- Masukkan taucu (kalau minyak sikit sangat, nanti taucu hangit jadi tambah air panas kalau nampak macam nak hangit)
- Masukkan air asam jawa dan sos tiram. Kalau nak sedap, asam direndam dengan air panas supaya pekat.
- Masukkan gula.
- Masak sampai mendidih dan kuah pekat.
- Tuangkan kuah diatas telur.
Kredit Resipi & Foto: Hana
TELUR MASAK LEMAK CILI API

BAHAN-BAHAN
- 5 biji telur
- 1 biji bawang besar
- 2 biji bawang putih
- Cili padi (kuantiti ikut suka)
- Sejemput ikan bilis
- 1 paket santan serbuk
- Sedikit kunyit hidup (boleh guna serbuk kunyit juga)
- 2 batang serai (titikkan sahaja)
- Sehelai daun kunyit (mayang halus)
- Sedikit minyak untuk menumis
- Garam & gula secukupnya
- 1 asam keping
CARA PENYEDIAAN
- Kisar bawang besar, bawang putih, kunyit, cili padi dan ikan bilis.
- Panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi sekali dengan serai yang dititik.
- Tumis hingga naik bau kemudian tambah santan yg telah dibancuh dengan air.
- Masak hingga mendidih lalu pecahkn telur sebiji sebiji ke dalam kuah tadi.
- Tambahkan garam, asam keping, daun kunyit juga perisa jika suka. Masak lagi sebentar dan bolehlah tutup api. Siap!
Kredit Resipi & Foto: Inahar Ali
TELUR MASAK ASAM

BAHAN-BAHAN
- 3 biji telur
- 2 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1cm halia
- 5 biji cili padi
- 3 tangkai daun sup
- 1 sudu teh asam jawa
- 3 1/2 cawan air
- Garam secukup rasa
- Serbuk perasa ( jika suka )
- Sedikit minyak untuk menumis
CARA PENYEDIAAN
- Mayang bawang merah, bawang putih dan halia.
- Campurkan asam jawa dan air.
- Tumis bahan yang dimayang. Apabila kekuningan masukkan air asam jawa.
- Bila mendidih, masukkan cili padi yang dipotong dua dan juga garam serta serbuk perasa.
- Biarkan seketika dan kecilkan api.
- Pecahkan telur dan biarkan ia masak.
- Taburkan daun sup yang telah dipotong dan sedikit lada sulah. Tutup api.
Info : Pada langkah yang ke 7, boleh juga masukkan potongan buah tomato dan taburkan bawang goreng untuk variasi warna yang lebih menarik
Kredit Resipi & Foto: NA
SAMBAL TUMIS TELUR

BAHAN-BAHAN
- 5 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 biji bawang besar (hiris)
- 4 sudu besar cili kering (kisar )
- Sedikit belacan
- Garam
- Gula
- Air asam jawa
- Telur (rebus, kupas & goreng)
CARA PENYEDIAAN
- Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih yang dikisar sehingga garing dan wangi.
- Masukkan cili kisar dan goreng dengan api perlahan sehingga betul-betul garing.
- Masukkan gula terlebih dahulu supaya sambal berwarna merah cantik.
- Masukkan garam, belacan dan air asam jawa. Kalau terlalu pekat, tambahkan air sedikit demi sedikit.
- Kemudian masukkan bawang besar yang dihiris.
- Akhir sekali masukkan telur rebus yang telah digoreng. Sesuaikan rasa dan kepekatan.
- Angkat dan hidangkan panas panas dengan nasi lemak atau nasi putih atau nasi minyak.
Kredit Resipi & Foto: Azie Kitchen
Selamat mencuba!
Telur Masak Tomato. Sajian Cina Tanpa Bawang Yang Ringkas, Sedap & Cepat Masak

Bagi penggemar sajian yang ringkas dan mudah, menu Telur Masak Tomato ni antara yang perlu anda cuba. Ia merupakan sajian masyarakat Cina yang sedap dan mudah yang dimasak tanpa menggunakan bawang. Sesuai sangatlah untuk anda yang tak suka makan bawang tu. Nak cuba? Saudari Zurina Zulkefli ada kongsikan resipinya. Jom try!
RESIPI TELUR MASAK TOMATO YANG SANGAT RINGKAS & SEDAP

BAHAN-BAHAN:
- 2 biji telur ayam – kocak
- 2 biji tomato – potong
- 2 batang daun bawang – hiris
- 2 sudu makan sos pencicah Thai – boleh gantikan dengan sos cili/sos tomato (beli online disini)
- Sedikit serbuk lada sulah – jika ada (beli online disini)
- Sedikit air
- Sedikit garam (beli online disini)
- Sedikit minyak masak (beli online disini)

CARA MEMASAK:
1. Kocakkan telur sehingga hancur kekuningan dan tambahkan sedikit serbuk lada sulah.

2. Panaskan minyak masak dan tumis hirisan daun bawang.

3. Masukkan potongan tomato dan sedikit air. Masak hingga tomato menjadi lembik.

4. Masukkan 2 sudu sos pencicah Thai dan taburkan sedikit garam.

5. Gaul sebati. Tomato menjadi semakin lembik.

6. Ketepikan tomato di sisi kuali. Di bahagian ruang kosong, tuangkan sedikit minyak masak.
7. Kemudian masukkan telur, biarkan seketika sehingga telur masak.

8. Kacau telur perlahan-lahan. Jangan terlalu hancur.

9. Agak-agak telur sudah masak, bolehlah gaulkan kesemuanya sehingga sebati. Akhir sekali taburkan hirisan daun bawang.

10. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Zurina Zulkefli
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah & sedap di laman web RASA:
Susu Rosak & Tak Boleh Minum? Ini Cara Untuk Jadikannya Keju Cottage Homemade!
Cara Buat Kuih Cakoi & Kuah Pandan Yang Mudah, Sedap & Confirm Jadi
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

